CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Degil! Papan Tanda Depan Mata Pun Diredah Juga

18-1-2021 06:41 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3855| Komen: 15|Original author: Oleh: natrahn

Description: Orang kita ini sebahagiannya terkenal dengan sikap suka tidak mengendahkan papan tanda amaran.


Orang kita ini sebahagiannya terkenal dengan sikap suka tidak mengendahkan papan tanda amaran.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) meluahkan rasa kecewa di laman Facebook apabila papan tanda yang diletakkan pihaknya diabaikan sesetengah penunggang basikal.


Loading FB Post...

Selain itu, penghadang yang disediakan turut dipatahkan individu tidak bertanggungjawab demi memberi laluan kepada hobi tersebut.




Menurut MPK lagi sikap tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan laluan pejalan kaki itu rosak, seterusnya merbahayakan pengunjung lain. Lebih parah, masalah ini berlaku berulang-ulang sejak sekian lama.



Kredit foto: Facebook Majlis Perbandaran Kuantan

Menjengah ke ruang komen, ada warga maya menyatakan bahawa di dalam kawasan Teluk Tongkang terdapat laluan basikal lasak. Maka, mungkin MPK harus menyediakan laluan khas untuk ke kawasan tersebut.

Bagaimana nak majukan aktiviti sukan di sini?


Letak staf berpakaian awam

Sediakan solusi bukan menunding jari...

Kredit foto: Facebook MPK

Jika benar dakwaan warga maya, MPK mungkin boleh menyediakan laluan alternatif bagi aktiviti basikal lasak itu dan dalam masa sama memperketatkan penguatkuasaan sedia ada supaya laluan pejalan kaki tersebut terpelihara. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-1-2021 07:08 PM
Dapat tangkap yg degil tu.. Ubat dia senang..pegang pala dan bg dia tengok papan tanda tu dekat2 sebab dah buta sangat.
Quote wirazam 18-1-2021 07:12 PM
Ni semua mangkuk ayun kan...alamatnya lambattt lagi nak jadi negara many kalau mcm ni peelnya
Quote CiliPadiSedap 18-1-2021 07:27 PM
gantung basikal dia kat atas peti surat pos laju baru ada akal
Quote FOTHER-MUCKER 18-1-2021 07:30 PM
Wow...dah cantik teluk chempedak
Quote FOTHER-MUCKER 18-1-2021 07:35 PM
Orang malaysia suka adventure activities tetapi kekurang tempat!

Cuba buat seperti luar negara..buat walking tracks ataupun besikal tracks dari utara ke selatan dan selatan ke timur.
Quote kasibiman 18-1-2021 10:52 PM
So apa masalah mejelis buat jembatan buleh tampung beskal?
Quote Perawankota 19-1-2021 12:20 AM
Tak suka aku jalan nk p Teluk tong kang tu.. Byk monyet.. Tapi dulu2 time sekolah suka lah p belah sana, buat BBQ dgn kawan2 sekolah
Quote tagas 19-1-2021 10:54 AM
Br balik TC sebelum banjir tu hari

satu2 nya Mc'd yg ade monyet
Quote bungamelurindah 19-1-2021 02:39 PM
hahahhaa rindu tempat nie zaman iolls lepak masa muda mudi duluuuu
Quote matseh 19-1-2021 05:15 PM
Aku cadangkan bagi skuter letrik dan honda ex5 masuk. Basikal pun buleh. Yg tak boleh org2 yg jalan kaki.
Quote mikasa 19-1-2021 05:17 PM
Baling ke basikal dia ke tengah laut. Sebb tu basikal kena ada nombor plet. Senang nak trace
Quote sepiITUindah 19-1-2021 05:18 PM
kat papan tanda tu tulis "akan didakwa"

pesal tak dakwa

ker memang "akan " jer
Quote Artemesiaa 19-1-2021 06:56 PM
Sentiasa letakan pegawai penguat kuasa untuk saman dan sekolahkan mereka tu
Quote Ain_h 31-1-2021 01:24 PM
Ni mesti xde org jaga.. Tuh sesuka hati je
Quote angelofish 31-1-2021 03:56 PM
buat bonggol tinggi je..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.545341 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top