CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Marah, Cuma..." - Aweera Terkilan Dianggap 'Dah Mati'

1-12-2020 07:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5231| Komen: 22

Penyanyi Aweera meluahkan rasa terkilan dengan komen negatif netizen yang mendoakan soalah-olah dirinya sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, komen seumpama itu keterlaluan dan berharap insan itu insaf dengan perbuatannya.



Kredit foto:


"Saya saja nak baca komen di Youtube... dan ternampak satu komen yang saya rasa agak terkilan. Saya pun dengan sengaja screenshoot dan muat naik di Instastory.

"Komen yang sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan roh saya tenang di sana tu bagi saya agak melampau.

"Saya bukan nak marah cumanya saya harap dia sedar apa dia buat dan diberi hidayah kerana itu semua kuasa Allah," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Aweera memuat naik paparan skrin komen individu yang mengatakan penyanyi itu sudah meninggal dunia.


Menurut laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Aweera pernah mendedahkan dia mengalami depresi akibat dikecam.



Dalam pada itu, Aweera memberi penjelasan terhadap status yang berbaur kurang senang apabila ramai yang menyanyikan semula lagu Roman Cinta yang pernah dipopularkannya.



"Saya bukan tidak puas hati atau marah kepada artis-artis yang cover lagu saya tu, sebenarnya bagus la mereka tolong mempromosikan dan rezeki masing-masing, cuma status itu luahan hati kecil sebagai penyanyi asal saja," katanya. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 1-12-2020 09:05 PM
Adik aweera lawo...tu je iols nak Komen...maybe aweera kena muncul dgn adik pempuan heols yg cun..baru netizen sedar kewujudan heols..
Quote lattehazelnut 1-12-2020 10:25 PM
miss_strangers: Adik aweera lawo...tu je iols nak Komen...maybe aweera kena muncul dgn adik pempuan heols yg cun..baru netizen sedar kewujudan heols..

I google adik aweera.. kuar google image lmk.. euw.. semak je pompuan ni..
Quote wirazam 1-12-2020 11:01 PM
Patutnya dia masuk gv..baru 2021 Ada impak sikit
Quote makadek 1-12-2020 11:31 PM
Dia ni ada rupa tp camne bole sendu..
Quote doubleA 2-12-2020 12:27 AM
Gv8 masuk la nanti aweera
Quote Themilo 2-12-2020 07:33 AM
lepas group Mojo, terus flop.
Quote setori_mori 2-12-2020 07:34 AM
makadek replied at 1-12-2020 11:31 PM
Dia ni ada rupa tp camne bole sendu..

Attitude kot
Quote kiah_mai_pulak 2-12-2020 07:36 AM
makadek replied at 1-12-2020 11:31 PM
Dia ni ada rupa tp camne bole sendu..

disipline out kot...
Quote husie91 2-12-2020 08:13 AM
Baru 29 tahun rupanya aweera ni rasa mcm dah lama sgt dh jadi artis
Quote cikkittydiva 2-12-2020 08:44 AM
Dia ada mix kokosen ke.
Quote husna_amal 2-12-2020 10:05 AM
Dia ni banyak sangat kontroversi tak baik. Mungkin dah kena blacklist atau boikot selama ni.
Quote mamajawie 2-12-2020 11:05 AM
dia ni suara sedap..aku suka betul lagu2 dia andai ku bercinta lagi n romancinta..time aku stres ngan bf dulu kalu dengar lagu2 ni bleh tacing wooo..eeheheheheh
Quote SKUTIL 2-12-2020 06:53 PM
Ko tu attitude out... Aritu elok je dgn pelita lusoh .. penyudah anep tu okey je... Ko tu yg acah rockstar...better x yah nyanyi dgn band lah aweera ko tu sama je perangai mcm si Toi tu...elok kwen je lah korang berdua... Hahaha geram lah kite
Quote SKUTIL 2-12-2020 06:54 PM
makadek: Dia ni ada rupa tp camne bole sendu..

Attitude problem laaa
Quote cikgojesss 2-12-2020 06:57 PM
bangkit dari kuburan semata-mata nak cakap tu jer?
Quote NEmma 2-12-2020 10:00 PM
Dulu I suka dia ni sbb helok sikit. Suara pun not bad. Tapi sayang x lama dlm industri. Attitude problem.
Quote anony-mous 3-12-2020 09:42 AM
Heols bukti rupa herlok suara sedap tp kalau attitude zero, mmg x kemana la.
Quote ekong 3-12-2020 10:44 PM
anony-mous replied at 3-12-2020 09:42 AM
Heols bukti rupa herlok suara sedap tp kalau attitude zero, mmg x kemana la.

Cannot say tak setuju.
Quote idril 3-12-2020 10:50 PM
hakak suka suara aweera. lagu dia roman cinta tu sedap dia bawak... org lain bawak x best

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.110876 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top