Orang selalu salah sangka yang kita tidak sepatutnya memiliki kulit wajah berminyak, tapi kalau kulit wajah yang kering pun tak bagus juga. Sebenarnya, kulit berminyak ada beberapa kelebihan tersendiri, termasuklah: #1 Perlindungan kebal daripada pancaran cahaya matahari Kulit berminyak biasanya mampu meningkatkan kesan SPF yang dipakai dan memberikan perlindungan yang lebih kebal daripada sinaran UV berbanding mereka yang tiada berminyak kulit mukanya. #2 Penuaan yang lebih perlahan Dengan kulit jenis berminyak, anda tidak perlu risau kulit mudah dikotori dan dirosakkan dengan pencemaran alam sekitar, sinar UV, dan bahan toksin lain. Ini kerana kulit berminyak lebih tebal dan mempunyai faktor perlindungan semula jadi lebih tinggi.
#3 Hidrasi kulit berpanjangan Sebum boleh menyebabkan korang kehilangan sedikit kelembapan kulit melalui peluh yang mengakibatkan kurangnya kelembapan pada kulit. Dengan kulit berminyak, sekurang-kurangnya korang tak kehilangan terlalu banyak kelembapan pada kulit terutama bila berpeluh. #4 Penampilan yang lebih berseri dan awet muda Kalau dijaga dan dirawat dengan betul, kulit berminyak sebenarnya boleh memberi penampilan yang lebih berseri dan awet muda. Apa yang paling penting ialah kita mesti memastikan kulit tidak terlalu berminyak sebab ia boleh menyebabkan jerawat dan pelbagai masalah kulit lain. Jadi, penting untuk kita mencuci dan melembapkan wajah sebanyak dua kali sehari. Walaupun terdapat kelebihan bagi kulit berminyak, ia tidak bermakna anda boleh membiarkannya begitu saja. Penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik setiap hari. Sumber: Era.je |
ADVERTISEMENT