CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar Hilang Deria Bau - "Pakai Sabun Dan Deodoran Pun Dah Tak Bau"

26-11-2020 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15610| Komen: 96

Sudah hampir lima hari menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Melaka selepas disahkan positif COVID-19 pada Ahad lalu, pelakon dan penyanyi Alif Satar memaklumkan keadaannya stabil dan baik-baik sahaja.


Bagaimanapun, Alif memberitahu dia mengalami gejala hilang deria baru sejak tiga hari lalu sehinggakan dia tidak boleh memhidu sabun mandi dan deodoran. Namun dia bersyukur ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi dan dijaga dengan baik oleh kakitangan hospital.


Kredit foto: IG Alif

“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak ini. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay.

“Alhamdulillah, saya ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi. Disebabkan di sini tidak ramai pesakit Covid-19, jadi banyak katil kosong. Kami dijaga baik oleh kakitangan dan jururawat di sini,” katanya.


Alif berkata lagi ia perkara yang tidak dijangka kerana dia sentiasa mengikut SOP dan tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti virus berkenaan kerana dia tidak bergejala mengalami demam.

“Ke mana-mana saja saya ikut prosedur operasi standard (SOP). Sewaktu nak menjalani penggambaran di Melaka saya pergi buat ujian saringan dan keputusannya negatif. Jadi, saya sambung kerja macam biasa.

“Jadi, dalam keadaan sekarang macam mana kita buat dan patuh SOP pun, kita tak tahu apa saja boleh terjadi. Apatah lagi ‘watak’ Covid-19 ini lain. Macam saya, suhu badan okay, tidak bergejala dan tidak demam. Jadi memang tak tahu,” katanya.



Dalam pada it, Alif turut memaklumkan ibu dan bapanya sudah bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh, hari ini. Namun adik bongsu dan datuknya masih lagi dirawat.


Sumber: RotiKaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 26-11-2020 01:47 PM
Risau nye kalau kena covid, pastu family members kat wad jugak..
Quote Sanyora88 26-11-2020 01:48 PM
Samalah macam jols haritu masa positif covid. Xde deria bau, and rasa mcm sebal je hidung. Semoga cepat sembuh ye Alif, amin amin
Quote kiah_mai_pulak 26-11-2020 01:57 PM
ooohhhh dh tu acik2 semua kat sini nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Quote Kancilkering 26-11-2020 01:59 PM
kawan i kene kobid...hari hari dpt steroid....
Quote KucingBiru 26-11-2020 02:17 PM
Sanyora88 replied at 26-11-2020 01:48 PM
Samalah macam jols haritu masa positif covid. Xde deria bau, and rasa mcm sebal je hidung. Semoga ce ...

Antivax kata covid ni semua dramaaa drama.. good to hear personal sharing macam ni
Quote markonahlah 26-11-2020 02:20 PM
Semoga cepat sembuh alip
Quote enchantedlurve 26-11-2020 02:27 PM
semoga cpt sembuh..
Quote husna_amal 26-11-2020 02:28 PM
Betul lah tu simptom2 orang yang dijangkiti covid19 ni hilang sementara deria bau dan rasa. Apa2 pun GWS alif.
Quote Isfa76 26-11-2020 02:39 PM
Bergantung kepada ketahanan badan seseorg gak kan.. ada yg tak teruk.. ada yang teruk.. org muda mungkin tak teruk sbb ketahanan badan masih kuat.. Kena kat org yg berisiko tinggi teruklah dan org tua2 yang antibodi dah lemah.. sbb tu yang mati ramai yg ada penyakit dan org tua2.. In shaa Allah Alif boleh sihat semula sbb dia masih muda..
Quote Nenasketum 26-11-2020 02:40 PM
Ioll gi Beijing Disember lepas, pastu dengan udara toxicnya, snowing plak. Pastu ioll sakit, selsema with heavy lungs (maksud memacam tok nenek kluar melalui hidung/mulut) deria bau & rasa yillek, cuma masa tuh coronavirus belum kecoh. Maybe ioll kena corona dan developed antibodi?? I will never know. So Alip, ramai dah pulih gelombang ni, Insyaallah he will be fine.
Quote nordin84 26-11-2020 03:04 PM
dalaman org kena covid ni lain dgn org biase.. mcm rosak sikit.. ala2 mcm org hisap rokok
Quote Suchi 26-11-2020 03:06 PM
PA dia satu wad ngan dia eh kira PA dia pun positif gakla ye.
Yg Adlina tu sapa plak yg tu pengurus kan
Quote Suchi 26-11-2020 03:09 PM
lattehazelnut replied at 26-11-2020 01:47 PM
Risau nye kalau kena covid, pastu family members kat wad jugak..

Iols paling risau kalau kita positif tiba anak2 negatif pastu taktau sapa yg bleh jaga dorang emmm
Pening oii mikir menda paling takut sama gak takut kalau anak2 je positif boleh ke kita jaga dorang? Kena pakai PPE ke kalau nak jaga.
Pastu budak kecik lak nampak mak mesti la nk menempel adoi menda2 ni la yg menakutkan.
Quote hyunniesSS501 26-11-2020 03:20 PM
aku tak fhm kenaa antivax plak yg disalahkan
antivax share remedi sementara utk sembuh mcm vitamin c pun kena kecam
last2 kt hospital pun guna vit c jugak utk sembuh kan pesakit

ada gak pesakit positif dlm family tp tak menjangkiti family members lain
Quote sleepandream 26-11-2020 03:30 PM
memang heols kena transfer pergi hospital melaka ke? heols bukan duk hartamas ke?
Quote nura19 26-11-2020 03:46 PM
Semoga cpt sembuh..
Quote me12345 26-11-2020 03:50 PM
Get well soon.....
Quote LadyCarefree 26-11-2020 04:18 PM
"Jadi, dalam keadaan sekarang macam mana kita buat dan patuh SOP pun, kita tak tahu apa saja boleh terjadi."

Nanti makin ramai yg anggap xguna pakai mask, penjarakan sosial semua tu.
Quote teha86 26-11-2020 04:20 PM
mcm kawan aku..dia kata dia hilang deria rase..deria bau.. pakai perfume xbau pape..seram pulakk.. paling kesian.. dia satu keluarga kena kecam ngn org kawasan dia.. abis kata dia lari dari kkm la.. sedangkan mmber ade je kuarantin kat rumah

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050069 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top