CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tipu Isteri Kata Ke Pontianak Naik Sriwijaya Air, Kantoi Rupanya Ke Pulau Bali Bercuti Bersama Skandal

13-1-2021 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3934| Komen: 12

Description: Tindakan seorang lelaki yang sanggup menipu isteri dengan mengatakan bahawa dirinya terbang ke Pontianak akhirnya membawa padah.



Tindakan seorang lelaki yang sanggup menipu isteri dengan mengatakan bahawa dirinya terbang ke Pontianak akhirnya membawa padah.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikTok oleh pengguna bernama Thojenk, katanya dia memaklumkan isterinya bahawa akan ke lokasi tersebut dengan menaiki penerbangan kapal terbang Sriwijaya Air SJ 182.

Bagaimanapun, musibah tidak diduga berlaku apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar sebelum terhempas hingga mengorbankan banyak nyawa.

Tersedar dengan tragedi ngeri itu, isteri lelaki berkenaan terkejut dan sedih, lantas terpaksa berlapang hati akan ‘kematian’ suaminya dalam nahas tersebut.

Dikatakan keluarganya sudah pun menyiapkan khemah dan kerusi untuk para tetamu menziarahi ‘jenazahnya’ yang dibawa pulang daripada tragedi.


Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu sebenarnya telah membohongi isterinya.

Dia bukan ke Pontianak seperti yang diceritakan kepada isterinya, malah ‘melencong’ ke Bali bersama skandalnya.



Difahamkan, lelaki berkenaan mahu ke Bali bersama skandalnya adalah untuk menyambut ulang tahun hubungan mereka.

Berdasarkan video tersebut, dia ketika itu berasa bingung kerana muslihatnya telah ‘terkantoi’, lalu bingung tidak tahu hendak buat apa.

Dia sendiri keliru adakah boleh untuk balik ke rumah sebab isterinya sudah tahu cerita sebenar.

Video itu tular dan mendapat perhatian warganet, rata-ratanya menasihatkan bahawa perkara sedemikian bukan boleh dibuat main-main.

Ada warganet memberi komentar bahawa membohongi isteri dan mempunyai skandal adalah sesuatu yang hina bagi seorang suami.

Dalam masa sama, pihak keluarganya berasa syukur kerana dia ‘terselamat’ daripada nahas terhempas tersebut, bagaimanapun masalah lain pula timbul apabila skandalnya itu terbongkar.






Sumber: Padang Kita / TikTok Thojenk/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 13-1-2021 06:12 PM
Cash lah!
Quote Radzor 13-1-2021 07:26 PM
bagi tau la,,
terlepas flt sbb macet.
kemudian dapat berita flt terhempas
lalu insaf dan qiamulail di masjid beribadat selama 3 hari
aisehh tu pun nak ajar
Quote RatuDunia94 13-1-2021 08:35 PM
Radzor: bagi tau la,,terlepas flt sbb macet.kemudian dapat berita flt terhempaslalu insaf dan qiamulail di masjid beribadat selama 3 hariaisehh tu pun nak aja ...


Tak pun cakap je lah diselamatkan malaikat semasa kapal terbang nk terhempas.. mesti org2 sana percaya kisah2 ghaib sebegitu
Quote b_n_c 13-1-2021 09:42 PM
Radzor replied at 13-1-2021 07:26 PM
bagi tau la,,
terlepas flt sbb macet.
kemudian dapat berita flt terhempas

mcmn nk ckp trlepas flight sb dia kan dah kat bali dgn gepren...heheheh...

tpksa kantoi...
Quote babyleo68 14-1-2021 04:05 AM
RatuDunia94: Tak pun cakap je lah diselamatkan malaikat semasa kapal terbang nk terhempas.. mesti org2 sana percaya kisah2 ghaib sebegitu

Hahaha ni lawak.. vongok la adeh
Quote Jorja 14-1-2021 08:03 AM
Dasar tamak mau beristeri mau juga berskandal
Quote nanies 14-1-2021 10:00 AM
pandai sangat kepala hotak tu.
Quote annadonna 14-1-2021 12:23 PM
Cakaplah salah masuk flight terambik ke bali. Takdir Allah.
Quote white_musk 14-1-2021 01:03 PM
Jika lelaki menipu sebegini layakkah mencium bau syurga?
Quote Artemesiaa 14-1-2021 06:39 PM
Bukan kes pertama sebelum ni ada je kes serupa.
Quote beatgirlX 14-1-2021 07:03 PM
Padan muka..Kang takut terus bebetoi mati kena serangka kanggg
Quote hasniey 15-1-2021 02:21 PM
Kata tipu je kan kes ni?pantang ada kes besar.ada je nak buat cerita

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.115053 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top