CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rumah PPR Buat Sewa, Kau Ni Susah Ke Kapitalis?

1-1-2021 10:34 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10527| Komen: 84|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Foto : TwitterRamai menunding jari kepada kerajaan apabila ada miskin tegar tidak dibantu. Namun, apabila sudah dibantu, ada pula segelintir yang mengambil kesempatan.




Ramai menunding jari kepada kerajaan apabila ada miskin tegar tidak dibantu. Namun, apabila sudah dibantu, ada pula segelintir yang mengambil kesempatan.

Antara contoh yang makin berleluasa kini adalah menyewakan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga kapitalis, sedangkan terang terangan ianya adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Jadi, sekarang nak salahkan siapa?



Foto : Twitter


Foto : Star Property


Ciapan yang tular di Twitter ini rupa-rupanya sudah lama diamalkan segelintir pengguna di Facebook. Modus operandi mereka mencari individu yang bekerja di ibu kota lalu mengaut keuntungan berganda berbanding sewa bulanan mereka sendiri.

Apabila ditanya peguam, Helena, tuan rumah ini menjelaskan yang mereka tertakluk dalam undang-undang istimewa, jadi tiada masalah untuk memberi sewa.


Foto : Iklan pada tahun 2016

Persoalannya, di manakah keluarga tuan rumah itu pula tinggal? Bukankah rumah PPR hanya untuk orang yang tiada rumah?


"Rumah PPR untuk bantu orang miskin / kurang mampu dapat tempat berteduh, yang engkorang pi sewa bilik harga kapitalis tu celakaapa? dah keluar dari kelompok kemiskinan?"

Ia turut dipersetujui netizen lain yang pernah mempersoalkan isu sebegini.


Foto : Twitter

Memandangkan rumah PPR mempunyai dua jenis iaitu untuk dimiliki dan disewa, adalah menjadi kesalahan jika ada individu yang menyalahgunakan kemudahan ini.


Foto : Twitter

Hal ini menimbulkan kemarahan netizen yang menganggap ramai golongan kapitalis telah mengambil hak yang tidak sepatutnya.


Foto : Twitter

Foto : Twitter

Jika ianya terus berleluasa, hasrat kerajaan untuk membantu golongan B40 tidak mungkin tercapai. Jadi, isunya adalah mengapa ia boleh jadi begini? Ada unsur rasuah? kabel atau bagaimana? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 1-1-2021 10:42 AM
umah ppr ni bukan dibeli juga ke? atau disewa kepada majlis? sekiranya boleh dibeli, kalau tiba2 kena pindah keje tpt lain, umah tu xleh disewakan ke?
Quote salmon-suki 1-1-2021 11:08 AM
Setaw ai dr dlu lagi salah satu syarat rumah ppr ni xleh disewakan kt org lain kan..utk keadilan,tarik balik jah umah ppr nih,nak2 org y salahguna..n pemberian pn xtelus kan,thats why ada y sebelum ni share boleh beli rumah byk2,termasuk rumah ppr,tp semua buat sewa..tlg cek laa,komfem menipu somewhere..

And ai harap y penipu nih,hidup tak bahagia sbb dah ambik hak org lain y lebih layak..
Quote sarahmirza 1-1-2021 11:11 AM
airmineral replied at 1-1-2021 10:42 AM
umah ppr ni bukan dibeli juga ke? atau disewa kepada majlis? sekiranya boleh dibeli, kalau tiba2 ken ...

Kalau tanya i, TAK boleh.

Nanti yang lain pun bagi alasan yang sama....
Quote sinichisenpai 1-1-2021 11:17 AM
sarahmirza: Kalau tanya i, TAK boleh.Nanti yang lain pun bagi alasan yang sama....

Betol....
Quote bakingsoda 1-1-2021 11:27 AM
airmineral replied at 1-1-2021 10:42 AM
umah ppr ni bukan dibeli juga ke? atau disewa kepada majlis? sekiranya boleh dibeli, kalau tiba2 ken ...

patutnya kerajaan beli balik dari sesapa yg dah taknak tinggal situ utk dijual kat org kurang mampu yang lain
Quote noor2 1-1-2021 11:28 AM
Oh...ppr lembah subang 2....yg pertama tu mmg rata2 golongan susah...masa akak terlibat dgn NGO mmg selalu ke sana....sekarang dah stop sebab start 2021 handle project 100%...jd x dpt join lagi ....
Quote krustykrab 1-1-2021 11:31 AM
airmineral replied at 1-1-2021 10:42 AM
umah ppr ni bukan dibeli juga ke? atau disewa kepada majlis? sekiranya boleh dibeli, kalau tiba2 ken ...

Patutnya dlm perjanjian jualbeli kena ada klausa kna jual balik pada gomen dgn harga asal jika pemilik dah tak nak duduk situ..kalau tak semua org duk guna alasan ni..abis tu yg betul2 nk tmpt tinggal mcn mana
Quote anony-mous 1-1-2021 11:44 AM
Bapak mahal. Tgh kl boleh dpt harga tu at least selesa sikit. Gila babi 500+400+300 dah dpt 1200. Bulanan dlm rm300-400.

Patutnya kalau dpt tgkap kes mcm ni, jual je balik unit tu dgn harga bukak dlu bg pulak pd yg betul2 nk guna. Yg dah kaya tu boleh la keluar
Quote anony-mous 1-1-2021 11:46 AM
krustykrab replied at 1-1-2021 11:31 AM
Patutnya dlm perjanjian jualbeli kena ada klausa kna jual balik pada gomen dgn harga asal jika pem ...

I stuju sgt, tp org2 politik mcm byk yg bodoh. Benda simple pon xboleh fikir. Let say dah mampu / nak pindah tmpt lain, jual balik dgn hrga 35k tu then owner baru beli 35k dgn syarat yg sama jugak. No sewa2 baru lah semua dpt merasa
Quote epal21 1-1-2021 11:48 AM
Tarik je balik rumah ppr orang macam ni. Tetingat pulak dulu ada akak kerja pembantu kesihatan (gred bawah 27) tapi ada sampai berbelas rumah prima. Macam mana boleh lulus tu? Siap buat seminar lagi.
Quote dodolgemok 1-1-2021 12:04 PM
Ni puak2 sifu hartanah punya kerja la ni. Acah2 beli rumah berbelAs2 pastu sewa harga Yahudi, smbil isap rokok Yahudi laung hidup ketuatnan!
Quote dua_chzy 1-1-2021 12:29 PM
epal21 replied at 1-1-2021 11:48 AM
Tarik je balik rumah ppr orang macam ni. Tetingat pulak dulu ada akak kerja pembantu kesihatan (gred ...

Pastinya sheol kenal orang politik.
Quote Artemesiaa 1-1-2021 12:36 PM
Benda dah berpuluh tahun orang buat tapi masih tak ada penyelesaiannya.  Time ada operasi check pemilik nanti tuan tumah tetiba ada dirumah sebab itu ramai terlepas tak kena tindakan.  Tiada operasi tuan rumah pun hilang semula.
Quote Minami2013 1-1-2021 12:37 PM
Kalau tk de connection susah nk beli rmh ppr ni.. sbb ramai yg tak layak dpt beli 2,3 buah rumah utk tujuan sewa.. dah lama isu ni kot..
Quote awanysss 1-1-2021 12:41 PM
itu yg menteri pernah suggest rumah2 ni kalau nak jual kena pulang/jual balik pd kerajaan..
masalahnya mana mau nye dorang nak pulang balik, jack pot kot...
kapitalis will always find their way to justify.. dorang je bijak amik peluang.
yg lain2 merempan je..
Quote CikYaYaYa 1-1-2021 12:45 PM
kat kwsan iols bnyk yg dpt rumh ppr pstu bagi org sewa dgn harga yahudi.. Tuan rumah to dh ad rumah besar + pakai keta H lagi tp blh dpt ppr.. Dh to siap duk blagak lagi knon ad rumh 5 6bijik rumh Mmg besar laa kabel dye.
Quote kechikchomel 1-1-2021 12:49 PM
Teringat benang kat bod gosip. Retis dpt ppr. Yg ada restoran sendiri pun dpt ppr. Ada sorg tu dtg majlis bawa merc
Quote merrissa 1-1-2021 01:38 PM
apa nak kisah deme ni....biasa menindas orang...semoga dapat balasan kelak
Quote kemaruk 1-1-2021 02:24 PM
Benda dah lama

Siap bagi sewa dekat warga asing

Viral kan jer...

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054188 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top