CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencipta Mi Goreng Indomie, Ibu Hj Nunuk Nuraini Meninggal Dunia Pada Usia 59 Tahun

29-1-2021 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2600| Komen: 6



PENCIPTA varian rasa mi segera terkenal Indomie, Nunuk Nuraini dilapor meninggal dunia Rabu pada usia 59 tahun.

Menurut laporan portal Kompas.com, berita itu disahkan ketua hubungan masyarakat Indofood, Nurlita Novi Arlaida.

"Ibu Hj Nunuk Nuraini wafat hari ini (Rabu) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT," kata Novi ketika dihubungi Kompas.com.

Indofood bagaimanapun tidak menyatakan sebab kematian Allahyarham.

Nunuk, yang merupakan graduan dari jabatan teknologi makanan Universiti Padjadjaran di Bandung, telah bertugas sebagai 'peramu rasa' di Jabatan Mi Instan di PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk selama hampir 30 tahun.

Antara varian rasa yang dicipta Allahyarham termasuk soto, rendang, kari ayam, sambal matah, dan paling popular perisa mi goreng Indomie.

Pada November 2019, produk Indomie dinobat sebagai ramen terenak oleh LA Times.

Produk terkenal dari Indonesia itu pertama kali dikeluarkan pada 1972 dan mendapat permintaan tinggi di seluruh negara termasuk di negara jiran, antaranya Malaysia.

Susulan berita duka itu, kalangan netizen mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham dan mengungkapkan rasa bangga atas legasi yang ditinggalkannya.





Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 29-1-2021 03:18 PM
Al fatihah. Food tech indo mmg tiptop dari mee segera ke kopi ke rempah2, kalau pegi hypermarket kat jakarta tu rambang mata tgk produk2 Indo.. Yg penting harga pun murah jauh dr Malaysia. Kalau produk malaysia habbatus sauda beli guni bungkus balik pun jadi berpuluh ringgit  pasal kos operasi kat malaysia ni mmg giler.
Quote chandrahusin 29-1-2021 03:31 PM
Innalillahwainnalillahhirojiun
Fav aku Indomie goreng
Quote dudaberhias 29-1-2021 03:32 PM
Al fatihah, mi goreng dia memang sedap walaupun penuh perisa dan bagi dahaga... Mi segera dia ni dah bantu ramai orang2 susah di nusantara. Moga rohnya dicucuri rahmat.
Quote kim82 29-1-2021 03:34 PM
Al fatihah..
Fav saya indomee nih..
Quote auntieagony 29-1-2021 03:37 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun

Indomie mmg sedap.
Quote Ain_h 29-1-2021 03:55 PM
Al fatihah salam takziah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051119 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top