CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ketagih Nak Makan Nasi Kandar, Sanggup Bawa Masuk Pinggan Dalam Kereta.

24-11-2020 02:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10849| Komen: 109

Description: PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Selangor telah banyak memberi perubahan dalam kehidupan kita sehari-hari.


PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Selangor telah banyak memberi perubahan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di premis makanan juga membuatkan ramai yang mengambil pendekatan untuk tapau atau penghantaran terus ke rumah.

Kalau mahu menikmati makanan di premis, hanya dua orang hingga empat orang sahaja dibenarkan sahaja makan di meja. Ia sebagai salah satu syarat bagi membendung wabak Covid-19 yang masih mengganas ketika ini.

Pun begitu, kisah pasangan suami isteri ini yang teringin untuk menikmati nasi kandar, namun memikirkan dua anaknya yang masih kecil membuatkan mereka sanggup buat perkara yang rare ini.

Dek kerana mengidam untuk menikmati juadah yang barangkali menjadi kegemaran pasangan suami isteri ini membuatkan mereka sanggup angkut pinggan dan makan dalam kereta.


Perkongsian Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam akaun Facebook membuatkan ramai warganet yang memahami keadaan itu memberikan galakan bahkan ada juga yang syor restoran lain menyediakan juadah sama.

Siapa yang kaki makan nasi kandar ini memang sanggup makan di kedai sebab dikatakan kalau bungkus, hilang ‘kesuran’ juadah tersebut.

Antara kata-kata Mohd Firdaus Jaafar Ng:

“Duk ketagih NAK, tapi…

Nak ke Penang tak boleh kerana PKPB

Nak makan kat restoran tak boleh ada baby

Nak bungkus, xsurrr…

Nah, abam bawa masuk pinggan, pinjam makan dalam kereta je.

Rata warganet yang berkongsi komen dalam perkongsian tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai hiburan buat peminat makanan utara, ada juga kata berkelah dalam kereta pun syiok.



SinarPlus cuba mendapatkan komen daripada pemilik Restoran Hakim itu sendiri, Datuk Hakimsa Abdul Karim berhubung ‘ketaksuban’ peminat juadah yang ditawarkan di restoran popular tersebut lebih-lebih kekangan jumlah pelanggan yang boleh datang makan di premis.

“Saya maklum kisah pasangan suami isteri tersebut kerana ketika itu, saya ada tingkat atas restoran. Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya mengehadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.


DATUK Hakimsa Abdul Karim.


“Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya,” ujarnya sambil tergelak kecil.

Katanya, ramai ibu bapa yang bawa anak selalunya berbuat demikian (makan dalam kereta) untuk melepaskan rasa mengidam dan pada masa sama, dapat menjamin keselamatan anak mereka.

Wah! Memang terbaiklah bos Restoran Hakim ini. Realisasikan impian para pelanggan setia yang mahu menikmati makanan kegemaran kita. Moga lebih ramai lagi pengusaha yang baik hati seperti Hakimsa!



Sumber :  sinarplus.sinarharian.com.my 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 24-11-2020 04:12 AM
Loser nya jantan bernama izwan ibrahim tu. Kesian heols xpernah kenal dgn prempuan yg mkn nasi kandaq. Ada ke org xmkn? Sama jah mcm mkn nasi lauk mamak
Quote noor2 24-11-2020 06:00 AM
Pantang aku kalau mkn sikit pun dlm kereta...apalagi makan nasi mcm ni...
Quote salmon-suki 24-11-2020 06:20 AM
Ai cuba utk tidak berkata2 y buruk d awal pagi ini..tp terasa jelek dan geli dgn perangai mereka..mkn dlm kereta pun nak kena heboh satu dunia?for wat?
Quote epuepy 24-11-2020 06:27 AM
La. Awat x bungkus je mkn kt uma? Mkn dlm keta bersepah okeh.
Quote makneng 24-11-2020 06:44 AM
Wow inspired by dak kemut n boipren kah? Oklah janji dpt pekena nasi kandaq.. Dapnyaaa
Quote makneng 24-11-2020 06:47 AM
Jantan jenis izwan Ibrahim tu la kut yg jenis dok post benda merepek kat pesbuk mcm 'zaman la ada dak lagi pompuan suka mkn kat warung tepi longkang'? Or 'zaman la ada dak lagi pompuan yg sanggup makan nasi puteh dengan telur goreng semata?'
Jantan bitter!
Quote Nana_Man 24-11-2020 07:00 AM
Kemut n bf
Quote missyL 24-11-2020 07:08 AM
anony-mous replied at 24-11-2020 04:12 AM
Loser nya jantan bernama izwan ibrahim tu. Kesian heols xpernah kenal dgn prempuan yg mkn nasi kanda ...

I xmkn nasi letak kuah byk2 skali cmnie hahaha.
I xpnh mkn nasi kandar.
Tp klo nasi lauk kari mkn je. Hahaha.
Tp xletak kuah sekali cmnie lah.
Xpelik pn. Kawan2 i pn ade yg x mkn sgt nasi kandar nie..
Quote lattehazelnut 24-11-2020 07:08 AM
Gediknye xnak bungkus.. boleh panaskan balik kan..
Quote missyL 24-11-2020 07:09 AM
noor2 replied at 24-11-2020 06:00 AM
Pantang aku kalau mkn sikit pun dlm kereta...apalagi makan nasi mcm ni...

Nsb bek husband die ok.
Husband iols mmg xlah bg mkn dlm kete ni.. Hahaha.
Lg satu nk mkn cm x selesa je..
Quote missyL 24-11-2020 07:10 AM
Tp ayam goreng hakim kt sec 7 tu mmg sedap btol.. Lembut sgt.
Haih. Craving lak hahahah
Quote lattehazelnut 24-11-2020 07:11 AM
missyL: I xmkn nasi letak kuah byk2 skali cmnie hahaha.I xpnh mkn nasi kandar. Tp klo nasi lauk kari mkn je. Hahaha.Tp xletak kuah sekali cmnie lah. Xpelik pn ...

Boleh je mintak kuah asing
Quote saviour_09 24-11-2020 08:08 AM
aiyooo lama tak pekena nasik kandar
Quote Lula2 24-11-2020 08:21 AM
anony-mous replied at 24-11-2020 04:12 AM
Loser nya jantan bernama izwan ibrahim tu. Kesian heols xpernah kenal dgn prempuan yg mkn nasi kanda ...

Dalam dunia ni ada bermacam macam jenis orang. I percaya ada je yg tak makan nasi kandar nasi kuah campur macam tu tp laki tu takyah la dok pelik sgt. Suka hati la org tu nak makan ke tak.
Quote krustykrab 24-11-2020 08:33 AM
noor2 replied at 24-11-2020 06:00 AM
Pantang aku kalau mkn sikit pun dlm kereta...apalagi makan nasi mcm ni...

Sama la mcm aku...tp kalau yg buat tu org tua susah nk tegur..tak pasal2 difitnah pulak kita nnt
Quote krustykrab 24-11-2020 08:34 AM
epuepy replied at 24-11-2020 06:27 AM
La. Awat x bungkus je mkn kt uma? Mkn dlm keta bersepah okeh.

Lapaqviral yg benornye
Quote LostStar 24-11-2020 09:03 AM
ohman.. pantang daku makan dalam kereta ni.. lantak la nak kata daku mengada ke apa..
Quote ellez 24-11-2020 09:08 AM
                              
Quote bakingsoda 24-11-2020 09:16 AM
suami isteri + 2 anak = 4 orang?!

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.120857 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top