CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Keras Semacam Pelakonnya" - Kayu Sangat Ke Andi Bernadee?

28-1-2021 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11760| Komen: 61

Ketika asyik menonton drama Melastik Ke Hatimu yang sedang hangat ditayangkan menerusi TV3, ada suara-suara yang tidak enak mula bertebaran tentang hero utama cerita tersebut.



Heronya tidak lain tidak bukan, pastinya penyanyi Penat, Andi Bernadee.

Suara yang semakin menular rata-ratanya bercakap tentang mutu lakonan Andi yang dikatakan ‘kayu’ dan tidak layak memegang watak hero iaitu sebagai Ziyad.



Malah, ada yang berpendapat posisi Andi sepatutnya dijayakan pelakon lelaki lain yang lebih bagus mutu lakonannya.

Macam-macam juga yang Mizz Lahar dengar tentang lakonan pelantun lagu Donde itu dan yang paling banyak pastilah tentang isu ‘kayu’.




“Tak sampailah emosi sedih watak Ziyad ini. Rasa keras semacam pelakonnya,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun ada juga warga maya yang tetap menyebelahi pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu dengan berpendapat agar penonton memberinya peluang untuk menonjolkan bakat dan belajar daripada kesilapan.

Ada benarnya apa yang diperkatakan itu, mungkin Andi perlu lebih banyak belajar dengan pelakon senior agar namanya boleh dikatakan layak memegang watak hero dalam mana-mana drama akan datang.

Nak jadi pelakon memang begitu. Fattah Amin pun dahulu kayu juga. Eh!

MIZZ LAHAR: Pelawak zaman sekarang suka gunakan isu ‘dalam kain’ untuk menghiburkan hati penonton. Tak habis-habis ya.


Sumber: Kosmo

6

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 28-1-2021 01:52 PM
Ku igt ape yang keras td.
Hahahaha
Quote r0sie 28-1-2021 01:54 PM
Bagi aku okay ja dia berlakon takla terlampau kayu tapi tulah watak tu macam tak kena dengan dia.
Quote kechikchomel 28-1-2021 01:56 PM
Dalam citer tu mmg staff2 dia panggil dia kayu pun
Quote salmon-suki 28-1-2021 02:02 PM
Sunei hanya layak berlakon dalam doremon jah..{:smile

Baidewei,ai xlayan citer nih..kbyeee~{:run
Quote cikpah27 28-1-2021 02:10 PM
Ada tengok gak smlm.. Mak aku cakap hafiz tu yang hero.. Hahaha.. Gugel2 tengok eh donde ni yang hero.. Tapi okay je sebab baru nak berlakon kan.. Cuma aku rasa mek jenna punya lakonan yang over kasaq yang tak natural..
Quote Bumbu 28-1-2021 02:11 PM
Iols tak minat janna nick. Lgpun tv iols rosak so tak dpt nak tgok kekayuan so donde ni
Quote YomiuriLandMae 28-1-2021 02:21 PM
Bumbu replied at 28-1-2021 02:11 PM
Iols tak minat janna nick. Lgpun tv iols rosak so tak dpt nak tgok kekayuan so donde ni

bahahaha random gilerr tv uolss rosak terus x tgk citer melayu..
Quote Ain_h 28-1-2021 02:24 PM
Ok je, xpelah lama2 xkayu lah
Quote laksmanabentan 28-1-2021 02:54 PM
okay apa.... real life pun mmg ada org2 mcm tu.. kayu2...
Quote Nenolen 28-1-2021 02:58 PM
salmon-suki replied at 28-1-2021 02:02 PM
Sunei hanya layak berlakon dalam doremon jah..{:smile

Baidewei,ai xlayan citer nih..kbyeee~{:run

Yer lah...Andee mmg mirip Su-nei
Quote salmon-suki 28-1-2021 03:02 PM
Nenolen replied at 28-1-2021 02:58 PM
Yer lah...Andee mmg mirip Su-nei

Hahahaha..silapppppp..suneo..choiiiii~ boleh plak typo time nak mengutuk.. kekeke~
Quote Kurex 28-1-2021 03:31 PM
Cuba bagi pasangan laki, mesti tak kaku
Quote Mulotkoyak 28-1-2021 03:36 PM
Pelakon2 baru ni patutnye kena asah dlu jd watak sampingan baru pegang watak utama.  Kalo x spoil laaa citer tu.  My 2cents idea.
Quote reenassandra 28-1-2021 03:58 PM
ok la dari puteri salju haukk
Quote zuuu 28-1-2021 04:08 PM
Lah budak ni ke yg jadi bos nk kahwin ngan janna tapi janna xnak tu...mak aq layan cite ni bingit betul la dh slow volume pon boleh dngar suara janna marah2 sy xnk kahwin ngan bos...turn off terus
Quote kiah_mai_pulak 28-1-2021 04:19 PM
dia ni berlakon watak orang asli ke orang dayak ke sesuai lah....
Quote tikusmontok 28-1-2021 04:23 PM
Tajuk drama pun bodoh padan ngan pelakon2 hauk
Quote wanzulina 28-1-2021 04:26 PM
Bagi iols ok lah utk pelakon baru kan. Ok jugak dia berlakon. Kena asah bakat lagi.
Quote mrsbob87 28-1-2021 04:58 PM
suneyo..suneyo

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top