CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suara Dah Tak Keluar, Tiada Selera Makan -Jamali Shadat Makin Uzur

19-1-2021 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3265| Komen: 12

Cucu kepada pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, mengesahkan keadaan datuknya sekarang semakin uzur dan kurang mempunyai selera makan.

Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, berkata, datuknya kini hanya mengambil makanan lembut seperti bubur nasi dan perlu dibantu setiap kali makan.

"Memang keadaannya sekarang agak uzur. Sekitar Disember tahun lalu, saya ada melawatnya dan datuk didapati masih boleh makan dan berjalan walaupun perlahan.

"Tapi tengahari semalam emak saya, Hamidah (anak sulung Jamali) cakap datuk tak nak makan dan minum lagi. Saya terus bergegas melawatnya petang semalam juga.

"Saya tengok dia memang tak nak makan. Namun, kami paksa juga dan alhamdulillah dapatlah juga dua, tiga suap bubur nasi masuk mulutnya," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya yang juga anak keempat Hamidah, datuknya kini hanya berkomunikasi menerusi gerakan bahasa badan.

"Suaranya tak keluar, jadi dia gunakan cara ini. Apabila kita bercakap dengannya, saya tak pasti sam ada datuk faham atau tidak.

"Kadangkala kita tanya nak makan atau tak? tapi caranya macam tak nak. Bila disuap dia makan. Malah, kini sikap datuk dah macam kanak-kanak. Kita kena layan dia dan berborak dengannya.

"Semalam juga doktor dan jururawat klinik desa ada datang melawat dan merawat serta berikan datuk air glukos untuk bagi dia ada tenaga," katanya.

Di era kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama 'Atan' bersama Atuknya serta rakan-rakan berbilang kaum.

Isyraq Ariff berkata, datuknya amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018 sehingga membuatkan dia murung.

"Arwah nenek meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital. Datuk memang jaga nenek dengan penuh perhatiannya.

"Sebelum itu, datuk yang kena angin ahmar dan dijaga arwah nenek sampai pulih. Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

"Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ," katanya.


Kredit foto: Harian Metro

Menurutnya, apa yang berlaku membuatkan datuknya amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupan diuruskan oleh neneknya.

"Selepas itu dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya iaitu Fauzi.

"Keluarga pakcik saya yang tengok-tengokkan dan menjaganya. Dia (datuk) memang tak nak pergi mana-mana walaupun diajak.

"Malah semasa sambutan hari raya pun kalau pergi rumah anak-anak atau saudara, tak sampai tiga minit datuk dah ajak balik," katanya.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor mendapatkan rawatan di klinik berdekatan tiga bulan sekali.

Dia perlu menjalani pemeriksaan untuk darah tinggi, kencing manis dan tahap kolestrol.

Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Keadaannya mendapat perhatian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang melakukan lawatan menerusi Program Ziarah Finas Prihatin 2.0 di Klang pada 25 November, tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 19-1-2021 12:50 PM
Rindu isteri laa tu.. datuk k saleh yaakob kena contohi jamali ni.. ni asyik ikut kehendak punai jah
Quote Nenasketum 19-1-2021 01:29 PM
Semoga dipermudahkan. Aku syukur sangat arwah bapak aku meninggal senang jerk. Kalau macam ni sedih wooo.
Quote lavendernovella 19-1-2021 06:31 PM
Rindu pada yg dah pergi selamanya mmg sangat2lah memeritkan. Semoga Datuk Jamali Sadat dipermudahkan.
Quote little_sis 19-1-2021 06:38 PM
Semoga Datuk Jamali Shadat sihat dan dipermudahkan urusan.. dia rindu tu..
Quote Nenolen 19-1-2021 07:21 PM
Buritan replied at 19-1-2021 12:50 PM
Rindu isteri laa tu.. datuk k saleh yaakob kena contohi jamali ni.. ni asyik ikut kehendak punai jah

Hahaha...lawak la statement you...but mmg betui pun...kira lama jugak Jamali nie bertahan...arwah abah kaka pi after 1.5 tahun mak meninggal...mmg cinta sejati...rasanya kalu masa mak meninggal tu kaka dan anak2 tak kat UK...silap2 lagi awal dia ikut...elok2 jer kaka blk mesia dan dpt keje dlm 6 bln tu arwah abah pi secara mengejut...but kaka redha sebb mmg tau dia rindu sgt2 kat arwah mak...Al Fatihah buat arwah mak dan abah
Quote lil_honey 19-1-2021 07:25 PM
..moga jamali shadat terus kuat dan urusan dipermudahkan..
rindu tu kdg amat menyakitkan.
Quote supernaturalee 20-1-2021 12:40 AM
lil_honey replied at 19-1-2021 07:25 PM
..moga jamali shadat terus kuat dan urusan dipermudahkan..
rindu tu kdg amat menyakitkan.

Like






Quote Manjahati 20-1-2021 01:15 AM
Moga dipermudahkan semuanya..kecik2 dulu teringat arwah ayah suka dgr lawak datuk jamali
Quote biskut_milo 20-1-2021 02:54 AM
Usually, if dah takde  selera makan...it’s a sign dah tu.. anyway semoga kembali sihat
Quote Geeayden 20-1-2021 08:26 AM
Semoga Dato segera sembuh dan sentiasa di rahmati Allah
Quote BoongaKertas 20-1-2021 08:55 AM
Nenolen replied at 19-1-2021 11:21 AM
Hahaha...lawak la statement you...but mmg betui pun...kira lama jugak Jamali nie bertahan...arwah  ...

bergenang plak airmata meols baca. Alfatihah utk kedua ibu bapa kaka.
Quote ecahaha 20-1-2021 10:54 AM
mesti sedih sgt2.. arwah isteri meninggal hari raya first.. tiap tahun raya lepas tu harus jadi hari yg menyedihkan.. aku baca pn rasa sedih..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038447 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top