CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Selagi Mampu, Saya Tiada Masalah Jika Raf Mahu Dua Atau Tiga..." - Mawar Rashid

25-11-2020 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7905| Komen: 54

Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai status gurauan dimuat naik suaminya, Raf Yaakob yang mengakui tidak pernah cukup dengan satu dan mahukan dua.

Menurut Mawar, 25, suaminya itu memang gemar mengusik dan mendedahkan Raf sebenarnya memasang impian untuk memiliki dua kereta berjenama mewah untuk kegunaan harian.



Kredit foto: IG Mawar

"Raf bukan nak isteri dua, dia berangan nak ada kereta lagi satu... tak apa dia berangan jauh sebab nanti dia akan usaha dan kerja lebih keras untuk dapat benda tu.

"Berangan ni macam doa, kalau ada rezeki dia, apa salahnya. Saya sebagai seorang isteri memang akan sokong 100 peratus pasangan saya selagi benda tu tak melanggar ajaran Islam.

"Selagi Raf mampu, tahu kewajiban dan sebagainya... tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga kereta.

"Saya pun memang selalu bergurau dengan suami kerana dia selalu cakap nak dua tapi kita faham apa maksud dan gurauan dia itu," katanya kepada mStar.




Menerusi Instagram, Mawar memuat naik video dan menulis kapsyen Raf sering menyebut tidak cukup satu dan mahukan dua.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH33 ini berkata, sokongan dan penghargaan terhadap pasangan merupakan kunci kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Malah, dia cukup menghargai pengorbanan suami yang sentiasa memberikan kata-kata positif ketika hampir patah semangat kerana ujian dalam karier seni dan perniagaan.



"Bagi saya, jika ada netizen yang komen bukan-bukan kerana gurauan di media sosial itu saya menggangap mereka sengaja mahukan perhatian atau mungkin masih belum matang.

"Sebagai artis, saya tak boleh cepat melatah, anggap sahaja itu adalah asam garam dalam industri seni.

"Orang luar tak tahu apa susah senang saya dan suami lalui untuk mencari rezeki... biarlah orang nak kata apa pun, saya dah biasa dengan komen negatif," ujarnya yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JalaEmas 25-11-2020 12:38 PM
Oooooool...
Quote Normabaru 25-11-2020 12:45 PM
Cringenyeee marketing dek mawar. Nasib ko peknan and xjual ubat kuat. Mau je kaka lempang ang lakibini sekor2
Quote Kurex 25-11-2020 12:48 PM
Pemain bola & show off kereta berpisah teda
Quote BarbiePink 25-11-2020 12:52 PM
Serious eyh?
Editor cari punya news level sampah mcm ni?
@friedfishsoup u are much better than them
Quote Redmyvi 25-11-2020 12:59 PM
ohhhh.. igt nk 2,3 round

Apala ni pn masuk thread
Quote missyL 25-11-2020 01:07 PM
Untung la.
Ketika saat ramai tgh sesak n Berdepan mcm2 cabaran dlm zamabmn covid19 nie..

Laki mawar masih mampu kumpul kete mewah.

Rezekiiiii
Quote LadyCarefree 25-11-2020 01:44 PM
Kurex replied at 25-11-2020 11:48 AM
Pemain bola & show off kereta berpisah teda

Lakinya pemain bola ke?
Quote makcun14 25-11-2020 01:50 PM
Laki attention seeker. Sama ngan abang dia
Quote boongalalang 25-11-2020 01:51 PM
LadyCarefree replied at 25-11-2020 01:44 PM
Lakinya pemain bola ke?

Bukan, dia mcm president kelab bola. MU kalau tak silap. Motif aku ingat benda ni hahaha
Quote adelea 25-11-2020 01:56 PM
Ohhh ingatkan 2-3 bini
Muehehhe
Quote hasitall 25-11-2020 01:58 PM
Cringe sangat laki nya, perasan handsome satu, perasan humble perasan gentleman, perasan segala galanya
Quote nordin84 25-11-2020 02:00 PM
ape keje adik fazli asmara ni?
dia bkn duda ke dulu sblm kawen mawar
Quote Nnasda53 25-11-2020 02:04 PM
hurmmmm..jadila buat bahan citer.
Quote mamajawie 25-11-2020 02:08 PM
biz pe dedua ekor ni?
Quote izat123 25-11-2020 02:12 PM
Kerja menda lah suami dia ni. Dari dulu kehulu kehilir yang orang tahu dia president kelab penyokong MU Malaysia je. Tu pun syok sendiri
Quote applecomel 25-11-2020 02:12 PM
Ini ja ka....haha...lupa pelakon film paling popular hihi
Quote Kurex 25-11-2020 02:13 PM
LadyCarefree replied at 25-11-2020 01:44 PM
Lakinya pemain bola ke?

Ehhhhsalah artis.....
Quote RatuDunia94 25-11-2020 02:51 PM
Masalahnya filem bini dia SATU pun xde sekor kucing anjing kenal tp menang Pelakon Filem Popular.. itu lbh wajar dipikirkan..
Quote husna_amal 25-11-2020 03:48 PM
Cerita double meaning pun ada. Sekali nak tambah kereta la, ini lah story kita boleh dapat dari pelakon filem paling popular.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.103635 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top