CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keluar Modal Ratusan Ribu Ringgit, Syamel Dan Ernie Zakrie Buka Kafe

15-12-2020 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13805| Komen: 91

Description: "Persiapan majlis perkahwinan semuanya sudah selesai. Kini, hanya tinggal menunggu hari berlangsung sahaja," itulah penjelasan penyanyi, Syamel mengulas persiapan majlis perkahwinannya dengan Erni ...
"Persiapan majlis perkahwinan semuanya sudah selesai. Kini, hanya tinggal menunggu hari berlangsung sahaja," itulah penjelasan penyanyi, Syamel mengulas persiapan majlis perkahwinannya dengan Ernie Zakri yang dijangka berlangsung, awal tahun depan.


Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, segala urusan berkaitan hari bahagia mereka sudah pun diserahkan kepada perancang perkahwinan yang dilantik.

Foto: IG
"Kami sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk diserahkan kepada perancang perkahwinan yang menguruskan perjalanan majlis. Berdasarkan perancangan yang dipersetujui awal, hanya ada dua sahaja majlis resepsi iaitu satu untuk keluarga dan satu untuk rakan selebriti dan media.

"Dalam situasi sekarang, kami tak boleh undang ramai tetamu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Bagaimanapun, jika ada rezeki, mungkin kita akan mengadakan majlis khas untuk peminat. Tetapi, ia masih dalam perancangan.


"Apa yang boleh dikatakan, segala persiapan untuk majlis perkahwinan sudah selesai, cincin pun sudah dibeli," katanya kepada BH Online.




Ditanya apakah majlis pernikahan akan dilakukan secara tertutup, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu berkata, perkara itu masih belum dapat diputuskan dan ia bergantung kepada keadaan semasa.

"Apapun, kita kena tunggu penerangan daripada perancang majlis kerana mereka menguruskan lokasi. Jika keadaan sesuai untuk mengundang media dan ada kelonggaran dari segi SOP, pasti kami akan menjemput untuk sama-sama meraikannya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe Setable yang terletak di Platinum Walk, Setapak, baru-baru ini.


Syamel menyifatkan pembukaan kafe sebagai satu risiko besar buat mereka memandangkan keadaan eknomi kurang memberangsangkan, ketika ini.

"Kami sepatutnya berjimat cermat dalam situasi sekarang. Untuk bisnes ini sahaja, kami mengeluarka modal ratusan ribu ringgit. Selain untuk jaminan masa depan, kafe ini dibuka untuk membantu orang lain dengan memberi ruang kepada vendor untuk menyewa.

"Jika ikutkan perancangan awal, saya dan Ernie hanya akan membuka pada penghujung bulan ini. Tetapi, disebabkan COVID-19, mereka yang terjejas ini minta saya awalkan operasi kafe. Walaupun terpaksa beroperasi ketika proses ubahsuai dijalankan, kami tak kisah asalkan dapat membantu meringankan beban mereka.


"Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan selepas hampir sebulan beroperasi," ujarnya.

Mengulas pembabitan dalam bisnes makanan, Ernie berkata, hasrat itu sudah lama disuarakan tunangnya memandangkan mereka penggemar makanan.

"Syamel sudah lama berhasrat untuk membuka kedai makanan. Secara kebetulan, Syamel seorang yang suka makan dan mempunyai cita rasa tersendiri terhadap sesuatu menu.


"Selain itu, ia juga jaminan untuk masa depan kami memandangkan keadaan sekarang agak sukar untuk seorang penyanyi mendapat tawaran mengadakan persembahan berikutan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan," ujar penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 15-12-2020 11:49 AM
Ntah la.
Ni antara pasangan yang aku mcm meh, malas nk amik tau.
Maybe aku je kot
Quote mamajawie 15-12-2020 11:59 AM
bagus ler..cm ijoy n shira bukan enjoy's corner tu..tgok keje belakang tabir pun duit berkepuk-kepuk berkepuk-kepuk bak kata diva AA..
Quote Orix 15-12-2020 11:59 AM
bukak dekat platinum walk danau kota tu jugak ke ? sebelah2 dgan kedai ayie floor88 la khuenst
Quote ashcroft86 15-12-2020 12:18 PM
all the best. Kalau food sedap, affordable dan service cemerlang, mmg boleh tahan lama. Food selection penting jgak.
Quote helicornia 15-12-2020 12:44 PM
duit ratus ribu baik ko simpan dlm asb or unit trust je dik. hujung2 dpt juga dividen
berapa kerat je bisnes restoran artis yg bertahan. ffod biz ni ko kena full commitment dr beli bahan mentah hingga penyediaan dan segala2nya
dh le ko takde pengalaman dlm food biz
esok modal ntah ke mana untung ntah ke mana
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 12:49 PM
Xde aura pengantin baru deknon oiii... Anyway si lelaki tu nape cm kelempok sikit erkkk
Quote Suchi 15-12-2020 01:07 PM
Wau berani amik risiko bukak cafe, apapun good luck laa
Quote stania83 15-12-2020 01:09 PM
Tak belajar keee berapa peratus ke cafe boleh bertahannn
Quote bukannonones 15-12-2020 01:15 PM
Seram nya tengok pelaburan duit bukak kafe ni. Yela berapa bnyak dah bisnes artis yg bungkus.  Moga moga maju jaya kafe dorang ni.
Quote NEmma 15-12-2020 01:57 PM
Edited by NEmma at 15-12-2020 02:05 PM

Maybe lepas melabur ratus ribu untuk cafe, baki account simpanan masing2 masih ada beratus ribu lagi, atau dah sampai juta kalau combine ernie + syamel?

Tapi betul la jugak Ernie kata. Skrg penyanyi susah nak dpt job. Pelakon dah boleh shooting, tapi penyanyi mmg kurang show.
Quote NEmma 15-12-2020 02:05 PM
Penyanyi kalau xde backup plan, susah nak survive time pandemic ni. Lain la kalau saving mmg dah banyak berjuta2.. Duduk goyang kaki jah. Tapi retis yg asset juta2 pun i tgk makin ligat kerja xde goyang kaki.
Quote gadget 15-12-2020 02:09 PM
aku kasi 2 tahun aje bisnis dia ni...mesti melingkup nanti...sebelum2 ni ramai artis bukak kedai makan, end up tutup sbb? tak berilmu plus bukan depa duk melangut 24jam kat kedai tu tp kasi org handle...plus lagi depa dua ni muda lah sangat lagi...

hehe..bukan nak doa...tp cuma pandangan aje...hikhk..apa2 pun, aku doakan semoga suksess aje lah ya...


Quote Nenasketum 15-12-2020 02:15 PM
Ioll suka plak dengan kapel very talented nih, semoga berjaya!!
Quote sleepandream 15-12-2020 02:26 PM
ttibe iols teringat restoran fizomawar...
kedai sentiasa penuh orang and harga pun boleh tahan...
tapi tutup jua
Quote lasagna 15-12-2020 02:58 PM
Edited by lasagna at 15-12-2020 03:06 PM
Orix replied at 15-12-2020 11:59 AM
bukak dekat platinum walk danau kota tu jugak ke ? sebelah2 dgan kedai ayie floor88 la khuenst

ha ah.. dekat2 situ gak. tgk gambar building pun lahh dekat plak dgn kedai ayie floor 88. rasanya kedai hakiem rusli pun kat sana gak tak silap. agaknya murah kot sewa situ? xpe laa persaingan sihat.
Quote lasagna 15-12-2020 03:01 PM
sleepandream replied at 15-12-2020 02:26 PM
ttibe iols teringat restoran fizomawar...
kedai sentiasa penuh orang and harga pun boleh tahan...
...

to be honest, harga mahal n tak sedap mana pun.. (ni pendapat iols laa)
Quote wookiehoney 15-12-2020 03:04 PM
baguslah untuk masa depan.
yang penting kena ambil tahu juga perjalanan bisnes walau lepas ni maybe sibuk semula menyanyi
jgn bulat2 serah orang lain urus. rasa dan harga kena pantau

gituhh
Quote Orix 15-12-2020 03:07 PM
aiyooo negatif nya ummah porem.. biarlah dia nak meniaga, belajar meniaga.... kalau rugi, ada pengalaman.... Bill Gates pun awal2 bukak company melingkup jua.... Duit boleh cari, masa tak boleh... ms muda2 ni ptut nya kena ceburi segala benda yg kita nk buat...
Quote Tinot7 15-12-2020 03:09 PM
Selamat maju jaya

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061527 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top