View: 6289|Reply: 54
|
[Tempatan]
Tiga pelajar di Sabah cedera, jambatan gantung runtuh ketika cari signal Interne
[Copy link]
|
|
Tiga pelajar cedera, jambatan gantung runtuh ketika cari jaringan Internet
MyMetroMutakhir
KEADAAN jambatan gantung di Kampung Gusi, Ranau yang runtuh. FOTO ihsan pembaca
Yun Mikail
[email protected]
Ranau: Kegigihan tiga pelajar mencari jaringan Internet bagi mengikuti kelas dalam talian berakhir tragedi selepas terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam membabitkan mangsa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Beliau berkata, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.
"Ketiga-tiga mangsa belajar di SMK Ulu Sugut, Ranau dan cuba mengakses Internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan.
"Saya akan segera pergi ke kampung itu untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan berkenaan.
"Kita berharap penduduk kampung dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang.
Jambatan gantung itu difahamkan memiliki ketinggian kira-kira 18 meter dari sungai dan menjadi satu-satunya kawasan yang mempunyai isyarat sambungan Internet.
Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan Internet.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut berkata, penduduk kampung menyatakan semua mangsa berada di tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan gantung itu tiba-tiba runtuh.
"Sambungan Internet di Kampung Gusi ini memang teruk.
"Bagaimanapun, ia lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 8:12 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya .... |
|
|
|
|
|
|
|
moga cepat sembuh adik2 yg cedera...
simpati sgt dgn usaha adik2 mencari ilmu
moga urusan dipermudahkan dan murah rezeki sentiasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukacactus at 26-11-2020 08:36 PM
Betul ke online class
Ada ek memalam
Cakap betul2 budak2 oiii!!! |
|
|
|
|
|
|
|
adoi sedihnya. maybe calon2 spm ni kut ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mlm2 study atas jambatan.. jambatan gantung lak tu.. confirm bergoyang2 kalo gerak sikit pun |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 26-11-2020 08:27 PM
ini bukan kampung @dua_chzy ka?
Oh shit. Abes.
Ni area pedalaman 2 elaun 1k. |
|
|
|
|
|
|
|
kan sis ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 26-11-2020 08:34 PM
Betul ke online class
Ada ek memalam
Cakap betul2 budak2 oiii!!!
Ekceli, ada. Keligs akak ada yang tiap malam buat online class. Guna Whatsapp or Google Meet...
Btw, ni jambatan usang ni. Tengok gambar pun rasanya jambatan ni memang dah tak diguna sebagai laluan, except untuk carik line. |
|
|
|
|
|
|
|
3 Pelajar Cari Akses Internet Kelas 'Online' Jatuh Jambatan
KEADAAN jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi sehingga mengakibatkan tiga pelajar SMK Ulu Sugut cedera. - NSTP/Ihsan Pembaca
RANAU: Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu.
Kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, di sini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.
Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan," katanya.
Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.
"Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.
Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.
Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.
Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.
"Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.
"Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit," katanya.
Sumber : bharian.com.my
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sementelaah itu, student bandar reject call cikgu n refuse to attend online class... sadis betul...
semoga student2 disana makin kuat semangat untuk terus belajar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 26-11-2020 10:43 PM
kan sis
Sebab ank2 aku xde pun kelas memalam
Tu sebab aku sangsi skit |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-11-2020 10:50 PM
Ekceli, ada. Keligs akak ada yang tiap malam buat online class. Guna Whatsapp or Google Meet...
...
Haa kalau cikgu chazy dah kata gitu ok la
Semoga cepat sembuh la budak2 tu
Dan semoga line internet kg tu lebih baik lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada perubahan yang lebih baik
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 27-11-2020 06:50 AM
sementelaah itu, student bandar reject call cikgu n refuse to attend online class... sadis betul... ...
Sek cikgu mustakim tu kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata tugas cari liputan internet di kawasan pedalaman diberikan kepada J-KOM. Nampak jugak faedahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Mana menteri2 hanat politician hanat yg dtg menyemak time prn haritu? Rakyat susah sebegini kau org senang2 jah hidup jalan kehulu kehilir kan?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|