CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Frontliner Burnout Sampai Nekad Berhenti Kerja, Yang Bekerja Dari Rumah Pun Sama

22-11-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4807| Komen: 18





Setelah berbulan-bulan menangani pandemik Covid-19, pasti barisan hadapan negara (frontliner) sudah semakin lelah.

 

Ianya terserlah apabila jumlah pesakit tidak menunjukkan pengurangan, malahan semakin merebak ke beberapa negeri. Kesemua ini menjadi penyumbang kepada masalah 'burnout'.

 

Laman media sosial, Facebook Public Health Malaysia menyenaraikan beberapa gejala yang menunjukkan individu yang mengalami 'burnout' ini.


Kredit foto: FB


Burnout ialah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan.

 

Bukan barisan hadapan sahaja, mereka yang bekerja dari rumah juga tersenarai sebagai mereka yang terkena simptom ini.


Foto : range.co


Antara gejala yang dinyatakan ialah tidak seronok untuk datang bekerja, sentiasa penat, masalah tidur, tiada motivasi, buat-buat sibuk, tiada kualiti kerja, ambil cuti sakit, sering marah-marah dan sakit sendi.

 

Perkongsian itu mendapat sambutan oleh warganet yang turut menceritakan kisah ‘burnout’ mereka.



Foto : FB


Lebih teruk, ada frontliner yang terlalu tertekan hingga mengambil keputusan berhenti kerja. Walaupun ada yang menyatakan ia tindakan kurang bijak, namun siapa lah kita untuk mempertikaikan keputusan itu.

 

Foto : FB
Foto : Sinar Harian

Jika anda mempunyai simptom seperti ini, perlulah mencari alternatif bagi mengatasinya seperti bercuti dan meluahkan kepada orang yang dipercayai. Semoga sama-sama sihat mental dan fizikal ya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 22-11-2020 11:52 AM
Bgla cerita2 yg memotivasikan..ni sogok rungutan 24/7..mana xlemau mgada?

doctor kt oversea siap rela bg nyawa jadi tester vaksin covid. Sini? Dpt elaun doble triple pon masih bising


pleaselah
Quote Artemesiaa 22-11-2020 11:59 AM
Bukan semua ada semangat juang tinggi jadi tak hairan kalau ada yang burnout.  Hidup ni pilihan sendirilah memilih apa yang difikirkan baik untuk diri sendiri.  Bukan semua nasihat berguna untuk orang lain sebab setiap individu tu berbeza tahap keupayaannya.
Quote RatuDunia94 22-11-2020 12:19 PM
Dulu masa sign perjanjian seronok pikir dpt pencen lepas bersara je ke dlm kepala?
Quote t_hahahaha 22-11-2020 12:47 PM
zaman dulu orang tak terpikir kot semua ni..asal nama gomen jek pikir ianya best..dah ade musibah gini baru la tahu the struggle is real
Quote sofyayra 22-11-2020 01:27 PM
Korg jgn nak samakan depa yg frontliners kt spital/ anggota keselamatan/ etc dgn korg yg jd frontliners kt forum ni. Depa takleh voice out ka only bcs depa petugas kesihatan etc. Ingat depa kebal ka. Just bcs they are being vocal tak bermakna depa lembik atau manja.

Iols salute pada frontliners atau backliners yg sama2 usaha mengekang c19, walaupun ada jgk few samdol yg break the sop.
Quote Zirara99 22-11-2020 01:58 PM
Kesiannya. Menteri2 tetap boleh tidur dengan lena despite this situation..kan? Yela.. siapa punca? Siapa yg terlepas? Siapa plk yg terkesan? {:freak
Quote rangerx 22-11-2020 02:03 PM
dah sign akujanji kan..ke da lupa kandungan akujanji tu apa? tak pun da ke tong sampah dokumen aku janji tu?

Kau tu stap gomen. bos besar kau tu gomen, x kisah la pembangkang ke bukan pembangkang ke. kau asyik mengeluh aja dapat apa lpas tu nak jaja cerita sedih kau kt medsos kau stress wfh nk jaga anak, nak masak, nak itu ini. PM yg busy ke hulu ke hilir pun x mengeluh kt medsos. lemau!!! dah itu kau punya tanggungjawab. work from home ke, work from ofis ke.

jd stap gomen ni.. klau time seronok, seronok la kau makcik oi. klau time darurat, time negara terdesak, kau kena la kerja kuat. dah kau tu jari jemari , tulang belakang kerajaan untuk laksanakan dasar kerajaan yang bekerja utk rakyat.

GAJI MAU SEDAP, KERJA MAU SENANG. HAIYAAAAAAAAAAAA
Quote Cassieopeia 22-11-2020 04:00 PM
yela diorg pun manusia ade perasan. mcm la korg tu patuh je ape bos korg ckp.. elokla dia resign dr keje tp xikhlas n kne kevam plak ngn nitz
Quote Tinot7 22-11-2020 04:32 PM
Eh jap. Ni psl frontliner burnout ke psl wfh yg burnout?
Quote merrissa 22-11-2020 06:25 PM
Aku tgk staf klinik uni sb xde students semua duk main hp je... rilek giler
Quote annehuda 22-11-2020 06:42 PM
Sbnrnye tak semua hospital tu rawat covid19. Mcm kt perak ni tak silap aku kalau ada kes terus hantar ke ipoh je. So mcm tak balance la dr segi beban tugas.

Pastu mcm klinik kesihatan, kk tu hari sabtu ahad pun tutup, pastu waktu keje pun 8-5 je. Masa cadangan nk buat shift so kk bleh beroperasi 24/7 mmg ramai staf perubatan yg merempan.

Patutnye kene rotate staf kk bertukar plak ke hospital but ramai staf kk tak setuju katenye. Ntahla. Aku rs hospital servis dh bagus dah, tapi kk, errrrmmmmmm....
Quote salmon-suki 22-11-2020 07:07 PM
Bukan setakat frontliners kot..ai pn burnout jgk...nak2 dgn keadaan company sekarang,task utk 3-4org buat tp ai sorg y buat...ni ada lagi y dah resign,some of the tasks dia pun akan divide kat ai jgk..gaji tetap kena potong..hmmmm...pening~{:childlike{:yameteh
Quote salmon-suki 22-11-2020 07:07 PM
Tinot7: Eh jap. Ni psl frontliner burnout ke psl wfh yg burnout?

Dua2 rasanya kan..
Quote lattehazelnut 22-11-2020 07:09 PM
I migraine n anxiety..
Quote groundfloor 23-11-2020 12:36 AM
Sedih pulak baca topik ni... Iol xreti nak bantu sbb luar scope kerja iols , yg iol boleh ialah harap uols semua tabah dan berdoa semoga covid 19 ni cpt berakhir dan everything will come back to normal...
Quote Perawankota 23-11-2020 02:08 AM
Aku pernah rasa burnout kt tmpt keje.. Cuma aku bkn kaki mc, aku hadap jugak smpi Last2 aku resign..
Quote awenda507 23-11-2020 02:18 AM
Diorg sume manusia bkn robot. So jgn la kondem bila diorg burnout.
Quote husna_amal 23-11-2020 11:05 AM
Berhenti je lah daripada terus macam tu. Takut boleh jadi lebih parah lepas ni.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047960 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top