CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Jatuh Dari Tingkat 13 Sempat Disambut Jiran

26-11-2020 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4346| Komen: 17

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah situasi dialami bayi berusia dua tahun di China apabila terselamat selepas jatuh dari tingkat 13 kediamannya.

Toutiao News melaporkan, bayi lelaki dari bandar Hefei, wilayah Anhui itu, bernasib baik apabila jirannya yang berada di tingkat 12 perasan kejadian itu sebelum sempat menangkap lengannya, namun terperangkap di hadapan jeriji besi tingkap.



Kredit foto: Newsflash

Tindakan pantas jiran lelaki yang pernah menjadi bomba hutan berjaya menahan bayi itu daripada terjatuh ke bawah, manakala isterinya menghubungi pihak berkuasa untuk membantu menyelamatkan bayi berkenaan.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian menggunakan alat pemotong elektrik khas bagi memotong jeriji besi tingkap sebelum berjaya mengeluarkan bayi itu.

Difahamkan, bapa bayi itu keluar meninggalkan bayi itu yang tertidur keseorangan di apartmen mereka. Namun, bayi itu terjaga dan memanjat balkoni.


Rakaman video anggota bomba menyelamatkan bayi itu tular di media sosial hingga ada warganet yang memuji tindakan pantas pasangan jiran itu malah tidak kurang juga turut mengecam kecuaian bapa bayi itu.

"Sungguh dia bernasib baik ditangkap jirannya tepat pada masanya.

"Ibu bapa tidak seharusnya meninggalkan anak kecil di rumah sendirian," komen seorang pengguna Sina Weibo.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 26-11-2020 07:29 PM
Uishhh!!! Nasib baik betul jiran sedar tepat pada masanya
Quote aqissa 26-11-2020 07:39 PM
China kan.... pelik la haiii
Quote mzzenma 26-11-2020 08:01 PM
bodohnya mak bapa dia.. umur 2 tahun tinggal sorang. Kau tak sekolah ke???
Quote MissyMolly 26-11-2020 08:08 PM
Wahhh hebatnyaaaa abam bombaa..hutan???
Quote Kurex 26-11-2020 08:10 PM
Dah aku agak, mesti dari negara leluhur
Quote Supersirap 26-11-2020 08:17 PM
Kenapa lah ibu bapa bayi ini begitu singkat pemikiran
Quote Aikiko 26-11-2020 08:33 PM
China....wht u expact?? Ank dlm saluran pembetungla...perigi...tersekat kat escalator n tetiba kat tgah jlan
Quote dudaberhias 26-11-2020 08:34 PM
populasi ramai... sama macam negara jiran seberang laut tu pun banyak berita pelik2...
Quote gorjeous 26-11-2020 09:15 PM
Nyawa dia panjang lagi..
Quote MsPercy 26-11-2020 09:42 PM
Poor baby. Nasib baik dpt jiran bagus
Quote Carcosa 26-11-2020 11:31 PM
Bangsat nye bapak dia. Apalah yg dikejarkan sgt, smp ko tinggalkan anak ko sorang2. Aku ni, kalau abam Grab smp bwk makanan, aku kena turun, aku heret anak aku sekali. Tido ke, celik ke, aku heret jgk.
Bebudak ni satu pe'el. Bila kau takde tu lah, dia terjaga. So sebelum bende tak elok jadi, heret saja! No excuse
Quote husna_amal 27-11-2020 10:13 AM
Seram sejuk tengok, mujur dapat selamatkan.
Quote shark_eow7 27-11-2020 10:36 AM
dengar dalam radio tadi.. dia cakap jiran tu dah nmpak time budak tu keluar kt balcony rumah. bila budak tu jatuh dia terus tarik. kiranya power betull la jiran tu.
Quote mejaputih 27-11-2020 10:48 AM
shark_eow7 replied at 27-11-2020 10:36 AM
dengar dalam radio tadi.. dia cakap jiran tu dah nmpak time budak tu keluar kt balcony rumah. bila b ...

ios takleh imagine...sbb jiran tu ada jeriji..camne jiran tu sambut ek?
Quote shark_eow7 27-11-2020 11:32 AM
mejaputih replied at 27-11-2020 10:48 AM
ios takleh imagine...sbb jiran tu ada jeriji..camne jiran tu sambut ek?

xtau la nak cakap. dengar dr radio je. 1 of the factor jiran yang sambut tu ialah seorang ahli bomba. mungkin dia dah biasa utk tugas mcm ni. tu yang tangkas je boleh terus tangkap walaupon berjeriji.. rasanya laaa
Quote Artemesiaa 27-11-2020 12:14 PM
Nasib ada jiran hebat pantas bertindak pengalaman kerja banyak membantu juga.  Buat si bapa seharusnya dikenakan hukuman akibat kecuaiannya.
Quote mejaputih 27-11-2020 12:32 PM
shark_eow7 replied at 27-11-2020 11:32 AM
xtau la nak cakap. dengar dr radio je. 1 of the factor jiran yang sambut tu ialah seorang ahli bom ...

huhuu...panjang umur budak ni...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top