![]() Joshua Marks BERITA buruk kembali melanda dunia Hollywood, apabila naib juara program realiti Masterchef Amerika Syarikat (AS) musim ketiga, Joshua Marks, 26, dijumpai mati akibat menembak diri sendiri. Menurut laporan CNN, mendiang menghidap gangguan mental sejak beberapa tahun lalu, dia bertindak nekad menembak kepalanya dengan sepucuk pistol. "Keluarga Joshua dikatakan telah berusaha untuk mengubati penyakitnya itu, namun usaha yang dilakukan mereka tidak berjaya. "Sejak dia mengalami gangguan mental kehidupannya tidak seperi dahulu, kerana kelihatan murung dan ingin menyendiri tanpa bergaul dengan sesiapa dan menjadi seorang yang panas baran," kata sumber. Sementara itu, sumber menjelaskan keluarga Joshua dikatakan turut menyesal kerana telah memberi sepucuk pistol kepada Joshua. "Mereka menganggap tujuan senjata tersebut diberikan kepada mendiang adalah untuk menjaga keselamatannya tapi di salah gunakan. "Pada Julai lalu, mendiang juga dikatakan telah bertindak agresif terhadap anggota polis dan di masukkan ke dalam penjara untuk beberapa hari," kata sumber. Jelas sumber lagi, Joshua merupakan seorang yang penyayang sebelum berubah menjadi panas baran selepas mengalami tekanan mental.
|
InVendeTTa: terkejut!i was rooting for the guy time Masterchef dulu along with si buta sama nama ntahdalam masterchef dia nampak talented and baikkenape tekanan m ...
ADVERTISEMENT