CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hidap Bipolar Mania, Saya Aktif Dan Agresif," -Zyn Akal

23-11-2020 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4278| Komen: 17

Description: Penyanyi Zynakal, 21, tidak menafikan perasaannya kini kembali tenang dan sangat positif berbanding dahulu apabila dia sering dipalit cerita sensasi serta berbaur negatif.
Penyanyi Zynakal, 21, tidak menafikan  perasaannya kini kembali tenang dan sangat positif berbanding dahulu apabila dia sering dipalit cerita sensasi serta berbaur negatif.


Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, berkata dia menyedari namanya 'dikenali' dalam keadaan tidak seimbang dan kerap diselubungi kontroversi.


"Daripada pandangan orang sebelum ini, Zynakal itu adalah nakal. Semua 'feedback' yang dapat pada saya ialah nakal. 

"Kemana-mana pun orang akan label saya nakal. Nama itu sebenarnya doa. Bila dah jatuh, saya anggap itu peluang yang diberikan Allah untuk bangkit memperbaiki diri.

"Alhamdulillah, Allah bagi saya masa untuk renungkan semula apa yang saya pernah buat dulu. Ia ibarat satu 'post mortem' buat saya," katanya.

Foto: IG

Terdahulu penyanyi ini ditahan polis pada 28 Ogos tahun lalu selepas mengasari seorang pekerja stesen minyak.

Dia juga didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 

Mahkamah Majistret Ampang kemudian mengenakan hukuman denda RM800 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan dan tambahan denda RM2,000 atas kesalahan kedua terhadapnya.



Zynakal berkata, dia masih lagi berdepan depresi selepas tampil dengan lagu berjudul Sakit bersama Yonnyboii.

"Sekitar lapan bulan juga, saya berdepan masalah ini akibat pengambilan ubat. Akibat bipolar mania, saya aktif dan agresif. Orang cakap pun, saya melenting dan bergaduh sana sini.

"Doktor bagi ubat untuk buat saya tenang. Tapi bila ambil terlalu banyak, saya jadi lemah. Sampai satu tahap, saya tak boleh bangun dan tulis lagu. Itu buat saya lagi hilang semangat," katanya mengulas sejarah lalu.


Dia yang kini terbabit dalam lagu Langgar menerusi kerjasama dengan BATE, Caprice, Shou Raion dan Carlolitto berkata, pandangan terhadap namanya kini berubah.

"Zynakal itu sebenarnya bermaksud Zyn Akal. Dulu saya sukakan ayat nakal kerana kononnya nak memberontak dan berseronok.


"Saya rasa macam masuk industri untuk berseronok dan kena kejutan budaya. Selepas ini, saya akan berhati-hati dalam kelakuan dan bercakap. 

"Diikutkan nama saya sebenarnya Zyn Akal tapi untuk Instagram memang kena guna @zynakal dan ini puncanya nama itu terus melekat," katanya. -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 23-11-2020 08:48 AM
apa therapy dia hadap ye.... muda lagi umur...
Quote Suchi 23-11-2020 09:02 AM
Dia nampak lebih tenang ya skrg ni. Pergi buat swab test ngn Tuju dan Altimet tapi apasal kawan dia Yonniboi tu tak pi sekali ya?

Makan ubat anti depress tu memang kesan dia  badan rasa lemah ngantuk je
Quote miss_strangers 23-11-2020 09:03 AM
Malam tadi tengok cite tamil..hero tu ada bipolar...last2 dia bunuh diri
Quote 800214 23-11-2020 09:21 AM
Last week or last 2 weeks hello doktor ada jemput dia jadi panel utk tajuk depresi. Surprisingly dia bercakap sgt teratur, tertib n sangat bijak. Point2 dia bg sgt ilmiah. Kagum me ollss. Kalau tgk muka I tuduh dia budak tak abis sekolah, kelas belakang je tau. Silap rupanya
Quote kikuri 23-11-2020 11:33 AM
anak aku suka sangatlah zynakal dengan yonniboi tu... letih lah aku nak dengar lagu sakit tu hari2... anak aku baru je darjah 2... budak zynakal ni boleh pegi jauh... suara pun ok... nyanyi elok2...ko jangan kecewakan anak aku... tiberr..
Quote husna_amal 23-11-2020 11:55 AM
Rupa zynakal ni macam budak2 bermasalah masa sekolah dulu dan dak yonnyboi pula macam jenis kena buli masa kat seklah.
Quote mamajawie 23-11-2020 12:08 PM
800214 replied at 23-11-2020 09:21 AM
Last week or last 2 weeks hello doktor ada jemput dia jadi panel utk tajuk depresi. Surprisingly dia ...

bipolar sis..tu sisi professor dia kot..kalu sisi budak kelas belakang mgkin nama lain dia..cm citer pe tah ada banyak personaliti

Quote keypochino 23-11-2020 12:10 PM
800214 replied at 23-11-2020 09:21 AM
Last week or last 2 weeks hello doktor ada jemput dia jadi panel utk tajuk depresi. Surprisingly dia ...

oyeke..tp org yg ada bipolar yg mmg org pandai2 atau pemikir kot.. tp rasanya dia kena tukar nama dia..
Quote anony-mous 23-11-2020 03:32 PM
kikuri: anak aku suka sangatlah zynakal dengan yonniboi tu... letih lah aku nak dengar lagu sakit tu hari2... anak aku baru je darjah 2... budak zynakal ni bo ...


yonniboi tu i suka. m nasir pon suka tp juri semua bangang buta seni tlinga tuli. mentang2 x ada rupa budak tu n bbnu. sedap sgt dia buat balik keronconh utk ana siap mnasir suruh dia buat single. yg lain biasa2 jah pujian. stacy overrated
Quote Nenasketum 23-11-2020 06:48 PM
Bipolar kadang boleh bunuh orang, ada certificate untuk bunuh orang.
Quote 800214 23-11-2020 08:18 PM
mamajawie replied at 23-11-2020 12:08 PM
bipolar sis..tu sisi professor dia kot..kalu sisi budak kelas belakang mgkin nama lain dia..cm cit ...

OK.. Maaf kan saya,
Quote mrsdean 23-11-2020 11:17 PM
Suchi replied at 23-11-2020 09:02 AM
Dia nampak lebih tenang ya skrg ni. Pergi buat swab test ngn Tuju dan Altimet tapi apasal kawan dia  ...

ubat psy ade byk jenis. i pun salah sorg MDD. major depression disorder. skrg mkn ubat yang sedative. klau mkn tu, tak smpi sejam mmg terlelap la.

Quote YomiuriLandMae 23-11-2020 11:20 PM
tp tgk mcm si yonnyboii tu yg bipolar..
Quote bungarose 23-11-2020 11:31 PM
Ko ni kenape
Quote lilac85 24-11-2020 12:08 AM
kikuri replied at 23-11-2020 11:33 AM
anak aku suka sangatlah zynakal dengan yonniboi tu... letih lah aku nak dengar lagu sakit tu hari2.. ...

I pon dengar lagu deyoll ni dari ank sedara i yg tadika tu. I dengar dia nyanyi penuh perasaan i tertanya lagu apooo ni. Bila dengar kat radio baru tau lagu zynakal. Meol pon jd tersuka jugak la.
Quote lazim 24-11-2020 12:27 AM
Iols jenis xonh dgr radio skrg ni.. Iols tau lagu baru pon dr prtndingan mcm gv big stage .. Tertengok drg nyanyi sakit, xtau knp rasa sedih sgt.. Tgk hijau kertas bg markah semput2 sbb pitching bagai aku xtau la plk.. Yg pasti rsa sedih kt dlm hati gituh..
Quote lazim 24-11-2020 12:29 AM
Tgk meletop br la tau nm dia sebetulnya  zyn akal bknnya zy nakal.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.057963 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top