View: 31952|Reply: 13
|
[Tempatan]
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU: Bekas pengerusi sebuah masjid di Kerteh, Kemaman hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memperdayakan seorang pegawai agama dengan mengemukakan senarai penama yang bukan berstatus miskin dan tidak layak menerima wang zakat wakalah.
Hamizan Amid, 56, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga mendorong seorang pegawai agama badan kebajikan sebuah syarikat minyak menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap empat individu itu sedangkan mereka tidak layak mendapat bantuan.
Bagi setiap pertuduhan, juruteknik kebakaran di sebuah syarikat minyak itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar menawarkan jaminan RM15,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan agar tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam Mohd Hisham Hashim yang mewakili lelaki itu memohon jaminan rendah iaitu RM8,000 bagi semua pertuduhan atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri.
Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan bapa kepada tiga orang anak itu diikat jamin RM8,000 beserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 10 Mac ini untuk pengurusan kes bagi serahan dokumen.
Sumber – Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 10-2-2025 06:00 PM
sblm ada yg mengecam baitulmal, yg bg zakat pd asnaf tu adalah sebuah syarikat minyak dan tak melalui baitumal. syarikat tu mintak pakcik ni cari asnaf2 yg berdekatan utk kasi zakat tapi pakcik ni pi cadangkan nama yg bukan asnaf. so ada kemungkinan tiada saringan atau mungkin pakcik ni ada deal ngan penerima2 tu ke nk percent ke ape ke, hence SPRM pun terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
dia bagi nama suku sakat dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau SPRM masuk, memang ada kes kowtim la kot dgn penerima tu |
|
|
|
|
|
|
|
klu mat rempit memang terus rembat, tpi pengerusi masjid pun boleh songlap, tak boleh harap betul... . |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 10-2-2025 03:44 PM
sblm ada yg mengecam baitulmal, yg bg zakat pd asnaf tu adalah sebuah syarikat minyak. syarikat tu m ...
Tenkiu kasi pencerahan.
Dlm artikel tu tak de pulak laporan camna boleh terbongjar kasi pada bukan asnaf..
Kalau pengerusi masjid, dah tentu ada list nama2 asnaf yg sedia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab benda ni tak melalui baitulmal. so ade la tu yg mereport pd syarikat minyak tu. also apa kriteria yg pakcik tu pakai utk pilih asnaf tu kan. wallahualam
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu pasal duit tok imam punjign percaya. Kecewa dgn realiti sebenar keadaaannya kat negara kita di sebalik segala fatwa hukum hakam garis panduan bagaiii yg dikeluarkan![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah ada yang report
Yang dpt bamtuan tu pung harap.mereput lah
Choi betul |
|
|
|
|
|
|
|
Org sambut wedding anniversary pun badan agama nak keluarkan hukum, melawat kawan bukan islam meninggal pun badan agama nak keluarkan segala garis panduan bagai, isle is a way of life sgttt khennnn, adoiiii time2 mcm ni lah aku rindu gilerr kat @maideen way of life sgtt lah khennn setakat bantuan mcm ni pun pengerusi mesjid nak bolot makan duit phuiii kohkohhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada agama tapi takde moral pun tak guna jugak, perangaiii mengalahkan syaithonirrajjimm huh |
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 mcm org kuat agama ye lah pengerusi mesjid khennn, tapi takde moral phuiiisbb moral tu penting. Agama ikutlah masing2 nak percaya agama apa pun tapi klu takde moral jadi bangsatlah jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti geng2 yg menegakkan isley kan? ![](static/image/smiley/biggif/24.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|