CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Rumah Teres Dua Tingkat

21-11-2020 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18392| Komen: 146

Description: Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor kepada ibunya, Rohana Mohamed.
Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor kepada ibunya, Rohana Mohamed. 


Kredit foto: IG

Ayda berkata, hadiah istimewa yang diberikan kepada ibunya adalah salah satu impian yang ingin dicapai sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan pengacara Nabil Mahir tahun depan. 

"Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah," katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.



Menurut Ayda, dia berharap dan mendoakan supaya semua orang dapat membahagiakan orang tua masing-masing selagi mereka masih bernyawa.

"Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.


"Mama selalu hubungi dan pesan 'Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.' Sebenarnya, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. Saya cintakan mama. Saya akan selalu menjaga dan membahagiakan mama, walaupun saya dah kahwin nanti," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belon 21-11-2020 11:21 AM
Bagusla.. Anak yang baik
Quote Imkhai 21-11-2020 11:22 AM
dua2 rmh si jebat ni mewah untung la si nabil cuci kaki je
Quote Hoola 21-11-2020 11:23 AM
Baguih dan tahniah.
Quote TerataiMelur02 21-11-2020 11:27 AM
Tahniah.
O ya.. Kalau artis2 ni beli rumah biasanya cash ke?
Quote ReginaGeorge 21-11-2020 11:29 AM
Cash ke nok? Untung somi dpt isteri pandai cari duit.
Quote Chekpa 21-11-2020 11:31 AM
Imkhai replied at 21-11-2020 11:22 AM
dua2 rmh si jebat ni mewah untung la si nabil cuci kaki je

Dia dah beli 2 umah ke uols? Satu lagi kat mana?
Quote sarah82 21-11-2020 11:45 AM
Tahniah.. Dan semoga dimurahkan lagi rezeki sebab berbakti kepada ibu bapa.
Quote Kurex 21-11-2020 12:08 PM
Ok... Pape je
Quote xLillyx 21-11-2020 12:11 PM
Bagusnya.. Murah rezeki dia
Quote Tinot7 21-11-2020 12:18 PM
Bape rega umah2 dia?
Quote nura19 21-11-2020 12:26 PM
Tahniah..berbakti utk ibu ayah
Quote Tiram 21-11-2020 12:34 PM
Dia ni ke yg sarah bitter sgt tu. Baik pulak otto tukang pujuk
Quote edayildiz 21-11-2020 12:41 PM
ok la kakak i tgl sini..pasni blh la selalu p sini..kakak i ckp toklip pun ada beli 15 bijik rumah ni..xtau la btl tak
Quote TomyamPuteh 21-11-2020 12:47 PM
Kaya kot Ayda ni. Dpt plak leluhur kaya gak.Kaya kuasa 2 la jwbnya.
Quote Rmz83 21-11-2020 12:49 PM
Tinot7 replied at 21-11-2020 12:18 PM
Bape rega umah2 dia?

Rmh teres 2 tingkat kt eco grandeur ni dlm 500K.Rmh AJ dkt Damansara tu dlm 1.5M-1.7M
Quote BurungBiru 21-11-2020 12:50 PM
Tahniah ! muda muda kumpul harta .. tp apasal kakak?? bukan ke dia bahasakan diri dia adik? sis penah tengok dalm Sembang Teh Tarik
Quote Incanto 21-11-2020 12:54 PM
baguih ayda mat aris


mak Ayda cantik
Quote little_sis 21-11-2020 12:55 PM
Cantikk umah tu.. untung maknya..
Quote wirazam 21-11-2020 01:03 PM

rumah yg dia beli type c kan

rasanya lebih RM 500K ...untunglah

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.230926 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top