CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gelisah Pertama Kali Anak Demam, Elfira Pasang Zikir Ubat Penyakit & Bacaan Al-Quran

19-1-2021 05:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5211| Komen: 29

Description: Pelakon jelita, Elfira Loy gelisah apabila anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf mengalami demam panas buat kali pertama, pada Ahad.
Pelakon jelita, Elfira Loy gelisah apabila anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf mengalami demam panas buat kali pertama, pada Ahad.

Menurut Elfira, bacaan suhu badan anak lelakinya itu kian meningkat dan sudah mencecah 37 darjah celsius.



Kredit foto: IG Elfira

Lalu, bintang berusia 27 tahun ini meluahkan rasa bimbang dan turut meminta nasihat daripada pengikutnya menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Pertama kali Rayyan demam sepanjang dari bayi sampai dah besar ni. Harap demam ni sekejap je.

“Apa yang saya buat, ibu saya mandikan dia dengan air biasa je, selalu lap-lap badan & tampal Cool Fever. Tapi, bila nak tidur dia macam tak selesa sikit, jadi El pasang zikir ubat penyakit sebab Rayyan selalu akan tenang kalau pasang bacaan al-Quran & pasang juga YL diffuser.

“Saya guna lemon & thieves baru dia tidur. Tapi, bila malam tu mungkin dia tak selesa, banyak tidur atas bahulah sambil dukung berdiri.

“Jadi, bila anda putuskan untuk membawa anak anda berjumpa doktor? Atau bersabar je sampai ia (demam) kebah?” tulisnya.



Untuk rekod, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.


Sumber: Media Hiburan

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 19-1-2021 05:45 AM
Pelakon jelita?
Quote Kiyah 19-1-2021 08:09 AM
I suggest El pakai bantal zikir baby piyan
Quote cikdilla 19-1-2021 10:43 AM
Baby2 ni kalau demam better terus refer doc. Pendapat meols la. Kalau dah 2 tahun ke atas tu baru meols rilex2 je bg ubat demam & pantau kat rumah selagi suhu x cecah 38c
Quote shuerin 19-1-2021 11:05 AM
ke promote YL?
Quote kakakpositifker 19-1-2021 11:14 AM
akak rengseee dgn gbr baby kau letak alquran kat situ. tak perlu rasanya kau tunjuk kat org kau baca alquran ke apa. semoga cepat sembuh hendaknya
Quote adawiyah_hakim 19-1-2021 12:36 PM
bawa je la ke klinik terus, rujuk pada yg lebih pakar ttg sakit demam
rujuk netizen buat apa?
Quote Buritan 19-1-2021 12:44 PM
shuerin: ke promote YL?



Kannnn.. aku terus ke klinik jajh.. tak brani..
Quote miss_perfect 19-1-2021 02:14 PM
akies replied at 19-1-2021 05:45 AM
Pelakon jelita?

Siap tulis 'bintang' tu tak tahan....
Quote Nenasketum 19-1-2021 02:26 PM
Reputs tak paham beza bintang ngan retis sekarang dok melilau serata alam 24/7.
Dedulu bintang cam Sarimah, Tipah Omar, Saadiah, Normadiah cuma kelihatan sekali sekala seperti bintang di awan.
Dia ni dalam ig kemain gojes, kat luar standard yindon sapu lantai jerk. Hehehehe...
Quote EvieWanKenobi 19-1-2021 02:39 PM
bosannya.. bukan anak kau sorang je demam..
Quote kucingitam 19-1-2021 04:08 PM
aku anak demam tinggi sikit terus spital je ya...pukul 2 pagi pun gigih je la...asalkan ada pantauan dr.

Quote LadyCarefree 19-1-2021 04:43 PM
Apo? Lemon and thieves?
Quote Pamelaloba 19-1-2021 04:52 PM
Comel gila si rayyan ni. Pipi merah2
Quote lattehazelnut 19-1-2021 05:01 PM
Bawak je gi jumpa doktor..
ko google je treatment tah apa2 kang bukan betul sgt..
Quote salmon-suki 19-1-2021 05:03 PM
Lemon n THIEVES?bodoh?
Quote awanysss 19-1-2021 05:32 PM
Kiyah replied at 19-1-2021 08:09 AM
I suggest El pakai bantal zikir baby piyan

i pun nak suggest benda yg sama haha
Quote midori_katana 19-1-2021 07:23 PM
Ish..ish..ish... bawak la ke klinik... minta nasihat doktor... macam mana nak buat kalau anak kecil demam, cara2 nak turunkan panas dgn cepat dan  cara kenalpasti keadaan anak demam yg berbahaya... aduhai.... takut pulak akak dia terpngaruh dgn antivax pulak nanti...
Quote makneng 19-1-2021 07:28 PM
Ermmm dia dah join MLM YL ke?
Quote MarryPottet 19-1-2021 07:42 PM
Tok laki mana? apasal oursource kat mishary rashid untuk ngaji? Patut tok laki dia lah ngaji live. Mesti tok laki pilihan dia hapal 30 juzuk quran, bukan setakat surah al-mulk

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.279641 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top