CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emelda Rosmila Tak Mahu Mediasi, Kes Saman Fitnah Siber Terhadap Zarina Anjoulie Dibawa Ke Mahkamah Tinggi

15-1-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9005| Komen: 54

Description: Kes saman fitnah siber yang difailkan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah terhadap Emelda Rosmila akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal diselesaikan melalui proses mediasi.
Kes saman fitnah siber yang difailkan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah terhadap Emelda Rosmila akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal diselesaikan melalui proses mediasi.


Peguam yang mewakili Zarina, Wan Azmir Wan Majid daripada firma guaman NHA Advocates and Solicitors berkata, Emelda selaku defendan enggan meneruskan proses mediasi yang disarankan mahkamah dan kes ini akan melalui perbicaraan penuh.

"Kami berharap semuanya berjalan lancar seperti yang dicadangkan mahkamah dan kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian.

"Namun kerana Emelda tidak mahu meneruskan mediasi, nampaknya kes ini akan melalui bicara penuh dan kami pasti akan memberikan yang terbaik untuk anak guam sewaktu perbicaraan di mahkamah nanti, ” katanya yang turut dibantu peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.


Foto: IG


Emelda selaku defendan didakwa telah memfitnah, melakukan pembulian siber dan penyerangan reputasi terhadap Zarina.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mencadangkan agar kedua-dua pihak menjalani proses mediasi dan Zarina mengusulkan kepada Emelda pada 19 November tahun lalu agar proses tersebut diadakan pada Januari.

Namun, Emelda menerusi peguamnya menjawab pelawaan itu pada 25 November lalu bahawa dia enggan mengambil bahagian dalam proses mediasi untuk mencapai penyelesaian bagi kedua-dua pihak.

Mediasi adalah alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh yang menawarkan faedah-faedah seperti perkhidmatan percuma dengan mediator terdiri daripada hakim dan pegawai kehakiman berpengalaman serta berpengetahuan.

Dalam sesi berkenaan, tiada pihak yang kalah kerana persetujuan untuk penyelesaian dicapai secara sukarela, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang dan perjanjian penyelesaian juga mengikat pihak-pihak mengikut undang-undang kontrak.



Menurut Wan Azmir lagi, pihaknya menuntut agar kos pindahan ke Mahkamah Tinggi ditanggung pihak defenden.

“Ini adalah kali kedua Emelda memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

"Kali pertama ia diajukan, Zarina tidak membantah, tetapi permohonan tersebut ditarik balik oleh defendan Emelda setelah permohonan dibuat bagi alasan yang hanya diketahui oleh beliau.

"Setelah itu permohonan tersebut diajukan kembali dan sekali lagi, kami tidak keberatan menurut kemahuan pihak Emelda tetapi kali ini kami memohon agar kos pindahan dibayar oleh defendan, ” tambah Wan Azmir.



Susulan itu mahkamah memerintahkan Emelda untuk membayar kos kepada Zarina bagi membolehkan kes sivil tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Zarina mengambil tindakan saman terhadap Emelda selepas didakwa memfitnah dirinya menerusi aplikasi Telegram dan akaun media sosial.

Zarina menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi untuk mengelakkan Emelda memfitnahnya di masa depan.



Selain itu, Zarina mahu Emelda membuat permohonan maaf yang disiarkan di media cetak dan akaun media sosial aktres itu sendiri.

Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zuklifli juga mewakili Zarina bagi saman fitnah sibernya terhadap dua pelakon lain iaitu Amyza Aznan dan Fara Mendoza. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 15-1-2021 09:31 AM
hal2 sampah mcm ni pun nk kene heret ke court ke?
Quote LadyCarefree 15-1-2021 10:58 AM
Lawak gambar tu obvious macam sorang alter bibir sorang alter hidung.
Quote captainQUE 15-1-2021 11:02 AM
Bukan nak sebelah siapa2 dalam hal ni tapi I setuju je pasal benda ni so Takde orang sesuka hati nak kata Macam2 pasal orang lain Mentang2 kat Alam internet. Biar jadi pengajaran kepada semua.
Quote bondeh 15-1-2021 11:22 AM
Horrornya muka acik Emelda dah cam ghope arwahnya si Mekel Jeksen....
Quote missHaidiD 15-1-2021 11:24 AM
Pesal huduh sgt hidung emelda tu.  Buruks hokeh
Quote Madel 15-1-2021 11:30 AM
Ini la dia ego sorg perempuan
Benda boleh settle tepi, tpi sbb nak pertahan ego sanggup berabis duit naik high court.
Time2 pkp ni duit yg ada tu baik la disimpan.
Quote takayama 15-1-2021 11:39 AM
all the best,itu jer nk kata
Quote missHaidiD 15-1-2021 11:43 AM
Kesian acik emelda.  Dia antara yg nk adjust muka tp jd lagi hodoh . Hidung dulu lg hodoh ke cmana ek.  
Quote MisXoXo 15-1-2021 11:44 AM
Masa ig anju up.rasa dia ckp general xda petik nama sapa2.tp perbualan kt tele tu yg ramai petik nama dia kan.kalau proses mediasi ni,mksdnya court nk durang bncng dn mcm gayanya pihak hidung kena bg statement sorry.tu rasa xmahu dn bwk ke high court.betul ke teori ni..ekekeekke
Quote red_velvet 15-1-2021 11:44 AM
Emelda nampak busuk walau gigih alter hidung.... Sebusuk si laki
Quote September14 15-1-2021 11:47 AM
Itula sapa suh ubah idung kan dah senget... lpstu nmpk x normal
Quote missHaidiD 15-1-2021 11:50 AM
MisXoXo replied at 15-1-2021 11:44 AM
Masa ig anju up.rasa dia ckp general xda petik nama sapa2.tp perbualan kt tele tu yg ramai petik nam ...

Ye iols pun dgr cenggitu.  Geng2 sendu ni terasa bila anju ckp.  
Quote animcute 15-1-2021 11:58 AM
plastic surgeon yg operate ni sama dgn yg operate kakak dia kot...same pattern je. camna la korang teringin nak hidung sibijik shape jambu air ni...sesiapa yg teringin nak alter yr nose tolonglah bawa pic ni and tell the doctor..not this one.
bangga lak tu..siap post selfie dari segala sudut ...
btw ni bkn cyber bully ye akak nak bagi nasihat kat orang jer supaya berhati2.
Quote Nenasketum 15-1-2021 12:05 PM
Aku cukup tak kenan anak depa yang laki tuh. Pi Supermarket letak budak tu duduk atas cooler tempat letak makanan. Terencat pun ada gak nampak
Quote pencintaABC 15-1-2021 12:08 PM
animcute replied at 15-1-2021 11:58 AM
plastic surgeon yg operate ni sama dgn yg operate kakak dia kot...same pattern je. camna la korang t ...

Lama tak nampak tin tinted
Quote cikdot 15-1-2021 12:15 PM
aritu tengok deme laki bini berlakon drama 'cerai'..macam kesian pulak aku nengok muka emelda, dah la dalam HD, hidung, mulut pelik dengan muka mengerutunya..mekap tebal pun takleh cover. dah la camera duk fokus muka dia kemain dekat lagi tapi bagusla dia kompiden rasa muka dia lawa
Quote jijilaaa 15-1-2021 12:24 PM
dua2 plastik dah alter sana sini. dua2 sendu tak de job.

zaman pkp ada org tak cukup duit utk makan. tp korang dok tabur duit pada benda tak bermanfaat
Quote md_nana 15-1-2021 12:30 PM
Best pulak baca pasal hidung emelda berbanding kisah mahkamah dia.hahaha
Quote missHaidiD 15-1-2021 12:40 PM
Nenasketum replied at 15-1-2021 12:05 PM
Aku cukup tak kenan anak depa yang laki tuh. Pi Supermarket letak budak tu duduk atas cooler tempat  ...

Cuols emelda ni ada beranak ke.  Ketinggalan iols. Ingtkan dia takde anak.  Ada jgk rezeki Allah bg od dia suami isteri

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054431 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top