CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Beradik 'Bawa Balik' Mayat Bapa Dari Hospital Ditahan Polis

22-1-2021 12:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2536| Komen: 8

Description: LAHAD DATU: Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, semalam.



LAHAD DATU: Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, semalam.

Keempat-empat beradik berusia 26 hingga 31 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas enggan membenarkan pihak hospital menguruskan jenazah bapa mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata sebelum meninggal dunia, lelaki berusia 58 tahun terbabit dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori pesakit bawah siasatan (PUI).

Katanya, ketika di hospital, pasukan perubatan sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.


"Petugas perubatan kemudian memberi penerangan kepada waris berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis wabak COVID-19 dan keperluan menjalani ujian saringan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan

"Jenazah berkenaan juga perlu disimpan di bilik mayat Jabatan Forensik sehingga keputusan ujian COVID-19 diterima.

"Bagaimanapun katanya, waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan terus bertindak menolak jenazah keluar daripada khemah zon PUI sebelum dibawa balik ke rumah mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis melakukan serbuan di rumah keluarga berkenaan di Kampung Panji, di sini.

"Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki pada jam 11.30 malam.

"Jenazah berkenaan juga turut ditemui oleh pasukan serbuan di ruang tamu di rumah perkampungan atas air berkenaan," katanya.

Rohan berkata, siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya.

Selain itu katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Semua suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut," katanya.



Sumber : Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-1-2021 02:25 AM
Ishhh apa TUJUAN dorg bawak larik..
Quote dudaberhias 22-1-2021 02:41 AM
lahad datu... sulu kah? ke pinoy?
Quote darkness 22-1-2021 03:27 AM
Dah mula dah....aku dah ckp haritu. Perangai indon mula masuk malaysia...kata dorang, ini mungkin kebenaran yg covid mmg tak wujud
Prangai menyusahkan
Quote monsterwife 22-1-2021 03:34 AM
Ingatkan di india atau Indonesia tapi rupa2nya kat Malaysia
Quote dua_chzy 22-1-2021 03:47 AM
monsterwife replied at 22-1-2021 03:34 AM
Ingatkan di india atau Indonesia tapi rupa2nya kat Malaysia

Lahad Datu tu sis. Sah2 keturunan Indon or Pilipin. IC pon ntah2 IC beli.
Quote ReginaGeorge 22-1-2021 05:33 AM
Ini matchiam pun ada kah? Ayoyo...
Quote vespa_oren 22-1-2021 05:51 AM
dudaberhias replied at 22-1-2021 02:41 AM
lahad datu... sulu kah? ke pinoy?

ini kawasan suluk pinoy, ada kawasan situ jika gado bawa parang
Quote putu 22-1-2021 09:29 AM
dua_chzy replied at 22-1-2021 03:47 AM
Lahad Datu tu sis. Sah2 keturunan Indon or Pilipin. IC pon ntah2 IC beli.

Saya IC ori la kakak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.144146 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top