CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Laporan Palsu Dakwa Dirogol, Pelakon Dihadapkan Ke Mahkamah

15-1-2021 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9182| Komen: 21

Description: Akibat membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirogol, seorang pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pada Khamis.
Akibat membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirogol, seorang pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pada Khamis.

Tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, juga didakwa atas kesalahan membuat pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki.

Nor Hafizah bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Memetik Sinar Harian, tertuduh didakwa telah memberikan maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dia telah dirogol dua orang lelaki berusia 29 dan 21 tahun dengan niat agar mereka dikenakan tindakan.


Foto: mStar Online


Bagi kesalahan itu, Nor Hafizah didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala untuk tuduhan pemerasan, Nor Hafizah didakwa melakukan pemerasan terhadap lelaki berusia 29 tahun yang sama sehingga mendatangkan ketakutan akan suatu bencana iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa polis itu telah merogolnya.

Untuk kesalahan di atas, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin, manakala tertuduh diwakili peguam, Riduan Ismail.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Riduan bagaimanapun dalam rayuannya meminta ikat jamin yang minimum kerana anak guamnya merupakan seorang suri rumah selain perlu menjaga empat orang anak berusia 10, lapan, tiga dan dua tahun.

“Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi berdepan dengan penularan wabak Covid-19, ” katanya.

Dalam rayuan itu, Riduan turut memaklumkan bahawa itu merupakan kes pertama yang dihadapi anak guamnya.

“Saya memohon satu ikat jamin yang rendah untuk memastikan anak guam hadir pada prosiding perbicaraan selepas ini, ” katanya.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi pertuduhan pertama, manakala RM1,000 untuk pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh difahamkan membayar ikat jamin. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 15-1-2021 09:18 AM
Drama pendek youtube apa minah ni berlakon?
Quote Scheherazade 15-1-2021 09:52 AM
Perempuan mcm ni la menyebabkan perempuan2 lain yg betul2 diperkosa di'doubt' kebenaran dakwaan mrk itu.
Quote nanies 15-1-2021 10:15 AM
pompuan tak guna
Quote Redmyvi 15-1-2021 10:31 AM
Bosan sangat ker hidup smpai nak pi cari masalah
Quote missHaidiD 15-1-2021 10:32 AM
Gariknya dah ada laki pastu acah2 kena rogol.  Abis laki buat apa bila dpt bini cenggini.  Tgk je ke
Quote missHaidiD 15-1-2021 10:33 AM
Jahatnya ko nk aniaya hidup org.  Nti hidup ank ko pulak org aniaya cmana ko rasa
Quote bondeh 15-1-2021 11:26 AM
Aiyoooo bini orang kahhh... choyyyy lah guna tajuk pelakon... pelakon youtube lahhhhhh itupun drama sebabak jahhhh.... ke laki bini nak hidup senang cara express dgn kata lain mamat yg dituduh merogol tuh bayar duit pampasan kehhhh.... donno...
Quote takayama 15-1-2021 11:36 AM
igtkan pelakon dikenali sekali rerupanya hmmm
btw dah ada anak yg beso tp leh plk terlebih kreatip nk buat dakwaan tipu
klu kena kt anak sendiri mcm mana
jgnlah buat main2 benda camnie
hrp dpt hukuman setimpal
Quote matchstick 15-1-2021 12:04 PM
Ni kes yg mana ye..takde viral ke sblm ni. Yg youtuber Kelantan kena tahan sbb rogol pelakon kt homestay tu kes lain kan..
Quote jijilaaa 15-1-2021 12:32 PM
kalau ada link drama nye tepek lah..nak jugak nengoknya si garit ni..umo dah tua, tp otak takdee
Quote md_nana 15-1-2021 12:35 PM
matchstick replied at 15-1-2021 12:04 PM
Ni kes yg mana ye..takde viral ke sblm ni. Yg youtuber Kelantan kena tahan sbb rogol pelakon kt home ...

Tu kes lain. mula2 igt kes yg sama tp yg Hari tu nama si mangsa Nik farin. Yg ni pernah ke viral. Sbb cari mcm x pernah dgr
Quote kakakpositifker 15-1-2021 01:19 PM
kes dai syed apa cite?
Quote Aikiko 15-1-2021 11:26 PM
Scheherazade replied at 15-1-2021 09:52 AM
Perempuan mcm ni la menyebabkan perempuan2 lain yg betul2 diperkosa di'doubt' kebenaran dakwaan mrk  ...

Setuju sesangat...perempuan mcm nie mencemarkan nm perempuan2 yg lain yg memerlukan pengadilan dlm kes rogol yg sebenar
Quote Yunbin 16-1-2021 05:22 PM
md_nana replied at 15-1-2021 12:35 PM
Tu kes lain. mula2 igt kes yg sama tp yg Hari tu nama si mangsa Nik farin. Yg ni pernah ke viral.  ...

Ohhh ingatkan kes yang sama dgn kes sebelum ni
Quote gummiebear 16-1-2021 05:40 PM
Eh banyak pulak kes melibatkan pelakon youtube. Ingatkan kes yang sama hari tu. Blackmail gone wrong ya sis. Udah ada suami, ada anak2 pun masih bodoh
Quote sleepandream 17-1-2021 04:20 PM
bodohnya minah ni.. fitnah orang... abis satu family buruk nama
Quote Radiostar 21-1-2021 06:41 AM
Edited by Radiostar at 21-1-2021 06:42 AM


[youtube]x_7mAIO4yJU[/youtube]
Quote izat123 21-1-2021 07:19 AM
Pelakon youtube pun kira artis ke? Kiranya kalau tiba tiba nenek aku ambik kamera phone dia buat video monologue lepastu post kat youtube dia dah kira artis lah? Hahahaa
Quote Fafaaisa 21-1-2021 07:59 AM
Motif buat macamtu??

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.067429 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top