CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kucing Nakal Curi Bra Mahal Jiran

28-11-2020 10:13 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5678| Komen: 17|Original author: Oleh: Cari-Azza



Jika kucing lain membawa serangga atau burung pulang ke rumah, hal berbeza pula dilakukan oleh kucing nakal bernama Kee Kee ini.

Dalam diam, rupa-rupanya dia membawa pulang barangan jiran tuannya seperti stoking, seluar, kasut termasuk lah bikini berjenama mahal.


Foto : Daily Star


Pemilik kucing tersebut, Georgia Careless mengakui malu dengan kejadian itu disebabkan sebelum ini Kee Kee cuma membawa pulang bola atau bulu tangkis pulang ke rumah.

Wanita itu yang tidak tahu empunya barangan tersebut telah meletakkan satu senarai di laman media Facebook bagi mencari pemiliknya, lapor Daily Star.


Foto : Daily Star


"Kami memanggilnya naughty torty. Dia keluar rumah dari pintu atau tingkap yang terbuka, kemudiannya pulang mengigit barangan tersebut dan memberikannya kepada kami."

Malahan Georgia juga menjelaskan ada satu ketika, kucingnya membawa pulang lapan pasang stoking dalam satu masa.


Foto : DS

"Bayangkan Kee Kee pernah bawa pulang sayur-sayuran dan saya percaya ia milik kura-kura jiran. Sampai hati curi makanan haiwan lain."

Macam-macam kerenah haiwan peliharaan ya. Kucing anda macam mana pula? - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 28-11-2020 10:22 AM
Dia sayang tuan dia.. tu yg bawak hadiah macam2..
Quote putericahaya999 28-11-2020 10:58 AM
Dia tgh nk mengawan tu
Carikan dia partner la
Quote KIM.K 28-11-2020 11:13 AM
kikim nak suruh tuan dia pakai ke tu
Quote Artemesiaa 28-11-2020 11:18 AM
Betul tu selalunya sebab nak tunjuk sayang pada tuannya sebab tu dia rajin cari hadiah
Quote eplasbpafree 28-11-2020 11:20 AM
so cute kucing layan tuan dia...


Quote Belibis 28-11-2020 12:21 PM
Baru dapat bdeo kat wasap,kucing bawak coli.nak share tak reti pulakkkk..
Quote Aikiko 28-11-2020 05:48 PM
So comelll{:iwant
Quote husie91 28-11-2020 07:39 PM
Tak sangka plak kucing kg mcm ni ada kt negara omputih.. dulu pernah ada sekor mcm ni.. mmg bercapuk warna bulu sampai bg nama hantu haha tp setiap kali beranak.. comel2 semua bulu anak dia.. takde sekor pon ikut dia bercapuk.. sampai pelik dia ni beromen dengan siapa ni kihkih
Quote neo_5050 28-11-2020 09:57 PM
husie91 replied at 28-11-2020 07:39 PM
Tak sangka plak kucing kg mcm ni ada kt negara omputih.. dulu pernah ada sekor mcm ni.. mmg bercapuk ...

Tortie ni dianggap paling jelita dek kucing-kucing jantan. Memang jadi rebutan dan igauan laa kiranya . Selalunya tortie ni ada angin kus-kus sikit. Iols pernah ada seko jenis ni Bila beranak, anak semua comel gebus mulus.
Quote gigahertz 28-11-2020 11:31 PM
husie91: Tak sangka plak kucing kg mcm ni ada kt negara omputih.. dulu pernah ada sekor mcm ni.. mmg bercapuk warna bulu sampai bg nama hantu haha tp setiap ka ...

Kucing omputih biasa la. Paham english. Kucing batu caves kita say no no no di cakarnya muka kita
Quote Catpaw 29-11-2020 01:33 AM
Amboi keekee posing tak hengat ya... macam tak bagi ambil semula ja hahha
Quote husna_amal 30-11-2020 10:53 AM
Kucing kaki rembat. Selamba bawa balik harta orang.
Quote Boomibulat 30-11-2020 01:25 PM
Kalau kucing curi wig dpt jugak tuan dia pakai..
Quote printercomel 30-11-2020 05:06 PM
Besar sungguh pau jiran tu. Mesti gebu dan berinti kacang.
Quote ah.phagg8 5-12-2020 04:35 AM
Takutnya bulus sebegini
Quote farhani87 26-12-2020 06:22 PM
Sabar jer lah. Kucing kat rumah sy pulak bawak blk kepala tikus.
Quote arffa 28-12-2020 08:24 AM
kucing jiran sebelah whish is yang selalu datang makan dan main dengan anak - anak selalu bawak balik hadiah seperti cicak, mengkarung dan haiwan - haiwan kecil lain. letak kat karpet kaki kat luar. ari tu bawa mengkarung yang masih hidup terlepas sampai dalam rumah. jenuh la kami mencari akhirnya mengkarung mati belakang sofa.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066821 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top