View: 12284|Reply: 6
|
[Tempatan]
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berhijab membuat pengakuan berani apabila mengakui memilih lelaki berstatus sudah berkahwin untuk mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut berkongsi detik pertemuan dengan lelaki yang berstatus suami dan menjalinkan hubungan jarak jauh selama lima tahun.
Menurutnya, lelaki itu serius ingin mengahwininya sehingga kini.
"Pada ketika itu, umur dia hampir 50 tahun. Permulaannya kami hanya berbincang tentang urusan kerja. Saya uruskan remaja yang nak sambung belajar. Lelaki ini pula merupakan ayah kepada remaja tersebut. Daripada itu mulalah bergurau senda dan detik-detik berkawan."
Tambahnya, dia tertarik dengan usaha lelaki tersebut yang sentiasa mencari masa untuk menghubunginya.
Berkongsi lebih lanjut, wanita tersebut akui enggan dengan lelaki berstatus bujang kerana perlu meluangkang masa dengan pasangan.
"Saya ada tanggungjawab besar dengan keluarga. Saya jaga ibu bapa dan adik saya. Masa saya banyak dengan keluarga. Saya berfikir ketika itu, kalau kahwin dengan lelaki bujang saya kena luangkan masa dengannya. Kalau dengan suami orang, hanya masa-masa tertentu saja kami akan berjumpa."
Tambahnya lagi, dia tidak kisah berkahwin dengan suami orang selagi masa bersama keluarganya tidak diganggu.
Sumber: TikTok @TuLinMy/Ohbulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KO belum kawin memanglah berfantasi jarang2 jumpa takpa..cuba dah kawin. Meroyan KO urus semua sendiri je. Itu jam rasa ada laki pun tak guna tak membantu datang nak tuttttt je |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak tgk drama melayu kut tu yang syok sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita aida aris, hatiku bukan pualam
marah die kt tok laki snengal
asal balik je nk buat anak
asal balik je nk buat anak
![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum kawen, memang la sedap sembang sis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah beranak kena urus sendiri anak, laki ada bini no 1 sibuk urus anak bini no 1, ada laki tapi hidup spt janda |
|
|
|
|
|
|
| |
|