CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gatal Nak Kahwin Lain, Lelaki Minta Isteri Buat Pinjaman

19-1-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2694| Komen: 9

Lelaki tergamak meminta isterinya membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk menikahi wanita lain.

Memberikan alasan terdesak melunaskan hutang, perancangan itu bagaimanapun diketahui wanita terbabit yang dimaklumkan saudara terdekat.



Gambar hiasan

Gulf News melaporkan, wanita itu diminta membuat pinjaman berjumlah 120,000 riyal (kira-kira RM130,000), kononnya untuk menjelaskan hutang.

Dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan suaminya yang pada awalnya menafikan perkara itu.

Lelaki itu mendakwa dia diancam akan diberhentikan kerja, menyebabkan isterinya membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang.

Selepas beberapa minggu, isterinya mendapat tahu perkara itu dan memintanya berterus terang, namun dinafikan.

Akhirnya, dia mengaku akan bernikah dengan wanita lain, dalam masa terdekat.

Selepas enggan mengembalikan wang itu, isterinya memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.


Peguam Assem Al Mulla mengesahkan bahawa isteri tidak boleh memfailkan pembatalan perkahwinan melainkan ada sebab yang membenarkannya.

Terdapat banyak sebab yang boleh menjadi salah satu cara untuk membatalkan perkahwinan itu, termasuk kecacatan pada salah seorang pasangan dan perkara itu disembunyikan dari pasangan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 19-1-2021 08:29 AM
Apa punya undang2 la...bini x blh failkn perceraian..kalau dh menyampah tak de perasaan pun nk kna stay jgk ke..mcm x adil je
Quote Megikari 19-1-2021 09:59 AM
krustykrab: Apa punya undang2 la...bini x blh failkn perceraian..kalau dh menyampah tak de perasaan pun nk kna stay jgk ke..mcm x adil je


Undang2 yg dibuat oleh lelaki utk beri advantage kpd lelaki.. Hmm..
Quote Megikari 19-1-2021 10:07 AM
Kes ni jadi kat sorang ex boss laki aku. Bini dia kerja gomen juga tapi gred lagi besar. Dah le duduk rumah mertua. Potongan gaji dia dah max so dia mintak bini dia buat loan brapa puluh ribu tah, alasan nak repair rumah mak dia kat kampung. Tapi sekali tu kantoi dia guna duit tu utk buat hantaran bini no 2 n sponsor majlis kawin pihak perempuan. Bila dah kantoi mertua dia halau keluar rumah. Skrg ni rasanya dah cerai kot dgn bini no 1
Quote batusembilan 19-1-2021 10:13 AM
Megikari replied at 19-1-2021 10:07 AM
Kes ni jadi kat sorang ex boss laki aku. Bini dia kerja gomen juga tapi gred lagi besar. Dah le dudu ...

ya ampun x bersyukur punya lelaki. phuuiiiiii
Quote rosmahisham 19-1-2021 11:17 AM
X malu eh laki mcm ni..nk p*** baru tp duit tadak!!! Bg penerajang je laki cam gini.
Quote chinta89 19-1-2021 12:45 PM
Undang2 taik kucing - 3 Abdul
Quote AyaqMeloSuam 19-1-2021 07:18 PM
Ereb.. nk ckp apa lg.. ppuan kt bwh tapak kaki llki.. drivin pn xleh.. 1 kes kwn aku study sna. Dia naik bus awam. Pakai baju blapis2 dh siap tutup semua.. ada llki bdiri blakang dia.. mlancap pancut kt baju kwn aku.. sialll knn.. repot.. apa pn xdak tindakkn.
Quote mialunar 19-1-2021 07:38 PM
Pasai tu banyak pembunuh upahan kat ereb.. Kes macam ni.. Jalan tue la yg terpaksa di pilih
Quote MontanaHannah 19-1-2021 09:37 PM
jantan xguna

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049976 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top