CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Universiti Diganti Dengan Nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz

1-1-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2450| Komen: 15

Description: KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menyampaikan hasrat baginda mengabadikan nama Ungku Abdul Aziz menggantikan nama Jalan Universiti. - Gambar Facebook Selangor Royal Office



KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memaklumkan, pertukaran nama jalan tersebut akan dilaksanakan dalam kadar segera.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor berkenan mengabadikan nama tokoh tersohor, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid itu bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham dalam bidang pendidikan serta ekonomi Melayu semasa hayatnya.


"Untuk itu, baginda berkenan menerima menghadap anak Allahyarham, Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menyampaikan hasrat baginda, sekali gus memutuskan pertukaran nama jalan berkenaan.

"Pemilihan Jalan Universiti untuk dinamakan semula kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz adalah bertepatan kerana ia adalah pintu masuk utama ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Mahsa," demikian katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Untuk rekod, Allahyarham Ungku Abdul Aziz pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura) dari 1952 hingga 1961, seterusnya menjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (Kuala Lumpur) bagi tempoh 1962 hingga 1965.

Jalan Universiti sepanjang 3.2 kilometer merupakan antara jalan utama menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, dibina pada 1960.

Ungku Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 15 Disember lalu.

Jenazah Allahyarham Ungku Abdul Aziz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.



Sumber : Astroawani

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 1-1-2021 11:52 AM
that  is  nice effort, thoughtful effort
Quote Punat_button 1-1-2021 12:04 PM
Setuju.

Cuma kalau boleh jangan panjang2 siap title segala jadah tu.

Jalan Ungku Aziz cukup.

Quote Centerr 1-1-2021 12:41 PM
Edited by Centerr at 2-1-2021 08:15 PM

We felt very indebted to Ungku Aziz for helping us so much that we  LETTERS: I can't forget the meeting with Royal Professor Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid  a group of Russian students at the University of Malaya visited him,  His name and his contribution to the country will be remembered .







AlaskasWorld
Quote Mulotkoyak 1-1-2021 01:59 PM
Jalan Ungku Aziz pun dh cukop.  Pnjg sangat tuh name.  Takot org tua xleh nk sebut and eja.
Quote mejaputih 1-1-2021 02:10 PM
Pjg sgt pun tak elok..baik Jalan Ungku Aziz..lg sedap didgr..
Quote mejaputih 1-1-2021 02:11 PM
Yg jln mahameru dah tukar nama pun iols xleh catchup lg pjg benor nama baru...
Quote rosmahisham 1-1-2021 02:22 PM
Setuju sgt...setuju tukarkn nana jln universiti ke jln ungku aziz jgn pjg sgt professor tu x payah letak pon x pe..pjg2 ssh nk menaip hi hi
Quote missus_meow 1-1-2021 02:33 PM
sesuai lah tu ...
Quote lattehazelnut 1-1-2021 08:21 PM
Cun da tu jln ungku aziz
Quote LadyCarefree 1-1-2021 09:25 PM
Punat_button: Setuju.Cuma kalau boleh jangan panjang2 siap title segala jadah tu.Jalan Ungku Aziz cukup.



Setuju. Jalan Pak Jiz sudah.
Quote imransulaiman 1-1-2021 09:36 PM
Punat_button: Setuju.Cuma kalau boleh jangan panjang2 siap title segala jadah tu.Jalan Ungku Aziz cukup.

Sangat bersesuaian {:good


OT sikit - sultan pun pakai mask biasa saja..tak cari LV segala brand! {:love
Quote stingerxmas 1-1-2021 09:42 PM
Do we want him to be remembered dgn membubuh namanya sebagai nama jalanraya?

goshhhh...

so insulting...
Quote AppropriateNick 2-1-2021 10:25 PM
eh zeti kan tengah hangat skang isu 1mdb ehem2
Quote Radiostar 2-1-2021 10:28 PM
nasib baik tak letak nama jalan ukgnu ziza
Quote kluangman 2-1-2021 10:30 PM
Rasanya kena kekalkan nama jalan Prof Diraja Ungku Aziz. Sebab kita tak tahu mungkin 50 tahun akan datang orang tak ingat siapa Ungku Aziz dan jika ada Prof Diraja Ungku Aziz boleh tahu ini ialah orang pandai2

Contoh Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Gelaran Tun dan Dr kekal di situ.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052067 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top