CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34218|Reply: 8

[Tempatan] Malaysia antara 5 negara dengan pencemaran plastik tertinggi dunia

[Copy link]
Post time 10-2-2025 02:30 PM | Show all posts |Read mode



PELABUHAN KLANG: Kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah tersebut adalah antara usaha kerajaan dalam menangani pencemaran sisa plastik dan menguruskannya dengan lebih lestari.

Isu pencemaran plastik sebelum ini banyak bergantung kepada inisiatif di peringkat kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan satu dasar yang menyeluruh.

"Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik.

"Sekarang kita banyak bergantung kepada undang-undang atau peraturan di peringkat PBT. Itu sahaja tidak cukup. Kita perlu ada perundangan bersifat nasional (menyeluruh)," katanya selepas merasmikan Kapal Pengumpulan Sisa 'Mobula 8' anjuran Marine Research Foundation (MRF) di Pulau Indah, hari ini.

Nik Nazmi berkata masalah pencemaran plastik adalah serius yang mana Malaysia menjadi antara lima negara dengan pencemaran plastik tertinggi di dunia yang mana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan dan banjir kilat.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata isu pencemaran plastik akan turut dibincangkan sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

"Sejak China mengetatkan peraturan (menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik pada Januari 2018), Malaysia, Indonesia dan Filipina pula berdepan dengan masalah (kemasukan sisa plastik luar) ini.

"Jadi, kita akan bincang di peringkat ASEAN juga kerana masalah (pencemaran sisa plastik) bukan hanya masalah Malaysia sahaja," katanya.

Terdahulu, beliau mengalu-alukan sumbangan kapal pengumpul sisa plastik, Mobula 8 oleh The SeaCleaners iaitu badan bukan kerajaan (NGO) dari Switzerland kepada MRF sebagai inisiatif mengurangkan impak terhadap pencemaran plastik.

Nik Nazmi berkata, Mobula 8 akan ditempatkan di Kota Kinabalu, Sabah dan beliau berharap lebih banyak syarikat korporat atau NGO menghulurkan sumbangan membantu inisiatif penyelesaian pencemaran sisa plastik.  

Sumber – Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 02:32 PM | Show all posts
rakyat kita pengotor, buang sampah merata-rata...kerajaan perlu tegas mcm singapura
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 02:38 PM | Show all posts
Abis tu negara2 EU, US yg dump kat negara ASEAN cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepatlah buat wajibkan recycle sampah setiap rakyat.
Kat opis aku pun msg² x nak bg kerjasama, dh ada tong recycle pun buang sampah ttp la campur sume sisa mknn dgn sampah boleh recycle.. lagi nk harap rakyat marhaen, smpai ajm la
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklaaa..pastu tu yg speedmart dan stesen2 myk dh mengikut xsediakan plastik lgsg..kalau xde plastik bg la paperbag..recycle bag mmg ada..tp ade brg kdg2 x muat..nak2 kalau beli byk2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 07:49 PM | Show all posts
Denco replied at 10-2-2025 06:20 PM
Cepatlah buat wajibkan recycle sampah setiap rakyat.
Kat opis aku pun msg² x nak bg kerjasama, dh a ...

sama la tempat iols..

kawan sebelah pun perangai sama. bila tegur. "Sapa nak check orang buang sampah?"
apa guna hidup mengejar T20, tapi mentaliti mengalahkan minda dunia kelas ke-tiga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2025 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 10-2-2025 02:38 PM
Abis tu negara2 EU, US yg dump kat negara ASEAN cemana?


Diorg dump sampah sini yang dah bio-treated.. dah takde compost.. purely paper, plastics & aluminum etc.. sini ada 40 kilang mechanical recyle
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:59 PM | Show all posts
buat semula la mcm tahun 70an dulu bungkus guna kertas
pastu air ikat tepi tukar letak dlm tin susu mcm dulu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak produk pengguna sekarang dibungkus plastik. Dan bukan semua plastik boleh direcycle. Plastik ada gred dia. Contohnya plastic shopping bag dan polisterin tak boleh recycle. Botol air minuman boleh recycle.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.687622 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list