CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Buat Gila Panjat Sayap Pesawat Sedia Untuk Berlepas

15-12-2020 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3245| Komen: 14

Description: Penumpang sebuah pesawat di Amerika Syarikat (AS) berdepan detik paling cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba dilihat memanjat sayap pesawat berkenaan.
Penumpang sebuah pesawat di Amerika Syarikat (AS) berdepan detik paling cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba dilihat memanjat sayap pesawat berkenaan.

Ketika kejadian Sabtu lalu itu disedari juruterbang pesawat Alaska Airlines ketika pesawat terbabit sedia untuk berlepas ke dari Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran ke Portland.



Kredit foto: Twitter

Memetik laporan CNN, juruterbang menyedari seseorang menuju ke arah pesawat berkenaan, sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada menara kawalan.

Berdasarkan kakitangan lapangan terbang, lelaki itu melompat pagar berhampiran landasan sebelum menuju ke arah pesawat terbabit.

Sementara itu, video yang dirakam penumpang menunjukkan lelaki itu berjalan di atas sayap pesawat.

Dia kemudian menanggalkan sarung kaki dan kasut sebelum cuba menaiki hujung sayap Boeing 737 berkenaan. Bagaimanapun, ketika dihampiri polis, dia meluncur dan terjatuh ke atas landasan.


Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Joe Rajchel berkata, lelaki itu ditahan Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas dan pegawai lapangan terbang.



Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

Dalam pada itu, Alaska Airlines dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu kemudian berpatah balik ke terminal untuk menjalani pemeriksaan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 15-12-2020 11:54 AM
Perasan superhero marvel ke hapa berani buat macam tu
Quote saviour_09 15-12-2020 12:00 PM
bawak je la terbang sekali

dah nak terbang sgt duk sayap dah tu
Quote nazzse 15-12-2020 12:02 PM
Nampak sangat tak betul
Quote sarah82 15-12-2020 12:05 PM
gila laa...banyak ambik dadah sangat kot.
Quote CiliPadiSedap 15-12-2020 12:18 PM
mu tak kenal barey baik boh ( ketum + metapathamine )
Quote kimsa-ra 15-12-2020 12:27 PM
Tak dadah gila.
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 12:42 PM
Bawa terbang baru die tau pecah gegendang telinga die tu... Sonang citer... Kurang ckit org bodoh didunia ini
Quote gadget 15-12-2020 02:21 PM
ada tak penumpang yg turun sbb tak berani nak berlepas sbb takut sayap akan patah time kat udara walaupun mamat tu dah tak ada kat sayap tu...
Quote Tinot7 15-12-2020 03:06 PM
Dia ni ok ke tak?
Quote husna_amal 15-12-2020 03:12 PM
Perangai pelik2 je.
Quote Skuau 15-12-2020 04:21 PM
dah cam Indon..cuba sembunyi dalam ruang tayar pesawat kargo.
Quote putericahaya999 17-12-2020 12:10 AM
Kalah shahrukhkhan
Quote any42 17-12-2020 01:43 AM
dia dtg sorang ke. camne ye ttiba bleh tdetik nk p epot pnjat syap kpal
Quote Dwdrum 17-12-2020 02:01 AM
Cakap seorang diri mental issue.....

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.160456 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top