CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Ditutup Akibat Covid-19, Gajah Datang Cari Makanan

22-1-2021 01:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1839| Komen: 5

Description: GERIK: Sekumpulan gajah dikesan kerap menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, dekat sini, sejak beberapa bulan lalu dipercayai untuk mencari makanan.



GERIK: Sekumpulan gajah dikesan kerap menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, dekat sini, sejak beberapa bulan lalu dipercayai untuk mencari makanan.

Dalam kejadian terbaharu pada Selasa, seekor gajah dewasa dianggarkan berusia 35 tahun dilihat masuk ke kawasan berkenaan.

Kejadian itu sempat dirakam seorang lelaki yang berada di dalam kawasan sekolah berkenaan, namun haiwan liar berkenaan tidak bertindak agresif termasuk mencederakannya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima laporan antara empat hingga lima ekor gajah masuk ke sekolah itu sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya kemudian memasang pagar elektrik di sekeliling sekolah berkenaan pada November lalu bagi mengelakkan gajah-gajah terbabit kembali, namun ia mengalami kerosakan baru-baru ini.


“Kakitangan Perhilitan baru sahaja (hari ini) melakukan kerja-kerja baik pulih pagar itu dan arus elektrik pun sudah mencapai 9.1 volt, cukup untuk menghalang gajah masuk ke kawasan itu.
“Di samping itu, kami juga memasang lampu biru ‘high LED’ untuk menakutkan gajah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, Yusoff meminta kerjasama orang ramai, khususnya penduduk setempat untuk bersama-sama menjaga pagar elektrik berkenaan.


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-1-2021 02:24 AM
Apalah makanan yg dorg boleh dpt pon...
Quote Tinot7 22-1-2021 03:45 AM
Kesian kat gajah
Quote ReginaGeorge 22-1-2021 05:31 AM
Gajah pon nak jalan2 hilang seteres gak...
Quote TOPwind 22-1-2021 05:41 AM
mana gajahnya tak nampak pun
besar ke gajah tu?
Quote aint 22-1-2021 07:58 AM
comey la gajah tu.... cam budak dok sandar kt dinding

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.308345 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top