CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inspektor Polis Ada RM1 Juta Dalam Bank, Dipercayai Ada Kaitan Dengan Addy Kana

15-12-2020 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7411| Komen: 38

Description: Seorang lelaki berpangkat Inspektor yang memiliki wang tunai RM1 juta dalam akaun bank antara 29 anggota polis yang kini sedang disiasat oleh Bukit Aman.
Seorang lelaki berpangkat Inspektor yang memiliki wang tunai RM1 juta dalam akaun bank antara 29 anggota polis yang kini sedang disiasat oleh Bukit Aman.

Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan Addy Kanna yang ditahan pada 3 Oktober lalu kerana disyaki terlibat dalam penipuan Macau berskala besar.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.

Datuk Zamri Yahya, Foto: mStar Online

Sewaktu disoal, anggota polis itu mendakwa wang yang dimiliki merupakan pemberian bapanya.

"Kami akan menyiasat sumber wang itu dengan terperinci," ujar Zamri kepada media.

Ujarnya, siasatan awal hanya melibatkan empat anggota polis, namun semakin banyak nama diterima selepas siasatan diteruskan.

"Siasatan dibuat berdasarkan tingkah laku dan disiplin. Kami melihat gaya hidup, pemilikan hartanah, perjalanan ke luar negara tanpa izin serta pergerakan mereka.

"Kami harap siasatan selesai bulan depan," katanya lagi.

Untuk rekod, dua suspek utama penjudian dalam talian telah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) selama dua tahun.

Goh Leong Yeong, juga dikenali sebagai Alvin Goh, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam di Johor sementara Addy Kanna ditahan di Penjara Pokok Sena di Kedah.

Penahanan di bawah Poca diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri pada November lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 15-12-2020 10:50 AM
Byknya duit kamu. Beraninya kamu
Quote noor2 15-12-2020 10:50 AM
Akak cuma nk komen...polis dlm gambar ni hensem...
Quote husie91 15-12-2020 10:52 AM
Woww sejuta ehh.. arwah bapa iols polis.. iols sefamily je tahu betapa arwah ayah sgt bjimat cermat even ibu pon bekerja.. gaji polis walau lain daerah n berbza bebanan kerja.. tetap sama.. untung la siapa yg kwsan dia tk byk kes jenayah compare to kwsan yg tinggi jenayah.. kalau polis setakat pangkat inspektor blh ada sejuta dlm akaun sesuatu sgtt...
Quote CiliPadiSedap 15-12-2020 11:09 AM
husie91 replied at 15-12-2020 10:52 AM
Woww sejuta ehh.. arwah bapa iols polis.. iols sefamily je tahu betapa arwah ayah sgt bjimat cermat  ...

ikan bilis je tu dik, kan dulu ada artikel macau scam labur berapa juta untuk sogok
Quote husna_amal 15-12-2020 11:10 AM
Ramai juga polis kena siasat kena sogok dengan addy kana ni. Hilang integriti bila kena hulur duit.
Quote krustykrab 15-12-2020 11:17 AM
Kayanya bapak dia bg 1juta ringek kt anaknya...anak tunggul kot dpt waris kesemua harta...
Quote CiliPadiSedap 15-12-2020 11:28 AM
akak terfikir pe nasib pencen orang kena macau scam.. adeh. sedih pula fikir
Quote missus_meow 15-12-2020 11:33 AM
ramai lagi tu ... network mesti meluas tu ...
Quote Nnasda53 15-12-2020 11:42 AM
nak hidup senang buat keja haram memalukan.
Quote Artemesiaa 15-12-2020 11:46 AM
Satu2 terbongkar nampaknya
Quote sekel 15-12-2020 12:16 PM
nape masuk dlm bank  
Quote AbukRokok 15-12-2020 12:18 PM
sbb gaji polis xckup
patut yg paling bawah gaji minima RM9500
Quote batmana 15-12-2020 12:28 PM
ape masuk ke dlm bank.. patut masuk bitcoin lar..

dah jahat pun bodoh...

Quote laksmanabentan 15-12-2020 12:39 PM
krustykrab replied at 15-12-2020 11:17 AM
Kayanya bapak dia bg 1juta ringek kt anaknya...anak tunggul kot dpt waris kesemua harta...

kalau bapak iollss kaya, bagi duit 1 juta
idok ler nak gigih kerja jadi Polis kan..
mungkin buat business ker...
Quote ifanonline 15-12-2020 12:41 PM
anak polis tak menjadi
Quote rogayahtop 15-12-2020 12:47 PM
sejuta dlm bank akaun sendiri tu tak takut pun pasal selalunya kalau yg juta2 ni berlonggok lagii dlm btc, offshore investment portfolio, kawan2 bukak biz, labur kat anak yatim, janda, dsb.
Quote aliaa 15-12-2020 12:50 PM
duit,duit dimana kau duit
duit,duit harta ku berbukit
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 12:54 PM
Alamak ak kne get ready ni... Sbb dh ade kes yg  terkena... Baik ak kuarkan sikit2. And transfer sikit2 kat famili terdekat aku dlu... Ikut sistem al mudharabah...
Quote ninja9 15-12-2020 01:09 PM
1 juta letak dalam bank.. kerja inspektor.. sprm akan jadikan suspek utamalah

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055828 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top