|
Siapa saja tidak berada dalam keadaan pilu kehilangan ahli keluarga. Lebih meruntun jiwa apabila membaca pesanan terakhir yang ditinggalkan arwah.
Begitulah yang dirasai Fika Maira sekeluarga sejurus bapanya meninggal dunia akibat Covid-19, baru-baru ini. Menerusi perkongsiannya di Facebook, Fika memuat naik gambar nota di atas sekeping kertas ditulis bapanya yang meminta mereka berdoa dan terus melakukan solat hajat. Arwah juga memohon maaf serta meminta semua menjaga diri.
Pun begitu, Fika bersyukur diberi kesempatan hadir ke majlis pengebumian bapanya sebagai wakil keluarga meskipun dari jauh saja. "Nota ini yang terakhir abah tinggalkan sebelum abah 'ditidurkan' pada Isnin lepas," tulisnya. Sementara itu, NST melaporkan bahawa Fika tidak dibenarkan mengambil nota berkenaan kerana dikhuatiri dijangkiti virus tersebut. - CARI
|


Orix: Ditidurkan ? Dicabut bantuan pernafasan sbb dh xde harapan ke mcm mana ?


sedih baca nota.. iols ingat suicide notes sebab tak mampu jaga keluarga akibat hilang kerja tadi 

dua_chzy: Yeap. Sah2 laaaaar. Kalau orang tua sakit dihantar pi sepital, takda Covid pun biasanya sepital expect deol untuk mati jah.
Belibis replied at 21-11-2020 02:17 PM
Mungkinkah sebelum buka,doc bagitau,..' pakcikkk...lepas ni pakcik dah tak bangun lagi'????
ADVERTISEMENT