CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pi Baliklah" - Ulas Tun Mahathir Sinis Mengenai Dakwaan Anwar

1-1-2021 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7843| Komen: 69

Description: KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.
Dr Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi. - Gambar fail/Astro AWANI



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.

Malah, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya, awal tahun ini.


Selain itu, Dr Mahathir secara sinis berkata “Pi baliklah”, merujuk kepada kenyataan berulang kali Anwar bahawa Presiden PKR itu mempunyai jumlah bilangan Ahli Dewan Rakyat yang “strong, formidable, convincing” untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN), yang akhirnya gagal direalisasikan.

“Bila Pakatan Harapan kalah, tak jadi kerajaan kita cuba kerja (kembali). Walaupun Bersatu (ketika itu) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita ada apa yang dipanggil Pakatan Harapan Plus. Dan kita tawar untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Anwar tolak saya bulat-bulat. Tak boleh jadi apa pun, tak boleh masuk (kembali ke PH).
 Jadi yang tolak ni bukan saya tetapi dia,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri majlis Amanat Perjuangan 2021 anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor, di ibu negara hari ini.

Dr Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi.

“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh, dia punya yang ni. Bagi nama Datuk Seri Shafie Apdal pun tak boleh, dia (Anwar) sahaja nak jadi Perdana Menteri. Tapi dia tak boleh jadi Perdana Menteri, kalau tidak ada sokongan yang cukup.

“Kalau tak ada kami (Pejuang) dia tak ada sokongan yang cukup. Dan berapa kali dia kata apa tu .. Strong, Formidable, Convincing Majority. Pi balik lah…,” katanya secara sinis.

Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata, Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus patuh kepada prinsip penubuhannya.

Selain itu beliau berkata, mana-mana ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi atau cuba membawa kembali budaya kebobrokan ke dalam gabungan berkenaan.

Menurut beliau, soal sama ada Dr Mahathir dan Pejuang atau mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan itu, terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya.




Sumber : AstroAwani

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Reymz 31-12-2020 11:05 PM
Udah udah lah meroyan... Anwar gila kuasa kami faham sebab dia belum merasa nak jadi PM, yang orang tua kutuk nie meroyan nak jadi PM kali 3, tu apa cerita? Walaupun cuma untuk 6 bulan, itu masih gila kuasa lah nama dia

Quote Reymz 31-12-2020 11:10 PM
52 kerusi parlimen bertanding, cuma menang 13, itu pun pakai logo PKR... Still nak kata dia yang hero....
Quote caprut 31-12-2020 11:13 PM
Reymz replied at 31-12-2020 11:10 PM
52 kerusi parlimen bertanding, cuma menang 13, itu pun pakai logo PKR... Still nak kata dia yang her ...

Acik forum ckp dia hero. Kalau tak sebab dia PH dah kalah.
Quote AlifMimNunWau 31-12-2020 11:29 PM
Anwar Al juburi kata Mat Sabu kekekekeke
Quote axl_bach 31-12-2020 11:45 PM
Reymz replied at 31-12-2020 11:10 PM
52 kerusi parlimen bertanding, cuma menang 13, itu pun pakai logo PKR... Still nak kata dia yang her ...

Dah acik forum kata faktor Atok yg buatkan Pee Esh menang, padahal pru14 tu Atok xder pun for sure Bee End kalah gak
Quote Reymz 1-1-2021 12:04 AM
caprut replied at 31-12-2020 11:13 PM
Acik forum ckp dia hero. Kalau tak sebab dia PH dah kalah.

last election tu, kalau simpan tiang letrik pakai skirt jadi calon PH pun, memang orang akan undi tiang letrik tu....
Quote Reymz 1-1-2021 12:08 AM
axl_bach replied at 31-12-2020 11:45 PM
Dah acik forum kata faktor Atok yg buatkan Pee Esh menang, padahal pru14 tu Atok xder pun for sure ...

yup... memang ada sikit swing sebab orang tua kutuk tu, but ada tak momentum besar untuk parti dia sendiri? sendiri pun tak berjaya nak at least 1/3 dari kerusi yang di beri kan, ada hati nak cakap dia yang beri kan kemenangan...
Quote R2D2 1-1-2021 12:09 AM
Screenshot_21.jpg
Quote kakikuDibibirmu 1-1-2021 12:12 AM
You pi balik pinjaralah
Quote axl_bach 1-1-2021 01:53 AM
Reymz replied at 1-1-2021 12:08 AM
yup... memang ada sikit swing sebab orang tua kutuk tu, but ada tak momentum besar untuk parti dia ...

Acik forum lah kata.....
Quote ultra78 1-1-2021 02:12 AM
Dua-dua sila balik
Quote axl_bach 1-1-2021 02:14 AM
ultra78 replied at 1-1-2021 02:12 AM
Dua-dua sila balik

Balik ke rahmatullah
Quote milo84 1-1-2021 07:35 AM
Tun masa pilihan raya kepas mmg king maker jugak la.
Quote syaz_lina 1-1-2021 09:24 AM
Love hate relationship depa ni.
Kalau aku jd anwart pun tak hingin nak sengih2 dgn atok ni, dah ko sumbat aku dlm penjara ada hati nk berbaik2.
Ko train la boboy tu jadi pm, jadi mb pun ke laut
Quote totokreturn. 1-1-2021 09:39 AM
Sekarang ni adalah masa tenat, mana bleh lagi kalo tak perkudakan tun utk nak pancing undi
Quote caprut 1-1-2021 11:32 AM
Reymz replied at 1-1-2021 12:04 AM
last election tu, kalau simpan tiang letrik pakai skirt jadi calon PH pun, memang orang akan undi  ...

Masa last pru sama ada yg mng PH atau pas je. Tp pas kalah truk gak. PH menang teruk. Bila PH menang byk keputusan pelik2, atok pon mcm bodoh je. Masok PN, ada pas pula dlm PN. Tp pas lg teruk rupanya. X sbar next PRU. Mesti menarik.
Quote CARI-HBZ 1-1-2021 12:07 PM
Dr Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi. - Gambar fail/Astro AWANI





KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.


Malah, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya, awal tahun ini.


Selain itu, Dr Mahathir secara sinis berkata “Pi baliklah”, merujuk kepada kenyataan berulang kali Anwar bahawa Presiden PKR itu mempunyai jumlah bilangan Ahli Dewan Rakyat yang “strong, formidable, convincing” untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN), yang akhirnya gagal direalisasikan.


“Bila Pakatan Harapan kalah, tak jadi kerajaan kita cuba kerja (kembali). Walaupun Bersatu (ketika itu) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita ada apa yang dipanggil Pakatan Harapan Plus. Dan kita tawar untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan.


“Anwar tolak saya bulat-bulat. Tak boleh jadi apa pun, tak boleh masuk (kembali ke PH).
Jadi yang tolak ni bukan saya tetapi dia,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri majlis Amanat Perjuangan 2021 anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor, di ibu negara hari ini.


Dr Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi.


“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh, dia punya yang ni. Bagi nama Datuk Seri Shafie Apdal pun tak boleh, dia (Anwar) sahaja nak jadi Perdana Menteri. Tapi dia tak boleh jadi Perdana Menteri, kalau tidak ada sokongan yang cukup.


“Kalau tak ada kami (Pejuang) dia tak ada sokongan yang cukup. Dan berapa kali dia kata apa tu .. Strong, Formidable, Convincing Majority. Pi balik lah…,” katanya secara sinis.


Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata, Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus patuh kepada prinsip penubuhannya.


Selain itu beliau berkata, mana-mana ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi atau cuba membawa kembali budaya kebobrokan ke dalam gabungan berkenaan.


Menurut beliau, soal sama ada Dr Mahathir dan Pejuang atau mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan itu, terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya.




[youtube]2G3VpevZPE4[/youtube]





Sumber : AstroAwani
Quote Orix 1-1-2021 12:34 PM
Gigih betul bang non...
Quote Minami2013 1-1-2021 12:42 PM
Hang pun pi balik dok rumah senyap2... berapa kali nak jadi perdana menteri.. lantak dia lah nak pung pang, pung pang ada majority.. padahal nan hado

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.076423 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top