Akibat membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirogol, seorang pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pada Khamis.
Tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, juga didakwa atas kesalahan membuat pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki.
Nor Hafizah bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Memetik Sinar Harian, tertuduh didakwa telah memberikan maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dia telah dirogol dua orang lelaki berusia 29 dan 21 tahun dengan niat agar mereka dikenakan tindakan.
Foto: mStar Online
Bagi kesalahan itu, Nor Hafizah didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala untuk tuduhan pemerasan, Nor Hafizah didakwa melakukan pemerasan terhadap lelaki berusia 29 tahun yang sama sehingga mendatangkan ketakutan akan suatu bencana iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa polis itu telah merogolnya.
Untuk kesalahan di atas, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin, manakala tertuduh diwakili peguam, Riduan Ismail.
Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan.
Riduan bagaimanapun dalam rayuannya meminta ikat jamin yang minimum kerana anak guamnya merupakan seorang suri rumah selain perlu menjaga empat orang anak berusia 10, lapan, tiga dan dua tahun.
“Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi berdepan dengan penularan wabak Covid-19, ” katanya.
Dalam rayuan itu, Riduan turut memaklumkan bahawa itu merupakan kes pertama yang dihadapi anak guamnya.
“Saya memohon satu ikat jamin yang rendah untuk memastikan anak guam hadir pada prosiding perbicaraan selepas ini, ” katanya.
Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi pertuduhan pertama, manakala RM1,000 untuk pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh difahamkan membayar ikat jamin. -CARI
Post time 15-1-2021 11:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aiyoooo bini orang kahhh... choyyyy lah guna tajuk pelakon... pelakon youtube lahhhhhh itupun drama sebabak jahhhh.... ke laki bini nak hidup senang cara express dgn kata lain mamat yg dituduh merogol tuh bayar duit pampasan kehhhh.... donno...
igtkan pelakon dikenali sekali rerupanya hmmm
btw dah ada anak yg beso tp leh plk terlebih kreatip nk buat dakwaan tipu
klu kena kt anak sendiri mcm mana
jgnlah buat main2 benda camnie
hrp dpt hukuman setimpal
Post time 21-1-2021 07:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pelakon youtube pun kira artis ke? Kiranya kalau tiba tiba nenek aku ambik kamera phone dia buat video monologue lepastu post kat youtube dia dah kira artis lah? Hahahaa