CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Pelajar Cari Akses Internet Kelas 'Online' Jatuh Jambatan

27-11-2020 02:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7118| Komen: 54

KEADAAN jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi sehingga mengakibatkan tiga pelajar SMK Ulu Sugut cedera. - NSTP/Ihsan Pembaca



RANAU: Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan," katanya.

Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.

"Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.

Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.

Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.

"Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

"Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit," katanya.



Sumber : bharian.com.my


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 26-11-2020 08:24 PM
Kesiannya....
Quote Nahnukutu 26-11-2020 08:27 PM
ini bukan kampung @dua_chzy ka?

Quote aint 26-11-2020 08:27 PM
moga cepat sembuh adik2 yg cedera...

simpati sgt dgn usaha adik2 mencari ilmu

moga urusan dipermudahkan dan murah rezeki sentiasa.
Quote sukacactus 26-11-2020 08:34 PM
Edited by sukacactus at 26-11-2020 08:36 PM

Betul ke online class
Ada ek memalam
Cakap betul2 budak2 oiii!!!
Quote minnie77 26-11-2020 08:43 PM
adoi sedihnya. maybe calon2 spm ni kut
Quote little_sis 26-11-2020 09:25 PM
Mlm2 study atas jambatan..   jambatan gantung lak tu.. confirm bergoyang2 kalo gerak sikit pun
Quote dua_chzy 26-11-2020 10:41 PM
Nahnukutu replied at 26-11-2020 08:27 PM
ini bukan kampung @dua_chzy ka?

Oh shit. Abes.

Ni area pedalaman 2 elaun 1k.
Quote Nahnukutu 26-11-2020 10:43 PM
sukacactus replied at 26-11-2020 08:34 PM
Betul ke online class
Ada ek memalam
Cakap betul2 budak2 oiii!!!

kan sis


Quote dua_chzy 26-11-2020 10:50 PM
sukacactus replied at 26-11-2020 08:34 PM
Betul ke online class
Ada ek memalam
Cakap betul2 budak2 oiii!!!

Ekceli, ada. Keligs akak ada yang tiap malam buat online class. Guna Whatsapp or Google Meet...

Btw, ni jambatan usang ni. Tengok gambar pun rasanya jambatan ni memang dah tak diguna sebagai laluan, except untuk carik line.
Quote CARI-HBZ 27-11-2020 02:06 AM
KEADAAN jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi sehingga mengakibatkan tiga pelajar SMK Ulu Sugut cedera. - NSTP/Ihsan Pembaca





RANAU: Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu.


Kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, di sini.



Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.



Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan," katanya.



Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.



"Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.



Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.



Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.



Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.



"Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.



"Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit," katanya.




Sumber : bharian.com.my
Quote abcdotcom 27-11-2020 04:40 AM
Tunggu .......
Quote freesia71 27-11-2020 06:48 AM
Alahaiiii kesiannya.  
Quote eyansss 27-11-2020 06:50 AM
sementelaah itu, student bandar reject call cikgu n refuse to attend online class...  sadis betul...

semoga student2 disana makin kuat semangat untuk terus belajar...


Quote sukacactus 27-11-2020 07:08 AM
Nahnukutu replied at 26-11-2020 10:43 PM
kan sis

Sebab ank2 aku xde pun kelas memalam
Tu sebab aku sangsi skit
Quote sukacactus 27-11-2020 07:10 AM
dua_chzy replied at 26-11-2020 10:50 PM
Ekceli, ada. Keligs akak ada yang tiap malam buat online class. Guna Whatsapp or Google Meet...

...

Haa kalau cikgu chazy dah kata gitu ok la
Semoga cepat sembuh la budak2 tu
Dan semoga line internet kg tu lebih baik lps ni
Quote Lengkong 27-11-2020 07:22 AM
semoga ada perubahan yang lebih baik



Quote sarahmirza 27-11-2020 07:24 AM
eyansss replied at 27-11-2020 06:50 AM
sementelaah itu, student bandar reject call cikgu n refuse to attend online class...  sadis betul... ...

Sek cikgu mustakim tu kat mana?
Quote ultra78 27-11-2020 08:00 AM
Apa kata tugas cari liputan internet di kawasan pedalaman diberikan kepada J-KOM. Nampak jugak faedahnya
Quote dodolgemok 27-11-2020 08:53 AM
Mana menteri2 hanat politician hanat yg dtg menyemak time prn haritu? Rakyat susah sebegini kau org senang2 jah hidup jalan kehulu kehilir kan??

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062898 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top