"Saya mengenali Afeeqah sejak usia kami 18 tahun. Selepas tamat sekolah, kami mula berkawan rapat tetapi waktu itu belum lagi bercinta.
"Kami memang ada satu kumpulan sembang dan selalu berkumpul minum kopi. Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi pasangan kekasih.
"Apa membuatkan saya jatuh cinta dengan Afeeqah, kami mempunyai persamaan iaitu kamu sama-sama pemalu orangnya... Saya suka dia sebab dia cantik!,” jelasnya.
Berbicara soal keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat kerjaya lakonannya sedang memuncak, pelakon drama Satu Hari Nanti ini tidak menjadikan perkahwinan sebagai halangan kerana percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT.
Malah dia pernah merujuk perkara itu kepada seorang ustaz selain rakan artis iaitu Ikmal Amry yang turut berkahwin ketika kariernya sedang memuncak.
"Ustaz ada kata bila berkahwin ini Allah akan tambah lagi rezeki. Jadi saya percaya insya-Allah kalau memang rezeki tidak akan ke mana.
"Isteri pun tidak pernah menghalang untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang seni ini," katanya.
Sumber: mStar