CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menyayat Hati, Ahli Keluarga Pesakit COVID-19 Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen Untuk Orang Tersayang

20-1-2021 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3523| Komen: 18



Demi insan tersayang, ahli keluarga dan saudara mara pesakit COVID-19 di Brazil dilaporkan beratur selama berjam-jam untuk mengisi tangki oksigen, lapor Daily Mail.

Negara itu kini sedang bergelut dengan kes varian COVID-19 baharu dan doktor di hospital di Manaus terpaksa untuk memilih pesakit mana yang perlu mendapatkan oksigen terlebih dahulu.

Dari subuh sehingga senja, ahli keluarga beratur di luar loji oksigen Carboxi semasa hujan lebat pada Selasa.

Mereka hadir dengan tangki hijau berat untuk mengisi oksigen dan kemudian bergegas kembali ke saudara mereka yang sakit, meletakkan tangki silinder itu di tempat duduk belakang kenderaan dan di atas trak.



Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, turut menghantar lori yang sarat dengan 3.78 juta kaki kubik oksigen untuk membantu wilayah tersebut.

Brazil telah mencatatkan 210,000 kematian akibat COVID-19, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Kementerian kesihatan Brazil menghantar tujuh loji penghasil oksigen pada Ahad lalu yang jika dipasang akan membekalkan oksigen ke 100 ICU.



Hospital di Manaus yang mempunyai seramai 2.2 juta orang penduduk di bandar itu setiap hari menerima pesakit baharu, menyebabkan ramai yang hanya terpaksa tinggal di rumah dan ada juga yang meninggal dunia.

Minggu lalu, beberapa portal berita memaparkan foto-foto sayu ahli keluarga pesakit COVID-19 yang terpaksa menerima kenyataan bahawa insan yang mereka sayangi terkorban akibat tidak mempunyai oksigen yang mencukupi.



Sumber: Daily Mail/Siakapkeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rokarina 21-1-2021 12:52 AM
brazil gah kalau bola tapi ekonomi kureng ek
Quote cmf_premierleag 21-1-2021 01:08 AM
kesiannya
nasib baik la for those yg ada support system mcm siblings lain etc utk tlg angkut tong tu
kalo stok2 yg sebatang kara, nak harapkan sapa
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2021 01:13 AM
Indon kan banyak supply oksigen
Quote MoonRise 21-1-2021 09:51 AM
Bila sakit ni, oksigen yg free duk sekeliling kita ni pon tak dapat.
Maka, nikmat mana lg yg kita dustakan.

Quote Artemesiaa 21-1-2021 09:54 AM
Kesihannya moga negara kita tak sampai tahap macam tu
Quote bakingsoda 21-1-2021 09:59 AM
orang malaysia yg benci pkp ni dia nak kobid bertebaran segenap ceruk alam kot, skrg pon dah pilih2 sape kena duk umah je walaupon positif. kedai lama2 pon akan makin kurang pelanggan tanpa pkp sbb makin ramai yg sakit berbanding yg sihat dan boleh keluar bekerja dan membeli. lagi teruk mcm ni la siap kena menyusahkan ahli keluarga gi isi oksigen, tu pon kalau ada ahli keluarga dan cukup sihat nak menapak angkut tangki. masa tu baru tau bersyukur kot asal boleh bukak mulut minum air sendiri pon jadi!
Quote MadameOnion 21-1-2021 10:17 AM
soon kat malaysia...kalau jenis buta perot..dah habaq pkp pun gagah meliliau rata...maybe covid tak berbahaya pada org muda yg sihat...tapi kalau boleh kita sama2 la putuskan rantaian...ni tidak..elok ja petang pi main takraw..vavi sungguh
Quote caprut 21-1-2021 10:38 AM
rokarina replied at 21-1-2021 12:52 AM
brazil gah kalau bola tapi ekonomi kureng ek

Brazil ni negara gah hmpor semua. Tp negara miskin je
Quote putriTS 21-1-2021 11:41 AM
Tong gas ni, kalau pakai berterusan berapa lama je boleh tahan? Kitorang ada satu kat rumah,guna masa arwah nenek sakit dulu. Sekali refill dlm rm40 mcmtu. Time tu lah. Tapi sbb x tahan lama, sewa mesin oksigen hospital yg portable tu. Bayar 500 deposit, guna sampai arwah meninggal.
Quote dudaberhias 21-1-2021 12:56 PM
caprut replied at 21-1-2021 10:38 AM
Brazil ni negara gah hmpor semua. Tp negara miskin je

tu la... sana pembangunan berderet2... ekonomi no.3 ke no.4 tak ingat..tapi jadi miskin sebab populasi kot... macam di sarawak populasi ciput dan masing2 duduk di kawasan pendalaman... tu yang jadi susah nak membangun di kawasan2 terpencil...
Quote namr 21-1-2021 01:15 PM
Sian, dh tgk kat utube mmg kesian
Quote tripleid 21-1-2021 01:23 PM
Manaus ni bandar tgh2 hutan amazon..bandar ceruk camni pun covid boleh masuk apatah lg bandar2 besar

Yg ni boleh kata Cash sbb kjaan brazil giat tebang hutan kat sekeliling  yg mengeluarkan oksigen free tuh.Now nak bernapas pun dah x cukup oksigen
Quote Tinot7 21-1-2021 01:29 PM
putriTS replied at 21-1-2021 11:41 AM
Tong gas ni, kalau pakai berterusan berapa lama je boleh tahan? Kitorang ada satu kat rumah,guna mas ...

kome kena isi oksigen hari2 ke?takziah kpd keluarga
Quote putriTS 21-1-2021 01:30 PM
Tinot7 replied at 21-1-2021 01:29 PM
kome kena isi oksigen hari2 ke?takziah kpd keluarga

Sbb 1 tong tu kalau pakai berterusan tahan 5 jam je kot cmtu. So arwah nenek cuma pakai bila dia rasa sesak nafas je. Jadi, tahan la kot 4,5 hari gitu.
Quote jazaa100 21-1-2021 01:31 PM
rokarina replied at 21-1-2021 12:52 AM
brazil gah kalau bola tapi ekonomi kureng ek

negara yg bangkrup.....

byk hutang....
Quote Tinot7 21-1-2021 01:33 PM
putriTS replied at 21-1-2021 01:30 PM
Sbb 1 tong tu kalau pakai berterusan tahan 5 jam je kot cmtu. So arwah nenek cuma pakai bila dia r ...

parah juga nak kena isi tong setiap 4-5 hari.

Quote putriTS 21-1-2021 01:35 PM
Tinot7 replied at 21-1-2021 01:33 PM
parah juga nak kena isi tong setiap 4-5 hari.

Itulah....satu tong tu nak beli mula2 pun bukan murah. Nasib baik hospital offer sewa machine oksigen portable tu.
Quote Tinot7 21-1-2021 05:17 PM
putriTS replied at 21-1-2021 01:35 PM
Itulah....satu tong tu nak beli mula2 pun bukan murah. Nasib baik hospital offer sewa machine oksi ...

mahalnya bil perubatan. mmg kena hidup bersederhana dan simpan semua duit. mana tau ahli kuarga mana akan perlukan benda2 extra ni. kita  takleh nak jangka.
kalau spital swasta musti lagi mahal...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.092079 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top