CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Nikah Tepi Van Jenazah Bapa Yang Meninggal Akibat Covid-19

15-1-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2905| Komen: 9

Pasangan pengantin membuat keputusan untuk bernikah di tepi van jenazah bapa pengantin perempuan yang disahkan meninggal dunia kerana Covid-19.

Kejadian di daerah Takeran di Jawa Timur ini menjadi tular selepas dikongsi seorang rakan pasangan itu.

Pasangan pengantin itu membuat keputusan untuk bernikah sebelum jenazah si bapa dikebumikan.

Menerusi video itu, abang kepada pengantin perempuan menikahkan adiknya sambil disaksikan saudara terdekat.



Jenazah bapanya kemudian dikebumikan sebaik selepas pernikahan, dengan mengikuti protokol pengebumian pesakit Covid-19.

Pemilik Facebook yang dikenali sebagai Abdul Azis berkata, pasangan itu membenarkan pernikahan mereka dirakam dan dikongsi di media sosial.


Sebelum pernikahan, solat jenazah bapanya itu diadakan di surau milik keluarga itu.

"Pernikahan dijalankan minggu lalu selepas bapa pengantin perempuan meninggal dunia kerana Covid-19," katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Saudara terdekat yang turut hadir juga kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika pernikahan itu.

Video berdurasi 29 saat berkenan ternyata mengundang sebak warganet yang turut mendoakan pasangan itu dan orang tua mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 15-1-2021 09:49 AM
hurm, urusan pernikahan kan urusan dunia. uruskan la jenazah tuh dulu patutnya
Quote mamajawie 15-1-2021 10:05 AM
nanies replied at 15-1-2021 09:49 AM
hurm, urusan pernikahan kan urusan dunia. uruskan la jenazah tuh dulu patutnya

ummah leluhur, what do you expect??

Quote irish_ieka 15-1-2021 10:33 AM
jarang la kaum yg ni tak pekat
Quote missbigrockstar 15-1-2021 10:53 AM
Apa yg tak pernah pelik dgn leluhur ni
Quote nazzse 15-1-2021 11:06 AM
Ingat bapak tu kisah anak nak kawen..Roh tu tengah sibuk risaukan soalan dlm kubur nanti..

Quote NekNgah 15-1-2021 04:35 PM
Saja nak viral, betul tak??
Quote Tinot7 15-1-2021 05:07 PM
takziah kpd keluarga.
tahniah kpd pengantin baru.
Quote Nenasketum 15-1-2021 05:08 PM
Oh Yindon, padanlah benda pelik2. Bukan suruh segerakan kebumi kah?
Quote MontanaHannah 15-1-2021 07:54 PM
lepas malam pertama tu xde dia fikir bapaya dahhh dia fikir kemuncak entah nama gunung yg di daki pun xtahu lah....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056139 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top