CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Si Kriting Iblis, Moga Terbelah Berantakan" - Pernikahan Arie, Indah Tak Direstui Ibu

15-1-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9479| Komen: 35

Pelawak dan pelakon Indonesia Arie Kriting baru menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon Indah Permatasuri berusia 23 tahun.



Pasangan ini selamat menikah pada 12 Januari lalu di Habitate Jakarta mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Setelah khabar pernikahan mereka tersebar, rupa-rupanya penyatuan dua hati ini sebagai suamai isteri masih belum direstui ibu Indah, Nursyah.

"Saya demi Allah, demi rasul, dunia akhirat, saya tidak mahu lihat orang itu, tapi anakku tetap anakku.

"Demi Allah, saya tidak mahu tahu (pernikahannya). Semoga terbelah, berantakan," kata Nursyah seperti dilihat dari YouTube dan laporan media tempatan.



Nursyah mengaku sebelum menikah, Indah ada meminta restu daripada bapanya. Namun, mereka tidak memberi restu dan tidak menyangka tanpa berwalikan bapa serta restu, Indah dan Arie tetap meneruskan niat mereka untuk menikah.

"Tapi, di hari pernikahan mereka, bapanya ada di rumah, tidur. Saya pula tak akan datang," tegas Nursyah.

Sebelum ini, hubungan cinta mereka diterima baik oleh wanita itu, namun dia mula menentang dan mendakwa Arie menaklukkan cinta anak gadisnya dengan cara salah. 

Dia menyifatkan pelawak dengan nama penuh Satriaddin Maharinga Djongki itu sebagai biadab. Arie juga didakwa melarikan Indah jauh dari keluarganya sehingga khabar mereka menikah.

"Apa yang membuat saya marah dan berasa tak wajar, Si Kriting iblis itu bawa lari anak saya. Iblis itu tak minta izin untuk membawa Indah keluar," katanya.


Kredit foto: IG Arie

Sementara itu, Arie menerusi Instagramnya berkata, perkahwinan mereka bukan untuk 'melawan arus' selain menegaskan restu ibu adalah utama. 


Sumber: Gempak


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 02:44 PM
kenapa pula tak direstui bondanya si Kriting?
Quote bondeh 15-1-2021 02:48 PM
Padanlah ibunya Indah tak restu, anaknya benar2 indah dibandingkan ama Kriting yang berambut gondrong...
Quote Beribear 15-1-2021 02:52 PM
Hahaaha kelakar lah komen dua forumer atas ni.. Gelakk iolss hahaaha

Tp tak pernah kenal lah pulak siapa dua ni
Quote dua_chzy 15-1-2021 02:58 PM
Gi mati la mak pak gini.
Quote Normabaru 15-1-2021 03:00 PM
Ghupe gini.. Kaka pon xrestu..habis cucu jahanam nnt

Done#teamemakpengantinpompuan.kehkeh
Quote POJAL_APO 15-1-2021 03:01 PM
X minat berita indon kepam...next
Quote dua_chzy 15-1-2021 03:04 PM
Kau mak pak ingat ini ya, kau ingat kalau ngkau tak toksik sangat dalam hidup anak2 ngkau, deols nak kawin lari? If anak ngkau sanggup buang ngkau dan pilih jantan ka betina yang baru dikenali banding ngkau yang dah bersama dia dari dia lahir, maksudnya ada yang salah dengan cara didikan yang ngkau bagi kat anak ngkau tu okeh? Perhaps ngkau tu mak pak toksis or narsisis nak mampus, okeh? Parents yang baik ngkau ingat akan melahirkan anak jembalang? Seperti juga pasangan tu cirminan kita, anak pon cirmin pada mak paknya, okeh?

Quote dua_chzy 15-1-2021 03:05 PM
bondeh: Padanlah ibunya Indah tak restu, anaknya benar2 indah dibandingkan ama Kriting yang berambut gondrong...


Mudah2an la perangai bagus walau berambut gondrong. Daripada helok indah ciptaan Tuhan dari atas ke bawah tapi perangai iblis serupa Alep Ajis.
Quote MadameOnion 15-1-2021 03:15 PM
beauty and the beast
Quote kikuri 15-1-2021 03:43 PM
memang la si kriting tu tak la ensem... tapi indah tu nampak happy je.. tak boleh ke mak dia doa yang elok2.. itu pilihan anak dia..
Quote Bihungoreng 15-1-2021 03:58 PM
Laki tu adoiii makor turn off bethooolll dah rupa man raja lawak okay ni bukan nak faceshaming sgt.. huhuu

Indah tu memang seindah nama dia... hahahahaha kaya ke kerinting ni?
Quote bracebintang 15-1-2021 04:19 PM
Toxic betul maknya pun. Kalau xsuka pun xperlu sampai nak mendoakan yang tak baik. And bukan anaknya x dtg jumpa dan mintak restu.
Quote kucingitam 15-1-2021 04:24 PM
EvieWanKenobi replied at 15-1-2021 02:44 PM
kenapa pula tak direstui bondanya si Kriting?

ibunya si Indah yang enggak restu.. liat saja itu krinting kalo dibandingkan dengan Indah yang seindah namanya..aduh...

Quote makneng 15-1-2021 04:27 PM
Amboiii kemain berdoa semoga terbelah berantakkan marriage si anak tu.. Hujung2 marriage lou sendiri yg bersepai.. Kampret!
Quote nolya 15-1-2021 04:30 PM
Edited by nolya at 15-1-2021 04:36 PM

Ada orang memilih harta, ada pula tak memilih rupa sedangkan jodoh Allah adalah rahasiaNya.  
Saya baca berita  perkahwinan  pasangan ini  di Kompas.com dn Detik.com, ibu si  Indah Permatasari  mengatakan bahawa anaknya bernikah tanpa wali.  Pej. kadinya menafikan dn menyatakan bahawa  pihak  mereka telah mendapat surat keizinan  bapak Indah untuk  mewakilkan  nikah.  

Sbg seorang ibu, amatlah tidak wajar  bertindak sedemikian, memaki dn mengaibkan sang menantu.  Apa lagi mengharapkan sesuatu yg tidak baik  terhadap rumahtangga anaknya.  Nanti kalau dpt cucu,  akankah tentap dinafikan kerana cucunya dianggap berbapakan  seorang iblis.  Tega amat  seorang  ibu/nenek  berkata begitu.  Mikir2 siapa sebenarnya yg berhati iblis.  Na'u zubillahi min zalik.
Quote mieymiey 15-1-2021 04:39 PM
Sebelum ini, hubungan cinta mereka diterima baik oleh wanita itu, namun dia mula menentang dan mendakwa Arie menaklukkan cinta anak gadisnya dengan cara salah.


Iols dah fikir bukan-bukan yach. Iols speku mak pompuan tu tuduh lelaki tu guna ilmu hitam untuk dapatkan anak dia.
Quote mamajawie 15-1-2021 04:42 PM
bondeh replied at 15-1-2021 02:48 PM
Padanlah ibunya Indah tak restu, anaknya benar2 indah dibandingkan ama Kriting yang berambut gondron ...

logik akal memang betul pun komen chuollss ni..sbab tu mak indah speku anak tino dia kena mandrem dgan si rambut tebuan ni

Quote buapakperut 15-1-2021 04:47 PM
sebab die kerinting ke, jangan la gitu tanter.. tanter over
Quote Boomibulat 15-1-2021 04:52 PM
Edited by Boomibulat at 15-1-2021 05:36 PM

Mgkn maknya suka yg rebonding berbanding kerinting..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040493 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top