CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tercalon Dalam Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia, Safawi Enggan Dabik Dada

2-1-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1937| Komen: 4

Description: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid menganggap pencalonannya dalam Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020 adalah hasil penat lelah semua pihak terutama dalam skuad kebangsaan ...
Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid menganggap pencalonannya dalam Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020 adalah hasil penat lelah semua pihak terutama dalam skuad kebangsaan dan Johor Darul Ta'zim (JDT).


Itu antara perkara yang ditekankan bekas pemain kelab Portugal, Portimonense SC apabila namanya sekali lagi menerima pencalonan untuk anugerah di peringkat antarabangsa.

Safawi yang tidak meletakkan harapan tinggi pada anugerah itu menganggap ia juga sebagai pengiktirafan kepada pemain tempatan yang semakin meningkat sekali gus membuka mata pihak luar terhadap keupayaan mereka.

Foto: Google


"Saya tidak mahu mendabik dada namun ini sebenarnya adalah cabaran untuk saya terus mengekalkan momentum dan persembahan meyakinkan pada masa akan datang.


"Banyak lagi perkara perlu belajar terutama mempertingkatkan lagi kemahiran supaya dapat membantu JDT dan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Pemain yang berasal dari Dungun, Terengganu itu terus membuktikan dirinya antara pemain terbaik di benua ini apabila dia tersenarai dalam 24 calon untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020

Malah, lebih mengujakan apabila pemenang anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual itu bakal bersaing dengan beberapa pemain ternama.

Pemain sayap itu bakal berentap dengan tonggak Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung Min yang dilabel pilihan utama untuk menggondol gelaran itu.

Selain itu, Safawi juga bakal dicabar bekas pemenang Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol, Andres Iniesta yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Vissel Kobe.

Bintang lain yang turut tersenarai adalah Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna), Matthew Ryan (Brighton), Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig) dan Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal). -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-1-2021 11:36 AM
Jgn pompuan muka tua tu nak limelight dah la
Quote ketum 3-1-2021 03:09 AM
Tercalun kira dah ok la tu....
Quote stingerxmas 3-1-2021 05:09 AM
Bangsa yg gah dengan pencalonan....

Sekadar bangga dgn memanaskan kusi pemain simpanan....

hauk

kahkahkahkah
Quote ezacbee 3-1-2021 11:52 AM
ketum replied at 3-1-2021 03:09 AM
Tercalun kira dah ok la tu....

Mesti ada.. kekasih awal akhir

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039986 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top