CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Bangladesh Rentas Negeri, Punca Kluster Genting

15-12-2020 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9081| Komen: 70

Description: Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seteru ...
Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks telah merentas dari Selangor ke Genting Highlands.

"Kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

"PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut," katanya menerusi Twitter rasmi beliau hari ini.

Foto: Sinar Harian


Pada 4 Disember lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan Daerah Titiwangsa juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Disember, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 14-12-2020 11:30 PM
Bila jadi cnni.salahkan je warga asing..senang. bila vip sume taici sana sini
Quote R2D2 14-12-2020 11:32 PM
Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri
BERNAMA | | 14 Disember 2020


KUALA LUMPUR - Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks telah merentas dari Selangor ke Genting Highlands.

"Kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

"PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut," katanya menerusi Twitter rasmi beliau hari ini.

Pada 4 Disember lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan Daerah Titiwangsa juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Disember, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini. - Bernama
Quote sambaldurian 14-12-2020 11:35 PM
tp camne BWN tu terlepas ke genting, bkn pkpb ke before 4hb. senang pulak dpt surat rentas negeri.
Quote R2D2 14-12-2020 11:44 PM
KLUSTER JALAN GENTING (4/12)

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Bentong di negeri Pahang. Kes indeks (iaitu kes ke-66878) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan tempat kerja. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4de9de6e41796cc26146d21c1996e00f1648bcca-kluster-jalangenting-pahang.jpg

Quote acik79 14-12-2020 11:47 PM
Jgn ada yg bercuti ke Genting pula yg kena
Quote salmon-suki 15-12-2020 01:01 AM
Watevaaaa laa..dah ckp duk dendiam,degil..xnk ikut. So..tahniah laaa
Quote syamzana 15-12-2020 01:12 AM
benda dah boleh jangka kot. so??
Quote pyropura 15-12-2020 03:16 AM
Bangla yg.naik Genting Cameron ni biasanya geng mat rombong Kemaruk si peon tua nih
Quote glump 15-12-2020 07:43 AM
Boleh jer merantas ..ada surat kerja /company..dia pun Tak tau dia ada covid tu yg merayau..yg org lain pun sbb dah lama terkurung sibuk nk pi mkn angin ke genting, cameron ,langkawi, melaka etc
Quote Tinot7 15-12-2020 07:48 AM
Kena hati2 bila nak jjcm lerr ...
Quote honeybee1802 15-12-2020 08:28 AM
Tu le mcm singapore pekerja asing ni kena dok dendiam je kt asrama...kt malaysia berkeliaran di mana aje...
Quote baghal_bortuqal 15-12-2020 08:52 AM
itu satu.

dah berita cover line tiga lokaliti di bentong tu peciter?


donia maya kecoh dgn kluster kongkek besar di atas bukit (the great fuck up on the hill cluster)
Quote tripleid 15-12-2020 09:01 AM
Edited by tripleid at 15-12-2020 10:22 AM

sbb tu wargasing suka dok msia..riang bebas nak kemana2..enforcement lemah..kalo kat singapo ni mereput je la dlm hostel tu takleh gi memana
dlm bab ni mmg gomen abahcow failed miserably..
Quote JunkMail 15-12-2020 09:02 AM
Kluster genting ni katanya kuarantin kat Kuantan? Haihhh nooo tempat kuarantin. Ke kena ikut negeri? Walaupun dekat je dgn KL.
Quote amerald 15-12-2020 09:26 AM
minggu lepas ramai yang ke genting
Quote badaksumbu 15-12-2020 09:28 AM
acik79 replied at 14-12-2020 11:47 PM
Jgn ada yg bercuti ke Genting pula yg kena

dah ada. kluster atabara nama dia. merata pergi katanya, siap ada cikgu zumba lg dlm geng2 tu
Quote badaksumbu 15-12-2020 09:29 AM
JunkMail replied at 15-12-2020 09:02 AM
Kluster genting ni katanya kuarantin kat Kuantan? Haihhh nooo tempat kuarantin. Ke kena ikut negeri? ...

dah pindah ke maeps serdang katanya
Quote baghal_bortuqal 15-12-2020 09:35 AM
badaksumbu replied at 15-12-2020 09:28 AM
dah ada. kluster atabara nama dia. merata pergi katanya, siap ada cikgu zumba lg dlm geng2 tu

la ye ke... baghal gugel jap
Quote rospinki 15-12-2020 09:46 AM
baghal_bortuqal replied at 15-12-2020 08:52 AM
itu satu.

dah berita cover line tiga lokaliti di bentong tu peciter?

bentong ni ada sorg vip buat projek durian ajak aku join. seriau mikir dh jadi kpg pati. ada kaitan ke tak dgn projek dia tu..aku ok je duk hutan tapi tu lah..dgn kobit segala.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.136380 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top