CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Maradona Yang Meninggal, Madonna Yang Dapat Ucapan RIP

26-11-2020 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4646| Komen: 15

Description: Legenda bola sepak Argentina, Maradona dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 60 tahun.
Legenda bola sepak Argentina, Maradona dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 60 tahun.

Namun nampaknya ada netizen di Twitter yang tak nak ketinggalan dengan berita yang mengejutkan seluruh peminat bola sepak malam tadi.


Sayangnya, ada netizen yang memanjangkan berita kematian sekaligus mengucapkan selamat jalan kepada Maradona, tetapi ada yang silap dengan menyampaikan khabar penyanyi pop Madonna meninggal dunia.


Kredit foto: The Economic Times/IG

Tidak hanya menyampaikan belasungkawa kepada Madonna, ada netizen yang membuat video berlatar lagu penyanyi itu yang menampilkan foto sang bintang pop dengan keterangan, "RIP MADONNA, 1958-2020."

"RIP Madonna, anda akan selalu ada di hati kami. Legenda," cuit netizen yang menggunakan nama @poemtoahoe itu di Twitter.


Kredit foto: Twitter


Cuitannya pantas mendapat reaksi daripada banyak netizen yang lain. Ada yang membalas kepada netizen itu dengan mengatakan yang mati adalah Maradona, bukannya Madonna.

Oleh kerana banyak yang tersilap menerima khabar kematian Maradona menjadi Madonna, nama penyanyi popular itu menjadi trending di media sosial dan pencarian namanya meningkat di Google, hampir sama banyak dengan pencarian nama Maradona.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun berita mengenai kematian Maradona disambut dengan kedukaan oleh banyak pemain bola sepak lainnya.

Pele menuliskan belasungkawanya di Twitter yang berbunyi: "Ini sebuah khabar yang menyedihkan. Saya kehilangan sahabat baik dan dunia kehilangan seorang legenda.

"Banyak yang ingin saya katakan, tapi untuk waktu ini, semoga Tuhan memberi kekuatakan buat keluarganya. Saya berharap dapat bermain bola di atas sana dengan kamu."

Ikut berbelasungkawa adalah Messi yang mengatakan walaupun dunia telah kehilangan legenda bola sepak, namun Maradona sentiada ada kerana beliau adalah abadi.

Sementara Cristiano Ronaldo pula mencoretkan: "Hari ini saya mengucapkan selamat tinggal kepada seorang teman dan genius yang abadi. Salah satu yang terbaik pernah kita ada. Ahli magik yang tidak boleh ditafsirkan.

"Beliau pergi terlalu awal, namun meninggalkan legasi tanpa limit. Selamat berehat, anda tidak akan dilupakan," tulisnya.



Maradona atau Diego Maradona meninggal dunia di rumahnya di Tigres, Argentina, hanya dua minggu selepas menjalani pembedahan otak.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshKetchum 26-11-2020 04:50 PM
selayaknya takziah kepada heshe. tak padan dengan umor nenek gegeh lagi nak berjoget lah hapa tapi nyanyian segala super hauk jah hujung2 fefeling jah nak cemolot dengan drake bagai

[youtube]8x1tnP-WnMI[/youtube]
Quote krustykrab 26-11-2020 04:56 PM
Ada terima ws message, sitrumpet pun wish kat madonna instead of maradona...citer betul ke troll
Quote dinosaurpink 26-11-2020 04:58 PM
Haha...dah agak dah....
Aku pun dah lama nyampah dgn nenek ni....rasa macam dia je yg mulakan trend penyanyi wanita buat persembahan dgn pakai "bikini" je atas pentas....aku konpius deme nak nyanyi ke nak tunjuk bontot....
Quote makadek 26-11-2020 05:42 PM
Madona bkn dh lama mati ke
Quote najib888 26-11-2020 06:21 PM
makadek replied at 26-11-2020 05:42 PM
Madona bkn dh lama mati ke

Mandela effect on your timeline kot?
Quote najib888 26-11-2020 06:22 PM
dinosaurpink replied at 26-11-2020 04:58 PM
Haha...dah agak dah....
Aku pun dah lama nyampah dgn nenek ni....rasa macam dia je yg mulakan trend ...

Betul la tu . Nk nyanyi & tunjuk bontot..   
Quote aqissa 26-11-2020 07:48 PM
I is terhibur tau....hehehe
Quote MadameOnion 26-11-2020 08:28 PM
Hahaha tak lama lagi tu
Quote paiayam 26-11-2020 09:34 PM
Tersedak nek madonna{:smile
Quote husna_amal 27-11-2020 10:04 AM
Nek madona terkejut tak pasal2 nama dia pula yang naik. Apa salahnya dapat ucapan awal, dah mati nanti tak lah dapat baca.
Quote Carcosa 27-11-2020 10:08 AM
Selayaknya lah Nek Donna yg disangka. Nek Donna lagi tua dari Tok Donna {:nose
Quote kancilmerah 30-11-2020 06:08 AM
lah.. dah alang2 kan
Quote LaRRa. 14-12-2020 05:28 AM
Kalau tak silap, trump yang salah tweet kn?
Quote peterpong493 24-7-2021 09:25 PM
In general, we can see that most of the people are struggling to find the stuffs when you want to know. If you are looking for the same, then without going for a second thought, go ahead with this- Check new posts- https://gbplusmod.com/download-fm-whatsapp-apk/ and https://gbplus.net/download-gbwhatsapp-apk/

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062491 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top