CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buat Sabun Dari Minyak Terpakai Tu Bagus Tapi Melampau Claim Boleh Sembuh Ekzema!

7-12-2020 05:27 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3538| Komen: 6|Original author: Oleh: Cari-Azza




Akhir-akhir ini, ramai yang mula menyedari kepentingan penggunaan bahan alami dalam barang keperluan peribadi seperti sabun, syampu dan sebagainya. Malah, ramai juga mula membuat sendiri (diy) kerana ianya lebih menjimatkan dan juga bersih.

Tidak hairanlah pelbagai kelas ditawarkan untuk 'diy' sabun berasaskan minyak kitar semula, kemudian menjualnya di media sosial. Tidak hanya itu, ada yang mendakwa sabun mereka boleh membantu menyembuhkan penyakit radang kulit (ekzima).

Pensyarah, Dr Che Puteh Osman menepis dakwaan keterlaluan tersebut. Ini kerana serangan ekzima akan lebih parah dengan penggunaan minyak terpakai di dalam sabun alami itu.



Foto :FB

Menjelaskan bahawa minyak masak terpakai terhasil dari proses menggoreng menyebabkan minyak itu berubah menjadi warna gelap  membentuk bahan yang tidak sihat untuk dimakan. Oleh itu, tidak digalakkan untuk menggoreng menggunakan minyak sama lebih dari dua hingga tiga kali.

Jadi, tiada masalah pun untuk menghasilkan sabun sendiri kerana ia menjimatkan dan boleh memelihara alam sekitar. Namun, untuk mendakwa sabun ini boleh menyembuhkan ekzema adalah melampau.


Foto : eczemalife

"Eczema adalah sejenis alahan atopi dan serangan eczema disebabkan oleh alergen. Alergen berbeza mengikut individu seperti alah pada cuaca panas, alah pada keadaan kering, pada habuk, pada makanan laut, pada ayam dan macam-macam lagi. Jadi, ianya membahayakan kerana tidak tahu sabun itu sumber gorengannya apa."


Foto : food52.com

Ianya mendapat pelbagai pandangan daripada netizen. Ada yang menyatakan tidak tergamak menggunakan sabun daripada minyak terpakai dan sebagainya.



Foto : FB
Foto : petua ibu

Kesimpulannya, tiada salah pun membuat sabun dari minyak terpakai, tetapi janganlah mendakwa hingga mengatasi fakta perubatan ya. Anda pula bagaimana? Terjebak dengan buat sendiri sabun juga? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-12-2020 05:45 PM
Sebab petua letak minyak goreng ikan kat luka kucing, jangan pulak claim boleh sembuhkan luka.
Quote Cenderakirana9 7-12-2020 05:55 PM
I eczema. Memang kena hati2 nak letak apa kat kulit. Kulit muka ni selalu sangat flare up. I selalu guna barang baby je
Quote matchstick 7-12-2020 06:01 PM
Aku tak boleh pakai sabun buku/ bar soap even brand mahal pun. Kulit jadi kering. Bila kering mula lah gatal. Boleh pakai mild showel gel/ cream mcm dove je.
Quote shernazz 7-12-2020 06:41 PM
Anak iols terguna dettol punya sabun..
Habis kering..
Sapu lotion bagai baru okay..
Overclaim benor..
Quote husna_amal 8-12-2020 10:42 AM
Mungkin jadi lebih teruk kat kulit tu.
Quote Artemesiaa 9-12-2020 05:18 PM
Takut bila guna bukan tambah baik tapi tambah melarat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.209492 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top