View: 2416|Reply: 12
|
Tipu Isteri Kata Ke Pontianak Naik Sriwijaya Air, Kantoi Rupanya Ke Pulau Bali B
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang lelaki yang sanggup menipu isteri dengan mengatakan bahawa dirinya terbang ke Pontianak akhirnya membawa padah.
Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikTok oleh pengguna bernama Thojenk, katanya dia memaklumkan isterinya bahawa akan ke lokasi tersebut dengan menaiki penerbangan kapal terbang Sriwijaya Air SJ 182.
Bagaimanapun, musibah tidak diduga berlaku apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar sebelum terhempas hingga mengorbankan banyak nyawa.
Tersedar dengan tragedi ngeri itu, isteri lelaki berkenaan terkejut dan sedih, lantas terpaksa berlapang hati akan ‘kematian’ suaminya dalam nahas tersebut.
Dikatakan keluarganya sudah pun menyiapkan khemah dan kerusi untuk para tetamu menziarahi ‘jenazahnya’ yang dibawa pulang daripada tragedi.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu sebenarnya telah membohongi isterinya.
Dia bukan ke Pontianak seperti yang diceritakan kepada isterinya, malah ‘melencong’ ke Bali bersama skandalnya.
Difahamkan, lelaki berkenaan mahu ke Bali bersama skandalnya adalah untuk menyambut ulang tahun hubungan mereka.
Berdasarkan video tersebut, dia ketika itu berasa bingung kerana muslihatnya telah ‘terkantoi’, lalu bingung tidak tahu hendak buat apa.
Dia sendiri keliru adakah boleh untuk balik ke rumah sebab isterinya sudah tahu cerita sebenar.
Video itu tular dan mendapat perhatian warganet, rata-ratanya menasihatkan bahawa perkara sedemikian bukan boleh dibuat main-main.
Ada warganet memberi komentar bahawa membohongi isteri dan mempunyai skandal adalah sesuatu yang hina bagi seorang suami.
Dalam masa sama, pihak keluarganya berasa syukur kerana dia ‘terselamat’ daripada nahas terhempas tersebut, bagaimanapun masalah lain pula timbul apabila skandalnya itu terbongkar.
Sumber: Padang Kita / TikTok Thojenk/SiakapKeli |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi tau la,,
terlepas flt sbb macet.
kemudian dapat berita flt terhempas
lalu insaf dan qiamulail di masjid beribadat selama 3 hari
aisehh tu pun nak ajar |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor: bagi tau la,,terlepas flt sbb macet.kemudian dapat berita flt terhempaslalu insaf dan qiamulail di masjid beribadat selama 3 hariaisehh tu pun nak aja ...
Tak pun cakap je lah diselamatkan malaikat semasa kapal terbang nk terhempas.. mesti org2 sana percaya kisah2 ghaib sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 13-1-2021 07:26 PM
bagi tau la,,
terlepas flt sbb macet.
kemudian dapat berita flt terhempas
mcmn nk ckp trlepas flight sb dia kan dah kat bali dgn gepren...heheheh...
tpksa kantoi... |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94: Tak pun cakap je lah diselamatkan malaikat semasa kapal terbang nk terhempas.. mesti org2 sana percaya kisah2 ghaib sebegitu
Hahaha ni lawak.. vongok la adeh
|
|
|
|
|
|
|
|
Dasar tamak mau beristeri mau juga berskandal |
|
|
|
|
|
|
|
pandai sangat kepala hotak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakaplah salah masuk flight terambik ke bali. Takdir Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika lelaki menipu sebegini layakkah mencium bau syurga? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kes pertama sebelum ni ada je kes serupa. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka..Kang takut terus bebetoi mati kena serangka kanggg |
|
|
|
|
|
|
|
Kata tipu je kan kes ni?pantang ada kes besar.ada je nak buat cerita |
|
|
|
|
|
|
| |
|