CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kembali Popular, Ramai 'Kawan' Diva AA Datang Balik Tanya Khabar

23-11-2020 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6287| Komen: 23

Pengacara sensasi, Azwan Ali, 54, mendedahkan dia kini banyak menerima Direct Message (DM) di Instagram (IG) daripada orang ramai terutama di Sabah yang meminta bantuan keperluan barangan makanan kerana terjejas pendapatan akibat Covid-19.


Azwan, bagaimanapun berkata dia bukan tidak mahu membantu, tetapi lokasi mereka yang memerlukan itu sangat jauh. Tambahan pula, sekarang ini kerajaan masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kredit foto: IG

"Jujur diakui, saya ingin membantu kerana sangat bersimpati dan prihatin dengan nasib kebanyakan orang yang terjejas pendapatan disebabkan Covid-19 ini. Namun, lokasi tempat tinggal mereka seperti di Sabah itu terlalu jauh.

"Saya pula kalau nak beri bantuan pada orang suka menyerahkan sendiri kepada pihak memerlukan itu dan tidak akan melayan individu-individu yang meminta dikirimkan wang ke akaun mereka.

"Sekarang ini terlalu banyak 'scammer'. Jadi, saya sangat berhati-hati dan memastikan sedia membantu mereka yang betul-betul perlu pertolongan," katanya kepada Harian Metro.


Azwan yang kini namanya kembali meledak dan meniti populariti semula berkata dia amat bersyukur dilimpahi rezeki yang tidak diduganya daripada Allah SWT ketika ini selepas muncul mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) di TV3.

Ujar penghibur yang cukup dikenali dengan panggilan Diva AA dan tagline 'See My Level' ini, selain  rezeki melimpah-ruah, dia juga didatangi semula oleh rakan-rakan lamanya yang pernah menjauh suatu ketika dahulu.



"Sekarang ini, apabila nama saya makin disebut-sebut, ramai jugalah rakan lama sejak dari sekolah dan dalam industri dulu sudah menghubungi ucap tahniah. Mereka juga tanya khabar dan kembali ingat pada saya.

"Kalau dulu, saat saya jatuh ramai yang 'lari' dan jika berjumpa pun mereka tidak kenal. Bukan saya nak merungut atau tidak menghargai persahabatan, tetapi kenapa perlu membudayakan sanjungan pada seseorang itu dibuat pada ketika dia popular.

"Kenapa dahulu, tidak terus bersama-sama dengannya di saat dia jatuh. Itu yang menjadi persoalan dan saya sebenarnya tidak minta pun dihargai tetapi bersahabatlah dengan ikhlas," katanya.


Azwan yang berganding dengan Elly Mazlein sebagai pengacara LCK2, cukup gembira apabila dua episod program realiti TV itu berjaya 'trending'  di media sosial dan mendapat maklum balas positif warganet.

Mengulas perkembangan kerjayanya, Azwan berkata dia akan sibuk sehingga hujung Disember ini kerana selain mengacara, dia juga berlakon beberapa drama seperti  Madam e- Wallet, Made dan Shah Alam 40K.



Selepas 20 tahun tidak berlakon, akuinya dia teruja dapat berganding dengan penyanyi paling diminatinya iaitu Ziana Zain yang turut membintangi drama Madam e- Wallet untuk tayangan di TV3 itu.

Tidak terkecuali, Azwan juga mengingatkan peminat untuk mengikutnya di akaun Instagram yang betul iaitu @divaazwanaavazzztersohor1 berikutan ada juga pihak yang sanggup membuat akaun palsu di atas namanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-11-2020 08:37 AM
ramai orang baru nak dekat sebab tengok dah siuman dan wangi balik jah...

kalau tidak semua takut... takut kena carut
lepastu takut kena hidang rendang air liur carutan
Quote Normabaru 23-11-2020 08:52 AM
Jadi mak hayam failed
Jadi chep failed
Jadi businessman failed
Jadi yb failed
Jadi laki failed
Jadi pengacara baru onzzz..


Hidop dibaaaa!!! Hehehehe
Quote sarah82 23-11-2020 08:53 AM
Semoga kekal jadi lelaki waras. Crush masa budak2 hingus meleleh dulu
Quote sleepandream 23-11-2020 09:00 AM
SEMOGA HESHE TERUS BERISTIQAMAH DAN PULANG KE JALAN YG BENAR
Quote sisthor 23-11-2020 09:04 AM
I am not surprise. Diva ni walaupun mulut berbisa, tapi dia kerja tip top. Etika pengacaraan beliau terbaik. Dia tau jaga mulut di stage. Bukan macam sesetengah pengacara, suka membahan dan perli orang lain.
Quote Nenasketum 23-11-2020 09:23 AM
2 episod kira dah fofular balik ke? Tapi aku suka tengok boobies dia ilang
Quote RatuDunia94 23-11-2020 11:29 AM
Dulu org takut nk dekat.. skrg heols mcm dh tone down sikit..
Quote nolya 23-11-2020 11:31 AM
Sebenarnya ramai orang menjauhi  Azwan  ketika  dia 'jatuh' bukan kerana kejatuhan AA,  tetapi  untuk  tetap menjaga jarak agar tak tertempias dgn kata2 Azwan yg cukup menghiris dn menyengat.  Kata2  yg AA  ucapkan  selalu diumpamakan sayatan  pedang   yg melukai hati dn tamparan di muka.  Mereka yg mau menjaga aib dan menjaga kawan, maka  menjauhkan diri adalah sebaik2nya ttpi bukan bererti  'meninggalkan' Azwan.  

Now,  teman2 dn masyarakat  mulai  mewelcome back AA, terimalah ianya drp sudut yg positif.     People appreciate bakat dn kebolehan  AA dn percaya Azwan boleh menjadikan dirinya sbg seorang  pengacara majlis/host yg lebih berwibawa dn dibanggakan.  Jika Azwan boleh berubah dn menggilap semula bakat yg ada kpd yg lebih cemerlang, tinggalkanlah kelaku yg tak semenggah, saya yakin Azwan boleh menjadi figure yg dibanggakan.  Yes U can Azwan  n make urself the only one dn tak tertandingkan, gitu.  Bahan dn modalnya sudah ada, maka olah lah sebaik2nya.  InsyaAllah,  hanya Azwan yg boleh menentukan penerimaan masyarakat terhadap dia sendiri. Masyarakat mengharapkan yg ramah maka jganlah Azwan buat orang ramai marah.
Quote af_mania 23-11-2020 11:48 AM
Meols ramal diva aa akan bertanding di next pru mewakili parti obor-obor. Bertanding untuk kerusi gombak. Awas yah semburit!!
Quote salmon-suki 23-11-2020 11:52 AM
Sesuatu pulak emoji kt caption diva Aa ngn kakjenna tu..hihihi~

Adakah masih menaruh harapan zaiton sameon?baidewei,elok laa dia ni waras gini,sayang sgt bakat hosting tu..cukup2 laa host y ada spesis mulut lepas takde etika mendoniaa..now it's ur turn divaaaaa
Quote Kurex 23-11-2020 11:53 AM
Semua orang kau nak divakan.... Padahal orang tu gred pun takde
Quote husna_amal 23-11-2020 12:01 PM
Rezeki mencurah2. Teringat pula dia tersalah umumkan juara masa satu pertandingan kat rtm dulu.
Quote prettyuglybabe 23-11-2020 12:24 PM
AA ni kalau tune balik perangai, ramai je orang support..
tengok masa dia masuk masterchef dulu..
ok je masa aktiviti berkumpulan..
apa leader suruh buat, dia buat je takde carut-carut
Quote per706 23-11-2020 01:56 PM
Lumrah dunia kan.memang cenggitu la abg wan oiii
Quote Hoola 23-11-2020 05:03 PM
Go go abg azwan ali.tjkkan profesionalimemu dan kbjksaanmu pd bbnu skrg..karisma di.atas pentas..bkn sstgh tu tkinja2 bimbo bersembur di atas.pentas..welkam backkk
Dr peminatmu era 90an.
Quote akakmasihvogue 23-11-2020 05:14 PM
Kehidupan ibarat harga saham ada jatuh naik
Quote arm_band 23-11-2020 05:59 PM
"Kalau dulu, saat saya jatuh ramai yang 'lari' dan jika berjumpa pun mereka tidak kenal.

laaa bila masa pulak hang jatuh? hang kan sentiasa see my level see my level puih puihh... xtaw pulak  masa tu tengah jatuh
org lari sebab xmaw kena lahar je kot
Quote minah_selekeh 23-11-2020 06:03 PM
Elok je muka kat cover pancaindera tu.. Kalau dia selfie sendiri, tak lekang muncung tu.. Menyampah betul aku tengok!
Quote Paiya 23-11-2020 06:06 PM
yang dari sabah DM minta bantuan tu memalukan je.....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066209 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top