CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipercayai Gara-gara Berkumpul Sambut Hari Jadi, 15 Beranak Dilapor Positif COVID-19,

26-11-2020 02:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5640| Komen: 22

Description: Sekurang-kurangnya 15 orang ahli keluarga dilapor dijangkiti COVID-19 selepas berkumpul untuk sambutan hari jadi di Texas, Amerika Syarikat, 1 November lepas.



Sekurang-kurangnya 15 orang ahli keluarga dilapor dijangkiti COVID-19 selepas berkumpul untuk sambutan hari jadi di Texas, Amerika Syarikat, 1 November lepas.

Menurut laporan ABC 13, beberapa hari selepas parti berkenaan, salah seorang tetamu yang merupakan seorang nenek berusia 57 tahun dan dua orang ahli keluarga dilaporkan mula menunjukkan gejala-gejala jangkitan.

Ketiga-tiga mereka kemudian disahkan positif COVID-19. Ujian yang dilakukan kepada 12 orang lagi ahli keluarga yang turut hadir dalam parti berkenaan juga menunjukkan hasil positif.

Selain itu, 3 lagi kontak rapat kepada salah seorang ahli keluarga berkenaan juga dilaporkan positif.

Berikutan pendedahan berkenaan, pihak berkuasa tempatan menyeru orang ramai supaya mengelak daripada berkumpul dengan individu-individu luar daripada ahli keluarga terdekat dan tidak melakukan ziarah menjelang sambutan Thanksgiving pada 26 November ini.

Salah seorang ahli keluarga berkenaan yang tidak hadir dalam parti tersebut turut terlibat dalam kempen untuk mengingatkan orang ramai mengenai bahaya COVID-19.



Sumber: ABC 13


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 26-11-2020 06:35 AM
Tggu kemut n fmly kne.. Hehe
Quote fly_in_d_sky 26-11-2020 07:01 AM
elok ler .. orang kat US ni kebal

sekarang ni kat US ramai pergi fly sana sini
Thanksgiving and soon Xmas
kebal kebal ...

https://twitter.com/nowthisnews/status/1331604301836210176?s=20
Quote JunkMail 26-11-2020 07:14 AM
Selayaknya lah..kan diorang tak caya covid ni. Mask pun taknak pakai. Sooo...
Quote Tinot7 26-11-2020 07:20 AM
Slamat berkuarantin
Quote ina_na 26-11-2020 07:49 AM
X de yg heran pun kalo umat USA kene.. Hak demokrasi la dia org ckp.. Ikut suka la nk pakai mask ke x..pdhal sana ramai dah yg terkorban..
Quote weezerfan 26-11-2020 07:50 AM
Smg family lofake pon kena mcm ni gak.x habis2 gathering mcmkan kebal covid!!
Quote adeqbun 26-11-2020 08:25 AM
weezerfan replied at 26-11-2020 07:50 AM
Smg family lofake pon kena mcm ni gak.x habis2 gathering mcmkan kebal covid!!

mcm tiap mggu je diorg ade majlis mewah2 dan gathering..
Quote mrsbob87 26-11-2020 09:27 AM
negara yang bertuhankan human rights...

jadi biarkan deme bergelumang dengan covid.. tak caya sangat kan
Quote zarulnazmi 26-11-2020 09:35 AM
*facepalm*
Quote husna_amal 26-11-2020 09:52 AM
Thanksgiving, black friday dengan chrismas nanti bertambah2 la covid kat sana.
Quote weezerfan 26-11-2020 10:09 AM
adeqbun replied at 26-11-2020 08:25 AM
mcm tiap mggu je diorg ade majlis mewah2 dan gathering..

Kan..bodoh namati selamba je uplod ig.sejenis narcissistic
Quote adeqbun 26-11-2020 10:12 AM
weezerfan replied at 26-11-2020 10:09 AM
Kan..bodoh namati selamba je uplod ig.sejenis narcissistic

sori to say tu psl ai xbape nak simpati kes alip satar..opkos la die x mntak kobit tu..tp aktvt diorg tu mengundang sgt2..
Quote weezerfan 26-11-2020 10:15 AM
adeqbun replied at 26-11-2020 10:12 AM
sori to say tu psl ai xbape nak simpati kes alip satar..opkos la die x mntak kobit tu..tp aktvt di ...

Dalam2 sorry tu selamba muka mintak kesian konon kena covid.poyo
Quote adeqbun 26-11-2020 10:25 AM
weezerfan replied at 26-11-2020 10:15 AM
Dalam2 sorry tu selamba muka mintak kesian konon kena covid.poyo

die nak counter kesilapan die which is ai rs good la..xde nmpk kekwat atau arrogant..nmpk la die rs menyesal yg kobit ni bkn boleh dibuat main..yg terkena tu retis yg PR bagus dan influence die dlm medium yg sgt2 positif..jdnye die dpt bg kesedaran pd geng2 retis gile x phm2 bahasa tu...silap2 dh sembuh nnt KKM bole lantik die jd speaker utk promote kesedaran pd org ramai nak2 klster super kayangan
Quote Scheherazade 26-11-2020 10:26 AM
The Rock pun dah pesan, jaga sapa nk dijemput masuk rmh (walaupun famili) sbb tatau sapa yg ada virus ni.
Quote MadameOnion 26-11-2020 10:52 AM
weezerfan replied at 26-11-2020 07:50 AM
Smg family lofake pon kena mcm ni gak.x habis2 gathering mcmkan kebal covid!!

nanti mamazat doa pelindung kobid
Quote MadameOnion 26-11-2020 10:54 AM
adeqbun replied at 26-11-2020 08:25 AM
mcm tiap mggu je diorg ade majlis mewah2 dan gathering..

org have2 mmg tak ikut sop la sis..lama dah..btw kelab2 elite masih dibuka utk depa berhibur waktu malam
Quote Suchi 26-11-2020 11:15 AM
Jeles gak tengok org bergathering sesama pemeli nak plak artis2 ada je sambut besday ngn anak bagai.
Yg duk ngn family dekat2 pun aman2 je duk wat gathering la kenduri tahlil la bagai.
Kawan iols tiap minggu ada je post kat status wassep duk merewang makan2 ramai ngn pemeli mil dia.
Agaknya sedara mara semua duk dekat2 kot. Makan buah pelam colek ramai2 la, sambut besday suami dia siap bako kambing golek sekor lagi.
Meriah je hujung minggu dia mcm takde apa2 pun huhu.
Sementelah kami2 yg jauh dari family ni cuma mampu mereput sampai naik murung kat umah ni.
Quote adeqbun 26-11-2020 11:53 AM
MadameOnion replied at 26-11-2020 10:54 AM
org have2 mmg tak ikut sop la sis..lama dah..btw kelab2 elite masih dibuka utk depa berhibur waktu ...

xde kelab elite pon diorg amik mane2 penthouse utk cucuk langit...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.437664 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top