CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Awak Dibayar Untuk Serang Saya Ke" - Aishah Berang Didakwa Angkuh

23-11-2020 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19297| Komen: 172

Description: Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak mendakwa dirinya sebagai individu yang mempunyai masalah sifat keperibadian angkuh.
Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak mendakwa dirinya sebagai individu yang mempunyai masalah sifat keperibadian angkuh.

Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu hantaran di Instagram dengan memuat naik paparan mesej peribadi (DM) yang diterimanya daripada netizen.



Kredit foto: IG Aishah

Mesej tersebut diterimanya selepas menggantikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam sebuah program nyanyian baru-baru ini.

Begitupun, Aishah kemudian menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

"Wow, hebatnya awak jatuh hukum pada saya. Awak betul-betul kenal saya ke?

"Memang rancang untuk 'attack' (serang) ye atau kena bayar?? Jangan selindung-selindung dik, mari jumpa saya. Itupun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM saja nak kutuk saya," katanya.


Jelas Aishah, dia bukanlah seorang yang angkuh, sebaliknya hanya seorang individu yang mempunyai pendirian tersendiri.

"Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Tunjuk gambar muka anda yang sebenar supaya pengikut saya boleh kenal awak," katanya.


Kredit foto: IG Aishah

Sebelum ini, Aishah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 23-11-2020 11:47 AM
Ai awal sgt ke ni?xde komen haaa..
Quote sokmogitu 23-11-2020 11:49 AM
aku hairan betul, yang netizen pun apa bendalah bising sangat siapa ganti tokti nyanyi lagu ABSM tu... lagu tu bukannya bagus mana pun.
Quote AppropriateNick 23-11-2020 11:57 AM
sokmogitu replied at 23-11-2020 11:49 AM
aku hairan betul, yang netizen pun apa bendalah bising sangat siapa ganti tokti nyanyi lagu ABSM tu. ...

berani ko cakap lagu tu tak bagus mana? ko tak tau ke lagu tu kiriman dari Tuhan?
Quote AppropriateNick 23-11-2020 11:58 AM
alamak, awal sangat ni.,,mmg dah lama aku cari benang camni...tp kt forum ni ramai bekap nek esah ni...so, maybe tak semenarik twitter
Quote mamaneesa 23-11-2020 11:59 AM
ni lah jadinye bila ada penyanyi lain ganti tokti...rengsa betul la peminat2 tokti pun

ai minat tokti gak, tp xdela nak hencap sesape yg ganti tokti. masing2 ada suara masing2 kot. kesian kat artis2 lain, bila tokti nyanyi lagu and lagu tu masuk ajl dah jd satu mslh pulak nak cari pengganti utk nyanyi...better duk diam kt rumah jela tokti, xyah nyanyi...or kalau nak nyanyi gak bgtau siap2 lagu tu xyah antar pencalonan mm...

Quote Kurex 23-11-2020 12:02 PM
Makin sampah peminat penyanyi bernombor ni
Quote harisbee 23-11-2020 12:03 PM
sapa serang dia tu...motip sgt...aishah mmg bawak kurang lagu ABS tu...tp agak2a nak attack..nasib aishah sudi nyanyi..kalu nabila razali je sudi how?
Aishah dah cuba yg terbaik...x rasa zoners yg attack...entah2 fan mitch donat x mungkin fan liza hanim yg baik...masalahnya mitch donat yg rejek nak nyanyi kan? so gi la hencap mitch.
Quote LostStar 23-11-2020 12:04 PM
itu la habuan yg kau dapat bila buat social media.. siapa suruh buat kalau tak bersedia nak terima kecaman.. ingat ni zaman 80an ke? dulu boleh la kau rasa kau wangi jek konon 'artis'.. yang sebenarnya dulu kau tak taw apa org bercakap pasal kau.. sebab tak sampai ke kau.. skrg ni adanya social media.. semua bulat2 sampai terus ke kau.. kau rasa terencat plak ea.. nak ajak semua bergaduh.. jiwa fighter ke jiwa kaldu makcik sorg ni..
Quote Nenasketum 23-11-2020 12:05 PM
At least Aisyah dulu meletop kebabooom kat New Zealand, penyanyi kesayangan ko hado? Arrogance dia comes with the territory, giteww
Quote Nnasda53 23-11-2020 12:10 PM
AJL ni nyanyi sedap ke tidak smpai terkuar taik telinga pun..kalau lagu tu bagus tetap boleh menang.

lagi pun nek Cah ni penah juga juara AJL.Tp tak tau la awat nek Cah nyanyi malam tu teruk juga bunyi nya.
Quote mamaneesa 23-11-2020 12:12 PM
harisbee replied at 23-11-2020 12:03 PM
sapa serang dia tu...motip sgt...aishah mmg bawak kurang lagu ABS tu...tp agak2a nak attack..nasib a ...

mujurla misha rejek, kalau x jenuhla kena kecam jugak...
Quote nordin84 23-11-2020 12:12 PM
iols da dgr lagu ni.. xdela sedap sgt pun.. ni mesti bbnu terkesan dgn drama ni.. pasal tu meroyan
Quote NEmma 23-11-2020 12:16 PM
Sepatutnya Aishah x payah layan pun. Mmg la ada yg kutuk, tapi ramai je yg puji & hormat. Itu risiko bila dia setuju nak jadi penyanyi ganti artis popular untuk lagu popular.

Tapi i x rasa yg mengutuk dia tu Zoners semua. Lagu tu ramai peminat dan boleh jadi fans artis lain yg rengsa artis mereka tak dipilih.
Quote maeye 23-11-2020 12:16 PM
sokmogitu replied at 23-11-2020 11:49 AM
aku hairan betul, yang netizen pun apa bendalah bising sangat siapa ganti tokti nyanyi lagu ABSM tu. ...

betul tu. saya sokong statement ini
Quote scrocth 23-11-2020 12:18 PM
Aishah ni dh kenapa? Xkemana pun uol bgaduh dgn netizen wpn berada di pihak benar pn. Belajarlah pekakkan telinga mcm ctdk tu. Bila u bring up benda2 mcm ni kt laman sosial? U sbg org tua akan stress lg. Silence sometimes can be more deafening omputeh ckp. Itu lagi berbisa utk lawan haters nerakazen ni kak ecah oii.
Quote Alvida 23-11-2020 12:21 PM
AppropriateNick replied at 23-11-2020 11:57 AM
berani ko cakap lagu tu tak bagus mana? ko tak tau ke lagu tu kiriman dari Tuhan?

haruslah lagu tu meletop2 tgk la view nk kondem pun..dr budak hingga org tua dok nyanyi lagu tu jer..tk sedap tu utk yg anti jer maklum la artis yg korang minat suam2 kuku jer ops...
Quote kucingitam 23-11-2020 12:22 PM
to aisyah, bolayan kan je lah apa netizen nak cakap. u diminta utk nyanyi lagu siti, so just do your part. kalau org kata tak sedap ke sumbang ke, biarkanlah. takkan u nyanyi tapi nak kena buat suara sebijik cam siti?

to netizen, dah takde kerja sangat eh?

Quote NEmma 23-11-2020 12:24 PM
scrocth replied at 23-11-2020 12:18 PM
Aishah ni dh kenapa? Xkemana pun uol bgaduh dgn netizen wpn berada di pihak benar pn. Belajarlah pek ...

Tokti mmg juara menghadapi cercaan netizen yach.. Jarang nampak merentan & meroyan kalau dikutuk ke apa. Sesekali tu ada, tapi mostly dia buat xtau jah.
Quote harisbee 23-11-2020 12:25 PM
apa yg angkuhnya aishah sampai netizen nak kecam....boleh pulak aishah melayan

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056993 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top