CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sambut Ulang Tahun Kedua Perkahwinan, Baim Wong Bina Rumah Anak Yatim

24-11-2020 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3205| Komen: 6

Pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhouven baru meraikan ulang tahun pernikahan mereka pada 22 November 2020 lalu.

Bersempena dengan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, pasangan tersebut mengumumkan sedang membangunkan sebuah rumah anak yatim di Jawa Barat.


Baim mengungkapkan jika dia dan isteri sudah lama memasang impian untuk membangunkan rumah anak yatim dan pada ulang tahun pernikahan kedua, mereka teruja mengumumkan perancangan yang sudah 75 peratus siap itu. 


"Alhamdulillah, hari ini dapat khabar menyenangkan. Insyaallah tanah wakaf yang luasnya 3-6 hektar, yang sudah lama saya cari untuk pesantren (rumah anak yatim) dan juga penghafal Quran, sudah 75% jadi," tulis Baim di Instagramnya.

Aktor itu juga memberitahu rumah anak yatim tersebut sengaja dibangunkan jauh di daerah Purwakarta, Jawa Barat kerana itulah tempat kelahiran arwah ibunda tercintanya.



"Sengaja saya cari di Purwakarta supaya selalu boleh mengenang arwah ibu. Mungkin cara ini yang saya boleh bahagiakan mama saya. Minta doa untuk kelancarannya," tulis Baim lagi.

Tidak hanya itu, Baim juga mengajak jika ada yang berminat untuk sama sama membangunkan tanah wakaf tersebut kepada yang berminat.

Foto: IG

Dalam sepotong video yang dikemas kini di akaun Instagramnya,

@baimwong, dia juga berharap agar apa yang sedang diusahakan memberi manfaat kepada semua.



"Kalau ingin ikut membantu, mari kita bangunkan rumah untuk penghafal Quran. Tidak penting berapa besar jumlahnya, yang penting niat untuk membantu sesama kita. Semoga memberi manfaat dan menambah pahala kita," tulis Baim.

Baim dan Paula sudah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Kiano Tiger Wong dan kini isterinya sedang hamil anak kedua. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 24-11-2020 02:04 PM
Lawanya wife dia..
Quote Artemesiaa 24-11-2020 02:21 PM
Sebelum ni dia ada joint gorup sedekah kepada peniaga jalanan, baguslah ada sambung buat usaha lain pula
Quote mamajawie 24-11-2020 02:50 PM
lorh, kok Muslim??guwe ingatin cina ummah leluhur kayak si agnesmo
Quote Tinot7 24-11-2020 02:55 PM
Wwooaahh... nama anak...

Baim dan Paula sudah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Kiano Tiger Wong dan kini isterinya sedang hamil anak kedua. -CARI
Quote husna_amal 24-11-2020 03:40 PM
Semoga murah rezeki dan diberkati Allah.
Quote Mamason 26-11-2020 01:36 PM
Tiger?? OMGGGG

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.111105 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top