CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dulu Tak Pernah Fikir Akan Main FB Tiap Hari Untuk Jatuhkan Gagalkrasi PH - Najib

16-12-2020 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3448| Komen: 18

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui mempunyai lebih banyak masa untuk melayari media sosial selepas tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Menerusi platform media sosial, pelbagai kandungan dikongsi Najib termasuk pengalamannya bergelar pemimpin negara suatu masa dahulu.



Kredit foto: IG/FB Najib

Antara yang tidak dilupakan Najib adalah bertemu pemimpin serta tokoh kenamaan seluruh dunia selain mengambil swafoto sebagai tanda kenangan.

Jelasnya, swafoto itu bukan sahaja sebagai tanda ingatan tetapi membuktikan keakraban Malaysia dengan negara lain termasuk syarikat gergasi dunia.

“Semasa saya perdana menteri, ramai penyokong Pakatan Harapan (PH) akan perli saya setiap kali saya muat naik gambar selfie dengan tokoh-tokoh terkenal.

“Saya juga pernah berpeluang untuk berselfie dengan pengasas Facebook Mark Zuckerberg. Selepas itu, Facebook membuka pejabat mereka di Malaysia.


“Masa itu, saya tidak pernah fikir bahawa satu hari nanti saya akan main Facebook tiap-tiap hari untuk jatuhkan gagalkrasi PH,” katanya di Facebook.

Sejak tidak menjadi perdana menteri, Najib sering dilihat menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi bertemu rakyat.


Loading FB Post...

Kegiatan bersama rakyat kemudian diabadikan di media sosial untuk tatapan umum.

Sementara itu, Najib mengimbas kembali usahanya ketika bergelar perdana menteri dalam memeterai beberapa perjanjian penting bagi meningkat ekonomi negara.

Antaranya termasuk menarik pelaburan dari kerajaan Arab Saudi dan melakukan kerjasama dengan hartawan terkemuka Jack Ma.


Sumber: ProjekMM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakshinchan 16-12-2020 11:44 AM
so? teruskan je la maen FB utk menyuarakan hak dan membela hak mcm rakyat biasa.. lg nampak beguna dari masa jd PM Tak Guna
Quote FOTHER-MUCKER 16-12-2020 11:48 AM
Saya lebih berminat untuk melihat gambar atok najib sedang bermain golf sambil mengepit tu!
Quote jalfa 16-12-2020 11:49 AM
Kalau utk org tua biaasa dilarang main fesbuk.
Quote MadameOnion 16-12-2020 11:56 AM
jalfa replied at 16-12-2020 11:49 AM
Kalau utk org tua biaasa dilarang main fesbuk.

org tua lain suka komen kat page hiburan je sis..butipulnara, rotikaya
Quote Normabaru 16-12-2020 12:05 PM
Dulu ko pon xpernah tfikir kena jatuh lagu ni.. Mesti hari2 reminiscing era kemahsyuran g berjalan semua naik private jet bagai khuens
Quote tripleid 16-12-2020 12:05 PM
lepas ni boleh sambung main fb dlm jel
Quote Orix 16-12-2020 12:07 PM
main la puas2, kot2 lepasni sambung main dlm jail pulak. org2 bodoh n org2 kampung boleh la ko perbodohkan najib oii
Quote lipans 16-12-2020 12:07 PM
Admin je yang duk post tu. Najib just bagi arahan nje. kan kan...
Quote husna_amal 16-12-2020 12:08 PM
Malangnya dia dapat isteri macam rosmah.
Quote Belibis 16-12-2020 02:33 PM
FOTHER-MUCKER: Saya lebih berminat untuk melihat gambar atok najib sedang bermain golf sambil mengepit tu!

Tu paling lejennnnn..
Quote SKUTIL 16-12-2020 03:14 PM
Penah dgr citer masa jadi PM email pun x reti hantar n bukak {:laugh
Quote dodolgemok 16-12-2020 03:22 PM
Haa baik lgi kau main FB selama-lamanya. Sembang fb pandai pasal kwsp lah pasal rakyat lah, ujong2 undi abahcow jugak dalam parlimen. Sampah!
Quote noor2 16-12-2020 03:35 PM
Belajar la dari arwah prof ungku aziz...x yah nk main fb jatuhkan orang
Quote kopokleko 16-12-2020 03:38 PM
Aku tak yakin dia akan lepas kes mahkamah dia yang bertimbun tu. Tapi ada jugak gunanya Najib ni dalam menjatuhkan kerajaan serba penipu, busuk hati dan kedekut tangkai jering PH yang menyusahkan rakyat selama 22 bulan.
Quote helicornia 16-12-2020 09:54 PM
tk dpt dinafi masa dia jd PM byk pelaburan luar masuk.zaman PH merudum terus
Quote Scintilla 17-12-2020 11:12 AM
dah tu...nape dulu jd piem? patutnya  main je fb sejak lahir
Quote sarah82 17-12-2020 02:34 PM
ikut suka dia..fb dia, data dia yg bayar...bukan aku...jadi lantak la dia nak main fb ka apa...
Quote xy_daen 17-12-2020 04:37 PM
Posting fb pun orang lain buatkan... Puihhhh...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061653 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top