CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Beri Amaran -Pandemik Lebih Dahsyat Daripada Covid-19 Bakal Muncul

23-12-2020 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9838| Komen: 75

Seorang saintis yang membantu dalam penemuan virus Ebola memberi amaran bahawa kemunculan pandemik pada masa depan berkemungkinan akan lebih berbahaya daripada Covid-19.

Profesor Jean-Jacques Muyembe Tamfum yang kini menggerakkan Institut National de Recherche Biomédicale (INRB) di Kinshasa, ibu kota Republik Demokratik Congo, memberi amaran bahawa lebih banyak penyakit zoonosis, iaitu patogen berhubung kait antara haiwan dan manusia, sedang 'berlegar-legar' di bumi.

Kredit foto: Getty Images

"Kita sekarang berada di dunia di mana patogen baru akan keluar," katanya kepada CNN.

"Dan itulah yang menjadi ancaman bagi umat manusia," katanya lagi.

Covid-19 adalah penyakit zoonotik, di mana teori mengatakan ia muncul di sebuah pasar basah di Wuhan, China penghujung tahun lalu.


Virus ini telah menyerang dunia, meruntuhkan ekonomi dan membunuh lebih dari satu setengah juta nyawa manusia dalam tempoh 12 bulan. -CARI

Sumber: Daily Star/ mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 23-12-2020 10:18 AM
Kalo dah ajal.. mati jugak.. mgkin ini dajallla kot
Quote harkktuih 23-12-2020 10:36 AM
Iols kadang2 terpikir, wujudnya virus membunuh manusia ni utk seimbangkan balik dunia yg dah overpopulated..
Quote becir 23-12-2020 10:39 AM
apakah..zombie outbreak pulak ke lepas ni?  ok, semua pakat duduk rumah je and belajar makan bubur kosong hari2..#aigiveup

Quote noor2 23-12-2020 10:39 AM
Aku percaya je....hari mendatang akan dtg lebih dahsyat lagi....
Quote mamajawie 23-12-2020 10:40 AM
buat la vaksin 1000x pun tetap la penyakit banyak muncul..nmpak sgt nk bendung over population manusia kt bumi kan..smpai nk berhijrah ke marikh la ke bulan la..pelik2
Quote bakingsoda 23-12-2020 10:59 AM
harap2 vietnam china prmakan kucing tu tak mencetus virus baru...manatau termakan kucing fip (mutate dari FCov) boleh menyebabkan wabak habisla kucing bakal dilupuskan padahal bukan salah dorang
Quote Scheherazade 23-12-2020 11:02 AM
Seram baca
Quote Tinot7 23-12-2020 11:14 AM
Byk2kan berdoa la..
Quote missyL 23-12-2020 11:23 AM
Dunia dah mkin hampir ke penghujung..
Ginilah..

Virus ni akan sentiase bermutasi.
Die akan adapt n mutate supaya die dpt kekal hidup.
Klo lah yg cipta ni manusia. Harap2 dilaknat lah
Quote fms016 23-12-2020 11:29 AM
harkktuih replied at 23-12-2020 10:36 AM
Iols kadang2 terpikir, wujudnya virus membunuh manusia ni utk seimbangkan balik dunia yg dah overpop ...

btol laa tu...
perang juga salah satu cara utk mengurangkan populasi manusia..
Quote harisbee 23-12-2020 11:29 AM
overpopulated ke dunia ni....afrika mcm sepi je..
Quote Supersirap 23-12-2020 11:35 AM
Sejak akhir-akhir ni, asyik dengar berita berkenaan potensi penyebaran penyakit berjangkit, bertabahlah kita dalam mengharungi dugaan ini
Quote husna_amal 23-12-2020 11:37 AM
Musibah dan ujian datang bertalu2 lepas ni.
Quote Artemesiaa 23-12-2020 11:43 AM
Bila ada wabak dah ada vaksin mulalah wabak lain pula timbul.  Sama je dari dulu beza teruk tidak je wabak tu merebak dan seberapa cepat vaksin atau ubat ditemui.
Quote netto_ 23-12-2020 11:52 AM
Ntah covid 19 virus lite2 jah kot. Yg power2 simpan dulu sikit2 bg kuar.
Quote zuuu 23-12-2020 12:11 PM
Cabaran umat akhir zaman
Quote johan-adx 23-12-2020 12:15 PM
kalau org tak sakit..mcmana nk laku jual ubat
Quote peacekl 23-12-2020 12:48 PM
yg ada pun jenuh nak hadap...
Quote hyunniesSS501 23-12-2020 12:54 PM
aku lagi takut diorang buat rules yg semakin strict and unhumanise
mcm apek & budak yg kena saman 1k ritu kena
lepas ni apa pulak undang2 bodoh atas dasar takut virus
dah la SOP pon kelaut

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.084249 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top